Saturday 19 December 2009

salam bercuti...


kepada sahabat yg menanti entri baru dari saya.... mintak maap la tak dapat nk post apa2 sebab sangat bz dengan tugasan sebagai anak sulung dari 6 adik beradik... maklum la kakak sulung kan.... hmmm


cuti kali ni saya tidak bekerja seperti biasa... Sya hanya duduk rumah mengurus rumah tangga.. Menjaga adik2 yang nakal dan menghabiskan masa dengan menjahit baju... Kadang2 belajar masak dengan umi. Seronok juga...


Saya memang tak pro dalam memasak yang complicated, setakat masak yang simple boleh la. Perkara paling tak boleh lupa ialah masak pucuk ubi masak lemak cili api... Saya masak ikut suka hati seperti masak lauk lemak cili api biasa. tapi apa yang berlaku sebenarnya memasak pucuk ubi adalah sukar dan lauk gulai saya menyebabkan siapa yang makan akan mengalami pening2...hahhahahah...


Umi la tukang mengalter menu tengah hari itu... Rupa-rupanya masak lemak utk sayur jenis pucuk ni agak berbeza dari lauk lemak biasa... Pengalaman yang tak dapat dilupakan sepanjang belajar masak. Sememangnya tugasan masak tengah hari adalah tugas saya..Cuma kadang-kadang saya mahu kelainan dalam setiap menu... [untuk masa depan juga kan?]


So, untuk kawan-kawan yang sedang duk lepak kat rumah... Luaskan pengalaman dan pengajaran anda dengan mencuba sesuatu yang baru bagi anda.. Pasti seronok dan anda tak kan pernah lupa... insyaALLAH...

Saturday 14 November 2009

cinta warga emas


Salam...

Sudah dua hari habis exam... alhamdulillah walaupun agak sukar menjawap soalan final kali ni, saya masih mampu menghadapinya. Macam2 yang saya hadapi sepanjang 2 3 minggu ni mengajar saya menjadi seorang yang matang dalam menjalani kehidupan. Saya yakin setiap ujian ALLAH itu pasti ada yang manis diakhirnya.

Saya sebenarnya kurang arif mahu bercerita soal cinta warga emas, tapi itu yang saya nak tampilkan. Mungkin juga boleh menjadi pengajaran kepada sahabat yang sedang enak dibuai cinta kepada yang belum halal untuk sahabat cintai sepenuh hati. [peringatan untuk diri sendiri jugak!]

Cinta warga emas nampak seperti pelik kan? Si suami menderita sakit jantung yang si isteri terlantar sakit. Tapi yang saya nampak masing2 sama menguruskan antara satu dengan lain. Penuh rasa cinta dan kasih. Walhal keduanya tidak mampu lagi berjalan di taman bunga, memetik bunga diwaktu petang, pergi tengok wayang atau dengan bahasa mudahnya memberi layanan yang terbaik untuk pasangan..

Anak muda sibuk bergaduh urusan kenapa tidak telefon, kenapa tidak sms tetapi yang tua pula sibuk bergaduh siapa yang mati dulu. Masing2 pilih nak mati dulu, tak mahu melihat orang tersayang menderita ketika malaikat mencabut nyawa. Masing-masing sibuk menjaga kesihatan pasangan, walhal diri sendiri terabai. Contohnya atok ayah dan arwah atok mak. Saling ingatkan antara satu sama lain ketika arwah masih ada. Saya ingat lagi sebelum keluar rumah atok ayah akan pesan :
“mah...ooo mah. Ubat awak dah bawak? Kang dah jauh den maleh nak pusing-pusing laie”
“mah, dah bawak. Abang tu dah bawak ke ubat awak tu. Kang dia yang lupa”, balas arwah atok mak. Atok ayah memang macam tu. Dia akan pastikan atok mak bawak ubat tapi dia sendiri selalu lupa bawak ubat dia. Masa atok mak sakit, atok ayah yang jaga kat sepital, paling tak pun hari2 datang hospital tengok atok mak. Atok mak selalu suh atok ayah balik, dia tak nak susahkan atok ayah. Dia risau kalau atok ayah drive sorang2 balik nanti. Hospital Tengku Ampuan Najihah, Kuala Pilah dengan Simpang Pertang mengambil masa hampir satu jam.
“abang balik la dulu,bia apin jage mah,” suruh atok mak.
“tak po, tunggu la guard tu datang, kang den kuar la, awak tak yah pikir la pasal den, taw la den tu”, balas atok ayah.
“mah bukan ape, nanti abang balik petang, awak bukan nampak sangat,” pujuk atok mak.
“yo taw la sei tu, jgn la ekau risau, taw la den tu,” macam nak keluar dari wad je, tapi tengok, ada lagi kat situ. Macam tak nak berpisah.
Pernah ketika saya sibuk siapkan jahitan atok mak, atok ayah datang.
“atok kau mano pin?”tanya pada saya.
“entah, gi kaet kelapa kot,” balas saya. Ye la atok ayah kan orang negeri sembilan, tak sah makan tak ada lauk lemak cili api. Semua jenis sayur dan bahan basah nak dimasak lauk lemak.
“osah bonar la, den dah cakap bia den yang buek, dio kan sakit, cubo duduk ontok2 ha,” membebel la tuh... dia tak puas hati pergi belakang rumah cari atok mak.
“mah... mah... kau buek apo tu? Bia la den buek. Kau duduk yo la,” laung atok ayah.
“alah abang ni, tak boleh ke tengok mah buat kerje sikit, bia la mak ambik kelapa ni je. Bukan buat apa pun,” senyum je saya dengar... mereka mula la balas membalas cakap... bagi saya mereka sangat romantik. Ambil berat.

Selain itu, atok ayah tak boleh kalau tak keluar berdua dengan arwah atok mak. Nak pergi mane-mane memang berdua. Yelah, dah memang duduk berdua.. tapi kalau datang ziarah kerumah saya pun macam tu, tak boleh hilang dari pandangan. Mesti cari punya.
“mah...mah,”
“mah kat belakang ni,” laung atok mak yang sedang sibuk ambil keladi dengan adik saya.
“sei nak pegi pasar ni, ekau nak ikut tak?” tanya atok ayah.
“abang ni cuba la pergi sorang-sorang. Kalau tak ada mah ni tak boleh ke gaknya,” hehehehhe...
“yolah, den tanyo jo, nak marah pulak, kang den tak kaba, ekau gak mara, den kaba pun kono marah, osah lah,” elellele.. betul jugak, kalau atok ayah pergi tak ajak atok mak, atok mesti cakap:
“atok kau ni pergi mane-mane bukan nak bagi tau,” saling sayang bagi saya.

Sekarang atok mak dah tak ada. Kesian atok ayah. Masa atok mak nak pergi pun atok ayah ada cakap dengan pak ngah saya:
“sei tak buleh, sei tak buleh,” memang atok mak selalu yang uruskan atok ayah. Makan minum, simpan surat penting dan sediakan baju atok. Semoga atok ayah tabah. Pernah selepas arwah pergi kami makan cendol ramai-ramai. Balik naik van, atok ayah pusing belakang nampak ada air macam air kelapa. Dia cakap:
“mah, air kelapo bilo ni mah?” saya yang duduk di belakang pandang atok ayah tak berkelip. Dia pandang saya balik dan terus pandang depan semula, taw dia hampir nangis.

Saya kagum tengok cinta warga emas ini, cintanya sampai hujung nyawa. Inilah baru cinta sejati. Bagi saya dan sahabat [yang sudah bepunya atau solo]cuba tanya diri kita sama ada sudah sedia untuk menyayangi dan disayangi sehingga hujung nyawa. Cuba bayangkan andai tetiba pasangan kita excident hilang kecantikan/ketampanan yang kita puja2 dlu, masihkah kita cintakan dia? Jika pasangan kita disah sakit, masihkah kita mahu bertahan bersamanya? Jika pasangan kita jatuh miskin dan papa kedana, masihkah kita bersamanya? Jika pasangan kita ditakdirkan hilang keupayaan pancaidera[buta tetibe misalannya], adakah kita sanggup terima seadanya? Jangan tanya orang lain. Tanya diri. Jika tidak, anda belum sedia bercinta sampai hujung nyawa.... sebelum menerima cinta, fikirlah dahulu kemampuan kita untuk meneruskan cinta, jika hanya ketika senang dan sihat, itu bukan cinta itu nafsu... pandai2lah membezakannya ......wallahualam

Sunday 8 November 2009

kenangan yang tidak terulang

Salam... hari ni rasa sunyi je. Rasa pelik menguasai diri. Masih buntu dan terpinga-pinga. Masih bertanya pada diri betul ke apa yang telah saya lalui hanya dalam masa seminggu ini?? Saya keliru dan merintih dengan rintihan yang tak boleh keluar dari dalam hati.


Saya baru sahaja kehilangan nenek yang sangat memahami diri saya. Dia pernah menjaga saya sewaktu kecil dulu. Saya pernah dipeluk dan dicium. Saya masih ingat lagi nenek saya yang saya panggil ‘atok mak’ yang setiap malam tidur bersamanya. Ketika itu dalam usia pra sekolah mungkin. Tidak pasti.


Setiap kali saya tidur saya akan memeluk nenek dari belakang dan kaki akan naik ke pinggul atok. Bila atok jatuh kan kaki saya, saya akan naikkan semula. Setiap malam jika saya rindukan ummi, atok cakap ‘ha pegi la sana...bia dia.. degil sangat..’.


Pernah satu ketika sedang saya dan atok jalan-jalan di ladang kelapa sawit, tetiba seekor ular tedung hitam muncul. Atok terus angkat saya masuk dalam kereta sorong. Dia berlari laju membawa kereta sorong semata-mata nak menyelamatkan saya.


Selain itu, atok hebat dalam memasak nasi goreng. Sedapp.... tapi lepas ni tak ada siapa nak masakkan nasi goreng sedap atok mak. Sebelum exam biasanya saya akan telefon atok mak dulu. Saya akan cakap ‘atok, apin nak pekse ni. Atok doakan apin taw.” Tapi sekarang, tak lagi. Tak ada dah atok mak yang selalu gayut dengan apin sampai satu jam. Tak dah gelak senyum atok. Atok... apin rindu la...


Masa atok nak pergi pun apin tak dapat cakap dengan atok. tapi saya tahu atok tau saya sayang dia. Saya nangis je masa atok nak pergi. Saya suka atok bukak mata masa saya datang. Dia pandang saya, tapi mata putih atok kuning dan bengkak. Dua tiga orang doktor datang. Dia cakap atok tak ada harapan. Barah perut yang baru detect sudah di peringkat akhir. Selepas operation, paru-paru atok dijangkiti kuman, atok kena bernafas pakai mesin. Kemudian datang pulak doktor bahagian jantung. Dia cakap atok kena heart attack. Heart attack? Mane ada atok sakit jantung? Saya nangis. Nangis je la sampai mata pedih. Tak sanggup tengok atok macam tuh. Saya bagi atok susu dalam tiub. Tapi keluar balik, saya nangis. Kemudian, saya paksa juga atok makan guna tiub, sampai atok kelihatan nak muntah. Saya cakap dengan nurse, nurse kata tak apa, itu kahak. Kahak tu nanti akan keluar ikut tiub satu lagi. Sian atok.. tapi sekarang atok dah tak sakit lagi. Atok dah tak menderita sakit lagi. Atok dah ditempatkan di tempat yang lebih baik untuk dia... apin doakan atok....


Satu hari nanti pun kita akan berkumpul. Apin nak jumpa atok dan semua orang yang apin sayang. Masa tu lagi seronok, tiada sapa yang akan tingalkan sesiapa. Kita akan hidup selamanya. Apin akan berusaha jadi anak solehah. Semoga doa apin termakbul.


Masa keadaan macam ni, teringat atok tengah jahit baju. Teringat atok tengah kait kelapa, katanya nak buat lemak cili api. Sebab atok ayah tak makan kalau tak ada lauk lemak. Atok tak reti duduk diam. Kalau sedara mara datang rumah atok, mesti atok jadi orang paling risau kalau ada sedara mara yang tak makan lagi. Dia akan tanya sorang-sorang dah makan ke belum atau nak makan apa. Apa sahaja keperluan akan disediakan. Dia akan pastikan semua keperluan dipenuhi. Sekarang tak ada lagi.


Hari rabu, selepas pengebumian,ummi serve lunch untuk walid. Walid makan sikit je. Pastu walid keluar dan nangis.

Ummi tanya “kenapa abang nangis?”.

Walid jawap “dulu kalau kita datang mesti mak yang hidangkan kita, sekarang tak ada dah,” walid cakap dan nangis. Memang atok akan hidangkan apa je yang walid nak, walaupun walid tu menantu dan dah besar panjang. Walid manja dengan atok.


Tapi saya redha atok pergi. Dia dah dua tahun menderita sakit. Maybe ALLAH nak bagi dia tempat yang lagi best kat sana. Maybe atok tengah bahagia kat sana. Sebab atok orangnya baik dan sangat menjaga hati orang lain.


Atok tak suka susahkan orang lain, dia juga masa hembuskan nafas yang terakhir sangat tenang, samapi tiada siapa yang sedar bila atok pergi.

Atok... apin rindu atok.......

Saturday 31 October 2009

Perginya direlakan dalam tangisan

salam sahabat..
terima kasih kepada mereka yang memahami kondisi saya tika ni.
Memang agak pelik dan mengelirukan..
Minta maap keada mereka yang membuat panggilan tetapi tidak dijawap, juga pada mereka yang SMS tetapi tidak berbalas. MIntak maaf kepada sahabat kiranya saya tidak dapat memberi komitmen pada kerja yang dilakukan. Terima kasih kepada mereka yang mengambil berat dan membantu mengurangkan keresahan hati. Doakan saya menjadi kuat dan tabah.

Alhamdulillah... saya semakin boleh menerima kenyataan yang saya sudah tidak punya nenek lagi. Nenek yang pernah menjaga saya dengan penuh kasih sayang dan membesarkan saya bersama kedua umi dan walid. Nenek yang selalu menjadi seperti bidadari yang menenangkan hati tika duka dan seorang pendengar setia.

" sesungguhnya Allah berhak mengambil apa pun yang Dia kehendaki, seagaimana Dia berhak memberikan apa sahaja yang Dia kehendaki. Segala sesuatu disisi ALLAH itu memiliki batas da ketentuan. Hendaknya engkau bersabardan mengharaokan pahala kepadaNYA. [al-Bukhari II/80 & Muslim II/636]

Pada 27th Oct 2009, dalam jam 4.45pm, nenek menghembuskan nafas yang terakhir akibat dari kanser perut yang lambat didetect. Syukur pada Illahi kerana memberi kesempatan kami sekeluarga beraya bersama arwah nenek sekali gus menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 63 pada 23 sept. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan insan-insan istimewa disisi ALLAH swt. Al-fatihan untuk nenekku tersayang. Semoga tenang di sana... Thalmah binti Salleh.

Thursday 22 October 2009

untuk adik-adik kakpin...i love u very much


salam Sedihnya hari ni....
Untuk adik-adikku...
Adakah dikau tahu betapa risaunya hati ini? Adakah dikau mengerti cinta hati ini? Adik, kenapa sukar untuk seorang akak seperti aku ini meluahkan apa yang aku rasa, apa yang aku alami dan apa yang aku fikirkan hanya untuk kesedaran bersama? Adik-adikku, tahukah dikau cinta dan cita-cita ku untuk kita??
Adik,
Tahukah kau kenapa kakak mu ni marah? Tahu kah kau kenapa nasihat semakin banyak dijelaskan? Sedang telinga adik semakin pekak dilindungi perisai cinta duniawi. Adik, kenapa tidak mampu aku melihat setitis harapan dijiwamu untuk kita merasa kebahagian akhirat lebih dari dunia untuk kita? Bila mana aku mahu kita bercerita dibawah fikrah yang sama, dibawah halaqah Islamiah sambil dipayungi cinta Illahi. Cinta yang membuatkan kita tidak fikir lagi derita dunia. Menjadikan kita kuat berkumpul, bersatu dan membina kubu mempertahankan jiwa dari fatamorgana dunia.
Adik,
Kenapa adikku tidak mahu melihat diriku diakhirat nanti? Sedang kita tahu mati itu pasti, biar terpisah nyawa dari badan, kakak mu ini tidak gentar. Kakakmu ini yakin bahawa cinta kita bersatu di sana. Di negeri kekal abadi. Dimana aku dan dikau akan berlari-lari gembira dibawah pohon-pohon syurga. Menikmati keindahan telaga kauthar. Itu cita-citaku. Aku harapkan cita dikau juga....
Adik,
Tak terniat sedikit pun dihati kakak mu ini melukakan hati mu. Tak terlintas sama sekali menyiksa hidup mu. Cuma aku mahu kau bersyukur atas kesederhanaan yang ALLAH beri pada kita. Apa yang dikejarkan sangat dengan dunia fana ini??? Apa setiap inci dalam dunia ini milik kita? Jangan kau berangan untuk menongkat langit, itu bukan milik kita, ini juga bukan milik kita. Kita tidak punyai apa-apa didunia ini. Kau juga bukan milik aku dan aku juga bukan milik mu. Tapi kita adalah pemilih hati yang penuh cinta. Cinta yang membawa kita sentiasa seperti termiliki.
Adik,
Aku menasihatimu bukan mahu mengatakan engkau salah dan aku benar. Aku hanya mahu kau dilandasan kesederhanaan. Aku mahu kau berasa syukur dan tenang atas setiap nikmat ALLAH. Pengalaman aku dan kau yang kita lalui bersama sangat memberi pengajaran. Jangan kau masuk ke lembah yang sudah kau tahu kedalaman jurang nya. Aku tidak hebat untuk menjadi contoh terbaik. Tetapi aku sedar ini sahaja yang mampu aku buat untuk terus bersamamu sampai syurga. Tegurlah aku jika aku juga terkhilaf.
Adik,
Dalam doa malamku, dalam setiap ceruk hati kakakmu ini ada satu doa yang semuanya untuk kalian. Doaku satu dan hanya satu. Ya ALLAH, jika kau mahu matikan aku, berilah aku peluang untuk merasakan sakinah, rahmah dan cintaMu dalam keluarga ku. Ya ALLAh sebelum aku mati, biarlah aku dapat melihat 5 orang muslimah sejati yang cintanya sama, iaitu menyintai akhiratMU....menyintaiMu. Bukakanlah semua pintu hidayahMu untuk kami. aku mengharapkan hidayah MU.........

Saturday 3 October 2009

Anak dan perjuang....


Salam sahabat...

Tetiba je pagi-pagi ni saya yang dalam kesibukan mahu menulis sesuatu yang mana tetiba je saya rasa seperti tidak layak,tidak sesuai, tidak mampu dan mungkin juga mahu tapi terlalu banyak rintangan untuk saya merealisasikankannya. Anda tahu apa????

Jawapan nya ialah menjadi muslimah sejati, berjuang menegakkan Islam dan menjadi syahiddah. Kalian jangan bimbang. Statement di atas bukan menandakan saya akan berhenti dari mencari cinta Allah swt, bukan bererti tiada lagi ‘nur’ yang sedang berusaha menuju medan perjuangan, jauh sekali berpatah balik dan mendiamkan diri dengan hanya melihat dan mengeluh.... Saya sudah merangka usaha-usaha lain agar dapat memenuhi impian saya.

Saya belum lagi ke medan perjuangan tapi memaksa kaki saya melangkah kealam itu. Alam perjuangan tak takut halangan dan tak takut mati. Saya sedang mempersiapkan senjata-senjata yang berbekalkan iman dan takwa sebagai peluru dan jihad fisabilillah sebagai motonya. Sedang saya mencari bahan-bahan senjata tetiba ada sesuatu yang melintas secara cepat tetapi terkesan di hati dan fikiran. Anda tahu apa????

Jawapannya, saya belum dapat masuk kemedan perjuangan tatkala usia baru 22tahun. Dan pada usia ini masih belum siap lagi senjata canggih yang juga saya akan gunakan untuk berhujah dengan mereka yang memandang enteng isu agama walaupun peluru nya masih setipis kulit bawang. Anda paham ke apa yang saya tulis ni????

Saya berfikir, membina senjata perjuangan bukan 2 3 hari tapi bertahun malah berpuluh tahun. Apa halnya pula untuk si ‘nur’ yang baru setahun jagung mencari diri dalam redha illahi??? Tergolek-golek di atas katil, sekejapkan membaca buku LA TAHZAN, kejap lagi merubah bacaan kepada yang lebih santai 20 TIPS AGAR DI CINTAI SUAMI [sekadar bacaan untuk digunakan ilmunya di masa hadapan ....hehehehheh]. kemudian, beralih pula kepada buku ustaz Hasrizal... BERCINTA SAMPAI KE SYURGA. Tetiba terbaca perbualan sang ustaz dengan Saiful islam @ yop. Hubungannya ialah anak, ya anak dan bapa. Anak??? Ya itu yang terlintas dan saya tahu apa persediaan lain untuk memantapkan senjata perjuangan ini. Anda tahu apa??

Saya meletakkan target lebih sikit kali ni, iaitu ANAK. Saya mula rasa lega andai saya tidak sempat kelapangan perjuangan saya akan wariskan semangat saya pada bakal anak-anak saya. Saya akan cuba, ehh silap.... saya MESTI mendidik anak saya menjadi seorang perjuang Islam. Tak takut halangan dan tak takut mati. Saya teringat kata-kata saya pada walid/ayah saya ketika dia membantah cita-cita saya yang mahu menjadi murabbi. Lebih kurang begini ayat saya kepada walid; “jika apin tidak jadi engineer pun tak apa walid, sebagai guru nanti apin mampu melahirkan berpuluh engineer. Jika sekarang apin jadi engineer, mungkin hanya apin saja engineernya. Satu dan tak banyak”. Walid senyap dan cakap “ikut Anit la”. Susah walid nk terima tapi at last dialah yang memberi support pada saya...

Jadi matlamat saya atau plan B dalam memperjuangankan Islam ialah melahirkan ramai perjuang Islam. Di sini bukan bermaksud melahirkan banyak zuriat sehingga tidak mampu di jaga dan dididik mengikut acuan perjuangan. Tetapi, mendidik jiwa anak-anak nanti seperti jiwa kanak-kanak Palestin yang tak takut memperjuangkan tanah air, agama dan maruah mereka. Saya telah tonton satu video yang mana anak-anak palestine ini langsung tidak gentar dan goyah jiwa mereka apabila kereta kebal dengan muatan hasad dan dengki menghalakan muncungnya dihadapan mereka. Mereka masih mampu berlari, berjalan makan dan ke sekolah dengan selambernya. Sebab dalam jiwa setiap mereka sudah sedia ada senjati iman dan takwa kepada ALLAH. Mereka tidak takut pada zionis. Boleh bayangkan anak-anak Malaysia jika dalam situasi itu? Bertapa peranan ibu –ibu dibumi palestine mendidik anak mereka mencintai syahid, sehingga tiada sakit bagi mereka ketika darah menitik membasahi bumi palestine... [doa untuk mereka di sana].

{Sebagai orang islam, dalam mendidik anak-anak hendaknya kita banyak bercermin pada Al-quran. Didalam Al-quran terdapat kisah-kisah orang-orang sholeh dalam mendidik anak-anak mereka, contohnya kisah Luqman al-hakim yang berjuang keras mendidik dan menasehati anak-anaknya agar selalu melakukan amal sholeh dan tidak meyekutukan Allah. sebagaimana tertera dalam surat Lukman ayat 17-18 (yang artinya):

“Hai anakku, dirikanlah sholat dan surulah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah). Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.”} sumber dari http://www.pejuangislam.com/main.php?prm=santri&var=detail&id=88.

Sebagai bakal ibu, dan kepada para ibu yang membaca blog saya. Melahirkan pejuang deen ini bukan dengan melahirkan banyak anak tetapi mendidik jiwa anak. Apa pentingnya kuantiti kalau tidak berkualiti... Kepada sang munrabbi dan bakal murabbi, kita telah dikurniakan ramai anak walaupun bukan dari darah daging kita tetapi terapkan dalam jiwa mereka tentang perjuangan, agar anak-anak ini kebal dengan halangan dan tebal dengan senjata iman. Anak itu anugerah.... wallahualam..

Monday 28 September 2009

salam syawal....

Rasanya saya tidak terlewat lagi untuk mengucapkan selamat Hari raya dan saya mohon maaf jika ada salah dan silap pada kawan-kawan, adik-adik, ummi walid & mak, mak cik pakcik dan seluruh warga dunia. Saya harap ada sinar baru untuk saya dibulan syawal ini. Segala kesilapan lalu semoga dapat dilupakan dan dimulakan dengan permulaan yang baik dari awal hingga akhirnya. Semoga kekhilafan dulu dikuburkan dalam kerak bumi paling dalam dan lebur didalamnya. HArapan agar tiada dendam di hati setiap insan yang mengenali hamba yang hina ini.

Sepanjang ramadhan saya panjatkan doa pada ALLAH, tuhan yang maha kuasa yang tiada tara tandingnya. Saya mengantungkan diri sepenuhnya pada ALLAH dengan segala kudrat yang terbatas ini memohon dan terus memohon. Semoga segala doa dan permintaan saya termakbul... ameen... Semoga masih ada ruang, peluang dan kesempatan untuk saya bertemu ramadhan akan datang.

p/s Terlalu rindu ramadhan yang terlalu pantas pergi. Hati masih cuba menerima bahawa ramadhan sudah pergi.... =(

Sunday 13 September 2009

10 malam terakhir


Salam....
Ramadhan dah samapi ke 10 malam terakhir. Ya Allah terlalu cepat masa sampai tak sedar akan masa yang berlalu. Segala nikmat di bulan ramadhan ini akan pergi. Saya pasti akan merindui ramadhan. Entah bisa saya bertemu ramadhan akan datang atu tidak.

Dalam bulan ramadhan ini terdapat tiga fasa. Fasa pertama adalah 10 hari awal ramadhan yang di dalamnya mempunyai rahmat dari Allah swt. Fasa kedua adalah 10 hari di pertengahan bulan ramadhan yang terdapat didalamnya keampunan dan yang terakhir adalah fasa ke 3 iaitu 10 hari terakhir bulan ramdhan yang mana di dalamnya terdapat malam lailatul qadar. Malam yang dinyatakan bersamaan dengan 1000 bulan.

Mari kita tengok serba sedikit kelebihan orang-orang yang melakukan solat teraweh pada 10 malam terakhir.


Malam 21: Allah akan binakan baginya sebuah istana di dalam syurga yang terpaut daripada Nur.


Malam 22: Pada hari kiamat akan aman dari tiap-tiap duka cita dan kerisauan. [seperti yang kita maklum, di padang Masyar keadaannya adalah huru hara dan kita dalam ketakutan]


Malam 23: Allah swt membinakan sebuah bandar di dalam syurga daripada Nur. [subhanallah, tadi Allah bagi istana dari nur dan sekarang bandar.. syangnya ALLAH pada kita, tapi adakah kita bersyukur?]


Malam 24: Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih .[ elok sekali berdoa ketika sujud]


Malam 25: Allah taala hindari dirinya dari seksa kubur.


Malam 26: Allah kurniakan pahala bagi mereka yang bertarawih pada malam ini seumpama 40
tahun ibadat.


Malam 27: Allah memberi ketangkassan melintas titian siratul mustaqim seperti kilat yang menyambar.


Malam 28: Allah swt mengurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.


Malam 29: Allah swt mengurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.


Malam 30: kurniaan Allah paling istimewa iaitu

“hai hambaKu, makan lah segala jenis buah-buahan yang engkau inginkan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama salsabiila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad saw bernama al-Khauthar”

[sumber: Solat Tarawih, Hj. Abu Nafisah, terbitan pustaka al-Shafa, KL]


Banyak sangat bonus yang Allah bagi pada kita pada bulan Ramadhan kareem ini. Bonusnya lebih besar dari bonus hujung tahun atau bonus hari raya duniawi. Tapi berapa ramai yang mengejar bonus akhirat ini? Masing-masing sibuk nak mendapat bonus hari raya sebab boleh tambah baju raya dan kuih raya. Bukan salah tapi berpadalah. Jangan sampai ada sikap riak pada diri kita diatas rezeki yang ALLAH bagi. Riak ni salah satu syirik khafi. Segeralah beristigfar jika terlintas di hati kita untuk menunjuk-nunjuk rezeki yang Allah bagi. Ingatlah, kita ni tiada apa dan semua yang ada pada kita adalah milik Allah swt.

Segala kesilapan harap diperbetulkan.... wallahualam....

Wednesday 2 September 2009

Permata yang dicari....



Permata Yang Dicari

Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu


Tuesday 1 September 2009

la Tahzan nurafina!!!!


Salam sahabat..
Sejak dua tiga menjak ni perasaan dalam keadaan yang sangat kecamuk. Remuk rendam dan hancur lebur. Nasib masih ada ALLAH di hati. Kalau tidak mahu sahaja hilang pedoman hidup. Berat dan perit hidup semakin terasa.

Appreciate?


Bila kita sudah kehilangan sesuatu itu lah baru kita tahu nak menghargai. Tapi bagaimana kita cuba bertahan untuk dihargai? Bukan kah itu lebih memeritkan dari kehilangan? Maap sahabat, keserabutan ini di khususkan pula di dalam blog yang diam ini.....

Ya ALLAH,


La tahzan nur afina humaira. Kekuatan masih berbaki dan sokongan telah diterima dari sahabat-sahabat yang sangat memahami dan cuba menenteramkan hati yang gudah. Menghabiskan masa bersama berjam-jam. Hangat persahabat terasa dalam dinginnya malam....


Kenapa nur di uji????


Soalan bodoh dari seorang yang tidak paham!!! Kalau tidak diuji, sudah cukup ke kita digelar orang yang beriman?? Jangan rasa diri itu terlalu suci sampai tidak sepatutnya di uji... “kadang-kadang Allah bagi kita mendung, hujan dan petir. Kita bertanya mana matahari. Rupa-rupanya Dia nak bagi kita pelangi yang indah’.


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;

"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? (2) Dan sesungguhnya
kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya
Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia
mengetahui orang-orang yang dusta. (3)"
Surah Al-Ankabut : 2-3

“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga,

padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah
berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa
kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh
ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman
yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah.....”
Surah Al-Baqarah : 214

Apa nur boleh buat???

Nur! Sabar lah sayang!!!!!! Tetapkan hati... sabar S.A.B.A.R....


“ Dan Allah bersama orang-orang yang sabar”.

Surah Al-Baqarah : 249

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di
daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya,
kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
Surah Al-Imran : 200

Siapa bersama saya????
ALLah dengan Nur sayang....

“.....Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu

bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).”
Surah Al-Baqarah : 214

Ya ALLAH.. kuatkan hati hambaMu ini....
Wallahualam.......