Friday 27 February 2009

Aku cinta walid….

Salam sahabat yang setia mengikuti perkembangan entry saya. Saya rasa seperti mahu menulis tentang cinta saya pada ayah saya. Seorang lelaki sangat penyabar, seorang lelaki hebat melawan dugaan, seorang lelaki yang kuat mentalnya, seorang lelaki yang amat membanggakan dan seorang lelaki yang benar-benar lelaki.


Saya memangil ayah saya dengan panggilan walid. Mungkin sekali kerana kami dari keturunan Syed Sharifah yang menekankan panggilan berunsur arab kepada ibu bapa. Walid sudah berusia 51tahun. Seorang yang sangat menyayangi anak-anak lebih dari dirinya sendiri. Jarang sekali saya lihat walid marah pada saya dan adik-adik. Saya sangat cintakan walid.


Cerita yang paling saya ingat iaitu 10tahun dulu ketika walid berkahwin dengan mak tiri saya. Saya dan adik-adik benci padanya. Walid lelaki yang baik, dia tidak berkahwin dengan anak dara tetapi dengan janda anak tiga malah lebih tua dari ummie. Saya tidak bercakap langsung dengan walid. Bila walid balik dari kerja, saya hanya melarikan diri tidak menyambutnya seperti selalu. Walid bekerja di Kuala Lumpur dan terpaksa meninggalkan kami di kampung. Walid akan pulang dua minggu sekali. Kadang-kadang seminggu sekali. Setiap kali walid balik saya dan adik-adik akan berlari mendapatkannya, memeluk dan mencium pipi walid. Adik yang kedua akan mengeselkan hidungnya pada hidung walid. Dan yang terakhir pasti ummie, ummie akan peluk walid dan mencium pipi walid. Setiap kali memeluk kami, pastinya walid akan menepuk-nepuk belakang badan kami semua. Tapi kerana benci walid kahwin dengan mak tiri saya, saya tidak langsung memandangnya. Walid tak marah pun, dia cuma diam sahaja. Tapi pada suatu malam, walid menangis. Walid tanya kenapa dengan saya? Apa salah dia? Mendengar itu, saya juga menangis. Saya bukan benci walid tapi saya takut walid akan lupa saya dan adik-adik. Itu kisah 10tahun dulu. Ternyata kasih sayang dan cinta walid tak pernah berubah, malah bertambah-tambah kepada saya, adik-adik, ummie dan mak(tiri). Dalam famili kami tiada istilah tiri. Semua sama.


Hidupnya penuh duka. Walid pernah dihina jiran-jiran kerana fitnah dikatakan tidak menyempurnakan nafkah zahir pada anak-anak dan isteri. Sampai hati, kenapa difitnah walid? Depan mata saya, walid bagi duit pada ummie. Saya masih ingat, walid tak pernah abaikan tanggungjawapnya pada saya. Pernah satu hari saya memaksa walid beri duit pada saya sebab saya benar-benar tiada duit. Ketika itu saya di Matrikulasi Pahang dan walid di Kuala Lumpur. Walid sanggup membonceng motosikalnya dari KL ke Gambang tanpa henti semata-mata nak beri saya wang RM50. RM50? Tak berbaloi dengan perjalannya di tengah panas terik selama 5jam. Rupa-rupanya walid tiada duit masa tu, dia belum gaji. Dia mahu bank in wang pada saya, tapi saya kata susah mahu ke Kuantan. Sangat jauh. Walid sampai dengan keadaan yang sangat menyedihkan dan meruntunkan hati. Muka walid hitam dibakar matahari, walid sakit kepala dan sepeti mahu pengsan. Saya mahu menangis dan meminta maap. Tapi saya tak mahu menangis depan walid. Nanti walid susah hati. Walid sanggup buat apa sahaja demi anak-anak dia.


Cara walid mengajar anak-anak juga berbeza. Kami tidak disuruh melakukan sesuatu secara direct. Tapi walid ada caranya tersendiri. Walid memang seorang yang sangat kelakar. Walaupun hatinya penuh duka sengsara. Orang tidak tahu, tapi saya tahu. Saya anaknya, anak sulungnya.

Pernah satu ketika saya teman walid pergi isi minyak kereta. Semasa membelok masuk ke simpang petrol pump kami lihat anak muda sedang lepak. Yang perempuannya berpakaian seksi dan sengaja menonggekkan punggung. Orang lalu lalang bersiul-siul. Selepas isi minyak, walid sengaja lalu di jalan tempat perempuan-perempuan tu melepak. Walid buka cermin kereta dan bersiul macam Amy search. Perempuan2 di situ hanya menjeling pada walid. Mungkin dalam fikiran mereka, ”pakcik ni gatal”. Selepas mendapat jelingan menyampah dari salah seorang dari mereka, walid keluarkan sedikit kepala dari cermin kereta dan menjerit ”woit!!!!!”. saya terkejut. Perempuan itu juga terkejut. Saya tanya walid kenapa buat macam tu. Takkan sebab perempuan itu menjeling kat walid. Walid pandang saya dan cakap..”anit, perempuan macam tu, harus dilayan macam tu juga”. Ha? Baru saya faham maksud walid. Walid maksudkan perempuan yang baik pastinya lebih dihormati dan tak mungkin juga ada yang sanggup menjerit dan memaki mereka. Dengan itu saya mula menukar penampilan. Saya mula constant pakai tudung. Saya mula menutup aurat dan demi cinta saya pada walid saya mahu jadi wanita solehah dan anak yang soleh. Agar jika Allah ambil cinta saya ini, saya masih mampu mendoakan dia dan cinta kami anak beranak akan terus mekar hingga ke syurga...owh ya, Anit panggilan manja untuk saya. Walid je yang panggil Anit. Kata orang sebab saya kenit. Tapi, ummie kata walid nak letak nama saya Sharifah Nur Anis tapi ummie tak bagi sebab sama dengan nama nenek walid. Macam-macam walid nih. Hikhikhik...


Peristiwa kedua, adik perempuan saya mendapat hadiah semperna Valentine day baru-baru ni. Konon-kononnya, dia mahu membalas dengan choclate besar. Dia tinggalkan di dalam peti sejuk. Esoknya dia lihat sudah rosak choclate tu. Walid ambil dan makan. Selamba je... Walid talifon saya dan meceritakan perihal adik saya ini. Dia cakap choclate adik saya sudah rosak dan dia tidak dapat bagi lelaki itu. Saya tanya ” apa walid buat dengan choclate tu?”. ”kite makan la Anit, hahahahha padan muka Ewa”. Hahahha apa la walid ni. Saya tahu walid mahu mengajar Wawa dalam setiap perbuatannya. Tapi banyak cara walid tegur kami, dan kesemuanya lucu. Sampai kami tidak sedar yang kami ni sebenarnya mengetawakan diri sendiri.


Ya ALLAH terima kasih kerana memberi aku dan adik-adikku seorang ayah yang sangat funny dan happy go lucky.


Walid yang apin sayang, Apin tau walid ketawa dalam tangis, Walid gembirakan orang lain, walhal walid sedih. Walid tak perlu cerita duka walid itu. Kalau walid cerita, pasti yang mendengarnya tidak tahan menangung duka walid. Walid, andai apin sudah dewasa,

apin mesti jaga walid macam mana walid jaga apin dan adik-adik. Akan apin bahagiakan walid demi cinta. Ya demi Cinta apin pada walid. Walid, kasih sayang ini tak kan pernah padam, walau terpisah badan dan roh, apin cinta walid, dan walid lah ayah apin dunia dan akhirat. Walid lelaki paling hebat. (apin: panggilan sahabat terdekat dan keluarga pada saya)


yaALLAH andai Kau mahu ambil walid dari aku. Beri lah dia peluang merasai kebahagiaan yang dia mahu. Dia sudah banyak menderita ya ALLAH. Kasihanilah ayahku ya ALLAH. Amin...

Sahabat... Mari la doakan semua ayah, walid, abi, abuya, abah, baba, papa, daddy dan apa jua gelaran bagi seorang ayah yang telah berkorban demi kita agar ALLAH swt bahagia kan mereka di akhir-akhir usia mereka. Kita mungkin punyai 1, 2, 3 dan empat ibu. Tapi kita hanya ada 1 ayah.. saya ada dua ibu dan hanya ada 1 walid!!!


Thursday 26 February 2009

aku bertaubat ya ALLAH


'nur, apa yang nur cakap wat abang sedih, abang tahu abang banyak buat salah. Abang nangis tersedu bila mengenangkan kata-kata nur. Abang memang banyak tidak tahu', luahan hati seorang akhi yang saya hormati. Memang saya sungguh tidak tahu apa yang saya ucapkan. Ya tidak tahu apa ayat-ayat saya menyentuh hatinya atau membuatkan dia tersedar seketika. Terfikir juga mungkin ALLAH yang bagi dia merasa kesalan itu melalui ungkapan yang hanya berbentuk perbincangan. Ya, saya yakin, hanya perbincangan tentang hukum.

'Aku nih,memang nak taubat dah, tak hendak ulang lagi salah yang lama. Tapi masa ni je lah yang aku rase berdosa dan menyesal, pastu dah balik pada biasa', kata-kata seorang teman. Sudah berbuih nasihat masih itu jawapnya. Saya tahu apa yang saya ucapkan untuk menyedarkan dia. Tapi, sebaliknya. Terfikir saya mungkin ALLAH belum bagi dia merasa sungguh-sungguh untuk bertaubat.

Dua peristiwa yang berlaku menyebabkan saya terfikir kenapa yang dinasihatkan untuk berubah sukar untuk berubah manakala, yang tidak dinasihatkan secar terus mahu bertaubat dan mengakui kesalahan secara tidak langsung. Sesungguhnya Allah itu maha kuasa. DIA berkuasa keatas kita. DIA juga yang mengerakkan hati kita untuk terus mencari redhaNYA.

'nur, sekali ALLAH bg pertunjuk dan peluang, cepat-cepat ambil. Percayalah, tiada peluang kedua kalu kita mensia-siakan yang pertama', nasihat seorang sahabat. Dengan nasihat ini lah saya bangun dari tidur, mencari siapa diri. Saya seperti seorang yang baru pulih dari hilang ingatan. Mahu meronta-ronta mencari siapa diri. Saya mencari jalan kembali kepada fitrah. Ya FITRAH.. Mencari siapa saya sebenar. Kenapa saya lahir kedunia? Kenapa perlu saya di atas bumi ini? Walhal ustaz dan ustazah cakap ALLAH langsung tidak perlukan kita tapi kita yang perlukan DIA.

Baru saya terfikir betapa saya ini sangat lemah, miskin dan hina disisi Allah swt. Saya perlukan izinNya untuk melakukan semua benda termasuk menyuap nasi ke mulut. Terus saya terfikir yang Allah swt sayang saya sebab bagi saya peluang hidup, beri saya nyawa dan beri saya keluarga.

Kalau dikira-kira semuanya tidak termampu kita balas dengan segala nikmat yang Allah bagi pada kita. Jadi mengapa kita mesti membangga diri dengan apa yang kita miliki? Riak dengan kemampuan kita yang kita rasa tidak dimiliki oleh orang lain? Tidak kita sedar semuanya ALLAH swt yang bagi, semua yang berlaku ALLAH yang izinkan. Jadi apa hak kita berlagak dibumi ALLAH? Masing-masing tidak takut melakukan maksiat. Walhal nikmat dunia ni pun pinjaman ALLAH kepada kita.

Ya ALLAH, sesungguhnya aku telah lalai dari bersyukur pada MU. beri la aku peluang bertaubat pada MU. Buka la pintu taubatMU untuk ku. Jangan bolak balik kan hati ku ini. Jangan kau tarik hidayah yang telah Kau berikan padaku ya ALLAH, YA RAHMAN wa YA RAHIM...aku takut YA ALLAH....

Kita harus sedar semula sahabat sekalian. Kita akan mati, dan di mana tempat kita nanti. Saya takut dan tidak tahu nasib saya di sana. Tulisan saya ini cukup buat saya mengeletar sendirian mengenang dosa yang saya lakukan dulu. Cukup saya takut mengenangkan dosa yang akan saya lakukan nanti, tolong la sahabat tegur khilaf saya. Jangan biarkan saya terus berdosa dan berdosa. Cukupla noda yang sudah terpalit di dalam hati, dan sukar saya bersihkan sehingga saya sendiri hampir putus asa membersihkan nya. Sudah bersih kah hati ini? Saya sendiri tidak tahu. Kalau diletakkan amalan baik dan dosa yang saya lakukan secara sedar di atas dacing pastinya dosa saya lebih berat. Hal ini kerana saya tidak mampu mengawal diri dari maksiat dan tidak mampu menegur maksiat didepan saya. ya ALLAH......

Sunday 22 February 2009

kelahiran yang di nanti


salam... berita gembira dari seorang teman yang sah hamil sebulan lebih disambut gembira seisi rumah sewa.Penantian kami se rumah akhirnya berhasil dengan khabar gembira. ALhamdulillah sangat-sangat gembira dan teruja kalah orang yang mengandung pulak. Bila dikira-kira tarikh bersalin hmmm, maknanye final sem 7 nanti baru lahirnya baby tu..Alamak ai.. tak merasalah kami jage baby tuh.

Begitu terujanya saya apabila mendapat tahu hal ini. Teringat kisah umi saya yang mengandung adik yang bongsu setelah 10 tahun tak hamil. Kami sangat teruja. Tak sabar menanti kelahiran adik baru. Masa tu umur saya baru mececah 15tahun. Bila baby lahir, adik2 sibuk nak menjaga sampai walid kata "yang beranaknye sape?". Kesian walid, menanti anak lelaki tapi yang lahir tetap perempuan. Jadi cukup la 6 orang anak yang kesemuanya perempuan.. Oleh kerana nak sangat anak lelaki, Walid panggil adik saya yang ke 4 dengan panggilan 'abang' @ 'abang kinot'. Nama sebenarnya Sharifah Nur ShaQinah. Kami panggil adik Qina. Oleh kerana dah biasa dengan panggilan 'abang' itu, tiada masalah bagi Qina. QIna ni lembut, tak macam tomboy pon.. Lahir adik yang last dan juga perempuan membuatkan walid malas menanti lagi.. Sian walid. Oleh kerana nak sangat anak lelaki, Alia macam agak kelelakian sedikit. tidak suka berbaju gaun. Selesa dengan tshirt dan seluar(JEANS ketika berjalan-jalan). Agak lasak dan sangat nakal. Tapi kami didik dia menjadi adik perempuan pelahan lahan. Kini Alia dah darjah satu dan sudah mahu bertudung dan berbaju kurung ke sekolah.ALHAMDULILLAH..

Satu cerita yang mahu dikongsi di sini iaitu semasa umi mengandung Aliah, selalu saya bergaduh dengan umi. Mana tidaknya, pagi petang mintak kuih karipap. Satu kampung saya cari dengan moto. Bila saya nak buatkan umi kuih karipap, umi tak mahu. Nak kakripap yang dibeli juga. Bila tak jumpa karipap, umi selau kata saya tak sayang dia dan adik dalam perut.. Aduyai macam-macam. Kadang-kadang terlewat nak pergi tusyen sebab cari karipap umi. Kalau tak nanti umi merajuk, nak pujuk lagi lah susah. Masa umi mengandung kuat menangis dan kuta juga merajuk. Patut la Aliah degil dan keras hati. Apa yang dia nak pasti kena dapatkan kalu tidak dia sanggup melintas jalan besar atau berjalan kaki sendiri untuk mendapatkan apa yang dia mahu.
Harap2 kawan saya ni tak macam umi saya tuh. Pening nak melayan kerenahnya hehehhe. Paling pening tentunya walid..hehehhe.

Apa pun, anak itu anugerah dan lambang cinta kasih ibu dan ayah.Yang mana yang belum punyai anak, bukan bermakna tak cinta atau saling sayang, mungkin belum rezeki atau dugaan Allah swt. Yang mana dikurniakan anak-anak istimewa, pasti ada kelebihan di situ.

Saturday 21 February 2009

wildani


Saya tak tahu menulis sajak. Tak pernah cuba.. mungkin pernah tapi sekadar suka-suka.. kalau kawan2 nk gelak... gelak la ye...ni dr hati saya yg tetbe rase tak layak...tak layak ape? Awk semua fikir la sendiri ye...


Waldani
Dimana wildan ku
Mungkinkah di depan mata
Atau mungkin juga disebalik tabir masa
Dimana wildanku
Barangkali sedang sibuk menyiapkan diri
Dengan pedang keimanan dan ketakwaan
Menjadi pembimbing diri ini
Biar aku menjadi ainul mardiahnya nanti
Bersemayam didahan cinta syurga
Selamanya bersama
Tapi,
Layakkah aku menjadi bidadari syurga?
Layakkah aku untuk menemani wildanku?

Wednesday 18 February 2009

lepak itu best............x membuang masa!



salam sahabat....
belajar lah setiap detik saat yang berlalu... itu yang saya nak tekan kan di sini. jangan jadikan sesuatu itu sia-sia biarpun orang kata itu sia-sia. kadang-kadang kita akan dapat sesuatu yang berharga dari yang kita rase sia-sia. Contohnya, kalau kita melepak dengan kawan-kawan waktu breakfast di warung mamak. Ramai akan kata kita menghabiskan masa dengan sia-sia. jadi kita harus memanfaatkan masa sia-sia tu dan menjadikan satu mase yang berlalu di isi sepenuhnya dengan pengajaran dan pembelajaran. mungkin kelihatan sungguh tidak menghargai masa kita melepak di kedai mamak tapi di situ la kita tahu erti persahabatan, di situ juga sebanrnya kita tahu masalah sahabat kita dan di situ juga kita tahu bertapa kasihnya kita pada sesuatu. Di kedai mamak @ tempat port lepak lain adalah nadi kepada sesebuah ukhwah. Dari kedai kopi kita tahu sipulan anaknya lawyer, dari kedai mamak kita tahu sipulan ada masalah dengan ayahnya dan dari kedai mamak kita tahu sahabat kita sebenarnya tak suka makn tempe.

Disini juga semua bertanya pendapat dan pandangan. Di sini, semua kan meluahkan rase hati, berkongsi cerita dan kita sebagai pendengar cuba aplikasikan dalam diri kita. buat bandingan kehidupan kita dan orang yang bercerita, mungkin kita akan rase bersyukur atau kita akan cuba baiki diri sendiri agar menjadi lebih baik dari si pencerita. Persaingan yang sihat,hasilnya juga baik. Kadang-kadang kita lihat ada yang cuba memberi respon kepada sesebuah cerita.. mungkin kritikan dan mungkin nasihat. Ambil yang baik dan yang kurang baik jadi kan pengajaran. Sewaktu membuang masa ini lah mase yang sesuai untuk menasihat dan menegur, sebab ketika ini semua sedang relax dan x ada pressure. di sini juga hati yang keras jadi kedur sedikit.

Bagi saya tidak salah melepak, tapi kne ada yang dapat dimanfaatkan.....

Saturday 14 February 2009

Valentine day...dah tak kuasa nak tulis!!!

Assalammualaikum kepada sahabat semua… Ulasan mengenai hari valentine yang sudah bosan dan sudah jemu dikatakan setiap tahun. Saya tidak rase hendak menghalang dan mungkin tiada kuasa mengahalang hal ini. Sebagai seorang insan saya cuma mampu memberi pandang dan pendapat. Semua orang sudah tahu apa itu valentine day. Banyak blog dan artikel pasal valentine ni sudah kita ketahui. Tapi sejauh mane kite mengaplikasikannya kepada diri kita, itu kita sendiri yang tahu.

Saya pernah mendapat hadiah dari seseorang merupakan set minyak wangi dan kosmetik. Memang seronok tapi bila fikir balik wajarkah mendapat hadiah semperna kematian seorang paderi cinta. Pernah kah anada terbaca atau terdengar tentang rahib kristian? Mereka dilarang bercinta tapi kita tengaok dalam hal ini rahib Valentine telah melanggar aturan ini.. mudahnya dia menidakkan agama sendiri! Dan pernahkah kita terfikir yang Islam itu tak pernah menghalang semua manusia dan makhluknya bercinta, walaupun mereka seorang imam besar sebuah masjid? Betapa Islam itu agama fitrah.

Saya terfikir juga mengapa kite meraikan cinta terlarang (rahib dan anak penjaga banduan) sedangkan kita boleh menyambut cinta yang halal untuk kita setiap hari (semua orang Islam , suami isteri) walau belum tahu bila kita akan punyai pasangan untuk meraikan cinta halal ini. Nampaknya betapa rapuhnya cinta itu kerana diraikan pada hari-hari tertentu..

Keluar dengan pasangan masing-masing, bermula dengan berpengangan tangan, kemudian dibawa ke taman bunga, kemudian ke pusat membeli belah, membeli hadiah mahal2 untuk kekasih, sebagai balasan kekasih kena gak bagi hadiah, kemudian berjalan lagi. Solat? X perlu, sebab nanti membazir masa yang ada dengan kekasih.. Hebatnya valentine, berjaya dia mempengaruhi anak2 muda Islam. Sambung pula, lepas pegang tangan, peluk pinggang lepas peluk pingang tengok wayang, pastu buat wayang.. Kemudian, awak2 semua sambung la sendiri.. maka tidak hairan la anak2 yang x berbapa lahir tanpa ayah, tidak hairan la ramai generasi yang baru ini kurang akhlaknya.
’’ saya wish je, tapi tak keluar sama2 sambut valentine’’... sahabat, kalau kita meraikan aidilfitri, apa yang kita buat kalau kita jauh dari keluarga? Kita akan ucapkannya kan? Itu pon dah dikira meraikan.

Saya malas nak tulis banyak2.. kita semua ada otak dan ada perasaan. Apa pun kita pikir lah sendiri. Tak cukup ke apa ada dalam al-Quran tentang cinta, zina dan perkara yang dilarang? Jadi apa yang kita nak lagi? Nak beri makan pada nafsu agar cepat gemuk dan boleh mempengaruhi kita? Wallahualam...

Sunday 8 February 2009

membina masjid cinta...


Assalammualaikum..

Alhamdulillah saya berjaya menamatkan kursus pra-perkahwinan pada 7th Febuari – 8th Febuari 2009. Ini bermakna saya sudah layak untuk di nikahi. Eh... lupa pula. Ujian saringan darah harus di lakukan 3bulan sebelum nikah. Oleh kerana, calon pon saya belum punya, jadi tak perlu lagi untuk ujian darah. Apa yang ingin saya kongsikan dengan sahabat semua tentang pengisian dalam kursus kawen yang saya lalui. Semuanya adalah basic dari kehidupan normal kita sebagai manusia. Hukum semua kita telah ketahui sepanjang belajar di sekolah. Semasa di menegah atas juga kite penah didedahkan dengan perkahwinan. Ustazah dan ustaz juga pernah cerita tentang talaq, cerai, rujuk, nikah dan banyak lagi. Semua yang saya pelajari adalah tentang apa yang kita semua pernah belajar di sekolah.

Ustaz yang menyampaikan ceramah banyak menceritakan perihal rumah tangga orang lain yang terpaksa mereka tangani. Bila fikirkan semula memang pelik manusia ni, macam-macam perangai. Nak kata pergi kursus, sekarang semua muslim wajib kursus kalau nak bernikah. Tapi masih tak faham-faham hukum. Kalau tak faham mungkin boleh belajar, tetapi sebaliknya malas belajar.

Membina masjid bukan sekadar perlu batu bata, pasir, simen tetapi memerlukan scarfolding yang kukuh bagi menyokong bangunan. Selain itu perlu juga proses pailing, menguatakan struktur tanah. Kalau struktur bangunan atau tanah atau kedua-duanya tidak kuat, mungkin masjid yang dibina tiada seri dek kehadiran jemaah dan mungkin juga jemaah di dalam masjid hidup dalam ketakutan, takut bangunan nya runtuh. Begitu juga dalam membina rumah tangga. Di ibaratkan masjid sebagai institusi rumah tangga, suami struktur tanah dan isteri scaftfolding. Semuanya perlu berkerja sama. Tiang seri masjid boleh juga di ibaratkan agama Islam. Kalau kukuh tiang serinya, maka lebih kukuh la masjid itu. Di sini kita boleh lihat perkaitan dan perlunya sikap kerja sama dalam mepertahankan rumah tangga. (macam wonderpets kata: apa yang penting? Kerje sama...hehehehh). kurangnya elemen-elemen dalam rumah tangga maka, hancur la rumah tangga. Kalau tiang serinya tak kukuh, atau tanahnya tak di pailing dengan baik, atau tiada scaftfolding, maka masjid yang dibina akan runtuh atau paling kurang pun hilang serinya.

Saturday 7 February 2009

berpaut di dahan cinta


Saya terbaca shoutout kawan saya yang bertulis.. ‘kenapa cinta itu menyakitkan?’…
MENYAKITKAN? Itu yang saya nak highlight kan... cinta itu menyakitkan keR?.. itu persoalan yang lalu lalang dalam kepala saya.. menurut pengalaman diri sendiri.. Melepaskan cinta itu yg menyakitkan mungkin lebih menyakitkan... Tapi ubatnya mudah... Gantikan cinta kita tu dengan mencari cinta ALLAH..

Alhamdulillah, berkesempatan juga saya mengikuti ceramah malam tadi( of course ustaz Hasrizal yang berceramah).. Bab cinta cintun ni, saya rasa dialah yang mempunyai point yang sesuai untuk menjawap...oleh kerana saya agak terlewat menghadiri ceramah tersebut, saya tidak dapat mengenal pasti ahli panel yang lagi sorang tu... Maklum la saya pon berkejar dari kuliah..

Saya ingin berkongsi sedikit dengan sahabat semua apa yang saya peroleh dari ceramah masbuk(sebab saya agak lewat sampai) semalam. Antara isi yang menarik untuk dikongsi antaranya cinta yang harus kita pinta. Ada ke cinta yang harus dipinta? Ada jawapannya. Cinta ape? Cinta ALLAH swt. Sebab apa? Sebab Allah yang suruh kita menyintai antara makhluk dengan makhluk lain. ” Kasihlah kamu apa yang ada di bumi’’. Jadi perasaan cinta antara lelaki dah perempuan tidak salah? Tentunya tidak salah sebab perasaan cinta tu pon ALLAH yang bagi. Maknanya boleh la berkapel? Ini yang silapnya.. Jangan kita salah tafsir maksud tersirat disebalik tersurat. Kapel tidak wujud, abang angkat, adik angkat dan semua jenis hubugan antara lelaki dan wanita bukan muhrim tidak ada melainkan pernikahan. Kita dianjurkan pernikahan jika kita sudah mula menyintai dan tahu tanggungjawap menyintai.

Persoalan rapuhnya cinta. Kenapa ye cinta itu rapuh? Jawapannya sebab kita belum betul-betul cinta. Allah suruh kita menyintai, tapi kita tidak menyintai. Ape silapnya di sini? Balik pada diri sendiri. Kenapa sakit menyintai? Kenapa cepat jemu?. Itu bukan soalan untuk diri kita. Soalan diri kita ialah..Sudahkah aku sedia untuk menyintai dan dicintai?

Saya terbaca dalam fs kawan saya di oversea.. dia menulis ’ ya Allah... jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorg yg melabuhkan cintnya padaMU, agar bertambah kekuatan ku utk menyintaiMu’. Mungkin ini jawapan untuk soalan diperenggan atas. Kalau kita menyintai Allah swt, kita akan rasa nikmat cinta kepada makhluk.

Wednesday 4 February 2009

Perempuan memang tidak guna…


Perempuan memang tidak guna…

  1. Perempuan memang tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yang layak untuk dipakai perempuan yang tidak mengahargai diri sendiri..
  2. Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng untuk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Kerana dia tahu sekiranya dia memakainya dia telah melanggar larangan Allah swt dalam surah An-Nur ayat 31.
  3. Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruapannya tinggi. Biasanya, kekuatan bau ini menunjukkan kadar ke kompleksan rantai alcohol yang digunakan untuk membuat pewangi itu. Kerana dia tahu sabda rasulullah saw bahawa wanita yang keluar rumah dengan memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangian, tetapi bersederhanalah.
  4. Perempuan memang tidak guna kata-kata yang keji, Kerana dia tahu sesiapa yang berkata keji maka rendah la akhlaknya. Hal ini di jelaskan dalam surah Ibrahim ayat 24-26.
  5. Perempuan memang tidak guna masa berborak untuk mengata hal orang lain @ mengumpat @ mengaibkan saudaranya sendiri. Kerana dia tahu bahawa orang yang suka mengumpat seolah-olah ia memakan daging saudaranya sendiri. Persoalan ini dinyatakan kepada kita dalam firman Nya ayat 12 surah al-hujurat.
  6. Perempuan memang tidak guna tudung 3 segi lalu diselempangkannya sehingga menampakakan apa yang tidak perlu diperlihatkan kepada umum terutamanya lelaki yang mempunyai mata apnahan syaitan. Kerana dia tahu apabila bertudung, dia wajib melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk bahagian dadanya. Pesan Rasulullah saw seperti yang disuruh oleh Allah disebut dalam ayat 59 al-Ahzab.
  7. Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh mengoda seorang lelaki. Bila bercakap dengan lelaki bukan mahram haruslah dengan tegas. Bahaya suara wanita yang memujuk dan boleh mencairkan ego lelaki tercatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab.
  8. Perempuan memang tidak guna alat make up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan untuk suaminya. Adab bertabaruj atau bersolak ini amat ditekan kan kepada wanita muslim kerana semestinya kecantikan adalah hak ekslusif yang mesti dipersembahkan kepada suami..
  9. Perempuan memang tidak guna kain tudung yang jarang-jarang. Kerana apabila memakai tudung seperti ini menampakkan juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi. Rambut adalah mahkota, jangan ia menjadi tidak berharga kerana selalu ditayang…
JIKA ANDA PEREMPUAN YANG TIDAK GUNA SEPERTI DI ATAS, ANDA ADALAH WANITA SOLEHAH.....iNSYAALLAH....

Sunday 1 February 2009

pernikahan


salam alaik kepada semua... Pada hari sabtu tanggal 31 januari 2009 adalah hari keramat untuk kawan saya... Dia telah melangsungkan perkahwinan dengan pasangan pilihan hatinya... Alhamdulillah semoga berbahagia hendaknya sehingga ke hujung nyawa...

Bab perkahwinan membuatkan saya terfikir tentang cinta. Cinta yang di sulam kesaluran yang betul adalah penikahan. Perkahwinan adalah sunnah rasulullah. Dari Anas Ibnu Malik Radliyallaahu ‘anhu bahwa Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam setelah memuji Allah dan menyanjung-Nya bersabda: “Tetapi aku sholat, tidur, berpuasa, berbuka, dan mengawini perempuan. Barangsiapa membenci sunnahku, ia tidak termasuk ummatku.” Muttafaq Alaihi. Di sini kita dapat lihat Islam itu fitrah menganjurkan pernikahan.

Tetapi dalam zaman kini yang lebih kepada material menyebabkan ramai bujang telajak dan andartu. Bukan tiada yang mahu, tapi hantaran yang diletak tinggi terutama bagi wanita-wanita berpelajaran tinggi. Pada yang lelaki pula, tidak mampu menyunting idaman hati. Saya hairan kenapa harus dinaikkan wang hantaran, bukankah yang penting itu, maharnya. Bila di fikir-fikirkan, kita antara sedar atau tidak kerana kehendak fitrah ini tidak dapat dipenuhi, akhlak manusia semakin hancur. Saya tidak pandai berbahasa kiasan untuk menerangkan maksud ayat saya. Tapi cukup lah hadith ini menjelaskan keperluan manusia mencari pasangan. Abdullah Ibnu Mas’ud Radliyallaahu ‘anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda pada kami: “Wahai generasi muda, barangsiapa di antara kamu telah mampu berkeluarga hendaknya ia kawin, karena ia dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Barangsiapa belum mampu hendaknya berpuasa, sebab ia dapat mengendalikanmu.” Muttafaq Alaihi. Dan saya terfikir berapa ramai yang mampu mengawal diri dengan berpuasa.

Islam menganjurkan perkara yang mudah dan selamat, tapi kita sendiri yang menyusahkannya. Bila hal yang tidak diingini berlaku, jari dituding ke sana sini. Bila ditanya kepada sahabat, ramai yang memberitahu, mereka memang ingin bernikah tetapi ibubapa meletakkan syarat hantaran yang tinggi. Saya juga musykil. Ibubapa mahu menikahkan anak mereka atau mahu menjual anak? Sebaiknya ibubapa harus tahu kemampuan anak dan pasangan. Jangan terpengaruh dengan majlis perkahwinan artis-artis. Kita manusia biasa, tidak hairan bagi saya andai ramai remaja mengambil keputusan untuk nikah di seberang. Hendaknya dijauhkan saya dari hal sedemikian....wallahualam