Tuesday 31 March 2009

cintaku kepada yusuf...

salam...
Saya nak beritahu saya sudah jatuh cinta.. Cinta yang sangat dalam. Sukar diungkapkan keindahannya. Sangat indah dan dipenuhi warna-warni....Hehehheheheh

Saya jatuh cinta pada Yusuf, watak dalm novel kitab cinta zulaikha dan Yusuf. Saya rase seperti mahu bercerita sedikit tentang watak yang buat saya jatuh hati, Yusuf. Seorang pemuda kampung, tidak dapat melanjutkan pelajaran kerana kemiskinan. Suka membaca dan mempunyai kefahaman ilmu agama yang tinggi. Orangnya kacak digambar seakan nabi ALLAH Yusuf. Bahasanya sungguh sopan dan santun, matang dalam pemikiran dan lemah lembut (bukan sutun!)...Cukup la saya gambarkan hal ini. Ini la juga ciri-ciri lelaki idaman saya. Bila saya bace novel ni, hati saya seperti dipenuhi dengan gelodak rase mahukan seorang teman seperti Yusuf. (berangan je lebih!).

Sebenarnya apa saya nak highlightkan disini ialah lelaki yang didambakan kebanyak wanita adalah seperti Yusuf yang saya nyatakan di atas. Tapi bila fikir semula masih adakah lelaki seperti Yusuf? Macam tiada. Kenapa saya kata macam tu? Sebab sekarang ni ramai lelaki yang suka mengambil kesempatan kepada wanita, mereka lebih suka membawa anak gadis berpeleseran bersama mereka. Bagi saya lelaki seperti ini, tiada hati dan perasaan cinta kepada wanita yang kononnya dia sayang. Cinta mereka sekadar nafsu semata-mata. Saya kesian melihat kaum saya yang seakan dibutakan dengan pengorbanan cinta mereka (cukup sekali tidak untuk kedua kali dan kekali-kali seterusnya). Menjadi hamba cinta, dibawa kehulu kehilir tanpa tujuan yang tepat..Adakah cinta itu bermaksud "perempuan harus ikut apa yang lelaki mereka sayang suruh?".

Betapa cinta itu yang sepatutnya memelihara aura gadis muslimah, tetapi dihancurkan dengan mudah oleh lelaki. Lelaki yang tahu sikap wanita ini, apabila sudah sayang lautan api sanggup di scuba diving.....Pada gadis-gadis muslim, sedarlah, lelaki yang benar-benar cinta akan kita tidak akan sesuka hati menyentuh kita walau hati mereka meronta-ronta mahu merasa halus mulus kulit kita (walaupun kulit saya tak sehalus mana). Lelaki yang benar-benar mahu menjadikan kita isterinya tidak akan pernah membawa kita bersiar-siar tanpa arah tujuan dengan alasan mengambil udara segar. Lelaki yang benar-benar mahu sehidup semati dengan kita tidak akan pernah mengajak kita melakukan dosa, kerana dia mahu hidup dengan kita di dunia dan sampai syurga (bukan neraka). Lelaki yang baik akan mengingatkan kita pada ALLAH setiap kali kita mengadu rindu pada nya.Lelaki yang ikhlas pada cintanya akan segera mengigati ALLAH dan mengajak kita mengigati ALLAH juga agar ungkapan cinta kita tidak tersasar dari jalan yang sudah sedia nya lurus. cukup la itu,fikir-fikirkan la untuk renungan kita bersama sebagai wanita yang mahu menjadi wanita solehah, ibu mithali dan bidadari suami(bukan hamba boyfriend) ...kita wanita bermaruah! bukan wanita yang boleh dihinjak-hinjak sesuka hati dan diperlakukan seperti maruahnya dilutut atau kaki!

p/s: cita cinta saya mahu seorang suami yang apabila saya melihat wajahnya, semakin kuat cinta saya pada ALLAH @ dalam erti kata lain melihat wajahnya mengingatkan saya kepada yang Maha penyayang....(wow....bestnya!!!!)

Saturday 28 March 2009

dunia kasih sayang!!!


salam alaik... alhamdulillah kesihatan saya semakin baik... tapi ada yang ingin saya kongsi bersama sahabat tentang kasih sayang.
ceritanya bermula ketika saya sedang menunggu giliran mengambil darah, dua kali ujian darah saya harus lalui. dah la nursenya garang (aum...aum...hikhikhik). Muka je garang tapi baik je..

Sedang saya menunggu giliran, saya tengok ada aunti macam chinese tapi ada tanda merah didahi. Dari tadi asyik menjenguk kedalam bilik rawatan tempat saya bakal menerima rawatan. Didalamnya seorang sikh berbadan besar berjanggut kuning. Tetiba uncle sikh tu memanggil
"Letcumi...letcumi..." saya memandang keluar jika ada wanita sikh di situ. Tiada! tetapi aunty tadi yang masuk dan terus mendapatkan uncle tu. Saya tengok nurse seperti tidak jumpa tempat yang hendak di cucuk. Aunty tadi terus memegang tangan uncle tu. Penuh rase sayang dia memegang pula siku uncle tu. Nurse picit-picit bahagian pelipat siku, menyapu alkohol(kot!) lalu menyucuk tempat yang di sapu alkohol tadi. Terdengar erangan keras dari uncle tu. Tangan Aunty tadi terus sahaja memegang bahu uncle tu. Seakan memberi semangat.

Saya jadi pelik, mereka ini siapa agaknya? Suami isteri kot. tapi berlainan warna kulit, sorang gelap sorang lagi cerah; seorang kurus seorang besar. Tapi cara aunty itu menyebabkan saya sudah tidak kisah siapa dia dan uncle tu. Ketika keluar dari bilik rawatan, aunty memapah uncle keluar. Saya lihat aunty tu la yang menghantar sample darah uncle tadi ke makmal dan dia lah juga yang mengambil ubat uncle tu. Kemudian aunty tu memapah uncle sikh keluar dari klinik dan saya tengok mereka sangat romantik. Walaupun mereka sudah tua (saya anggarkan 60thn keatas) tangan mereka erat mengenggam. Mereka tersenyum bila ada yang menyapa. Bahagia....

Ketika saya menunggu hasil ujian darah, saya melihat ada seorang lelaki sedang menunggu seseorang... Tak sampai beberapa minit datang seorang kakak yang sarat mengandung, terus duduk di sebelah lelaki tadi. Saya dapat lihat mereka sungguh saling sayang. Saya lihat seperti lelaki tadi cuba mententeramkan kakak yang kelihat gusar. Saya tidak tahu apa yang dibincangkan tapi saya yakin dari cara dan gaya mereka, cinta mereka mekar tanbahan pula benih cinta mereka akan lahir.

Semasa menungu giliran jumpa doktor pulak saya lihat seorang nenek yang sangat tua juga menungu seperti saya. Seorang je ke dia nih? Setelah sekian lama nombor giliran nenek itu di panggil, tetiba datang seorang lelaki lewat 20an memapah nenek itu. Saya cuma dengar lelaki itu berkata "jom mak.."..Dia membuka pintu untuk nenek tadi dan masuk bersama ke bilik doktor. Cara lelaki tadi memapah dan berhati-hati melangkah agar ibunya tak tersalah langkah menunjukkan yang dia benar-benar sayang ibunya.

Sedang saya bersendirian difarmasi, saya lihat seorang anak yang kelihatan tidak sihat dan letih tidur dipangkuan ibunya. si ibu membelai-belai anaknya dan sekali sekali mengelap muka anak itu dengan kain.

Habis seluluruh pelusuk klinik saya jenguk. Saya memerhatikan orang didalam klinik tu, semuanya saling sayang. Walaupun saya seorang diri tapi saya dapat merasa aura kasih sayang dari setiap apa yang saya lihat. kasih sayang yang suci dan ikhlas. Tiada balasan tapi penuh dengan pengorbanan. Owh, indah benar kasih sayang yang dikurniakan ALLAH kepada hambanya sehingga saya yang tidak ada kena-mengena dengan mereka dapat merasai aura kasih dan sayang itu......saya susah nak cerita apa yang saya perhatikan tapi itu la hakikat yang saya nampak. kalau sahabat tak paham tak ape la.. Tapi saya harap saya dapat beritahu sahabat betapa indahnya melihat kasih sayang antara insan...indah sangat......

Thursday 26 March 2009

kesedaran

salam sahabat. sejak dua minggu kebelakangan ni saya selalu demam. Kemudian kebah semula. Bila saya aktif semula dengan aktiviti, pastinya selepas itu saya akan demam. Saya ada bertanya kepada seorang sahabat, kenapa saya sakit sedangkan perjuangan saya belum selesai? banyak lagi saya nak buat untuk saya, keluarga, bangsa dan paling penting demi ISLAM.

"kifarat dari apa yang kita pernah buat dulu la tu, sakit tu sebenarnya nikmat untuk nur, sakit tu menghapus dosa kecil kita buat".

Kalau macam tu saya harap saya diampun kan oleh ALLAH. terfikir juga saya, saya jarang solat sunat taubat, tapi ALLAH masih memberi saya maaf. Bertapa ALLAH itu maha Penyayang. Tapi sejauh mane saya sedar tentang hal itu? Kerap alpa mengigati ALLAH, terlalu sibuk urusan dunia, dan terlalu memikirkan masa depan yang tidak pasti. Apa harus saya risau pada masa depan? Bukan itu telah drancang ALLAH? Tugas saya hanya memohon pada ALLAH agar hidup saya dirahmati ALLAH dan setiap detik nafas saya diredhai ALLAH.

ALLAH selalu dekat dengan kita malah lebih dekat dari urat marekh di leher kita. Dia tidak pernah lupa kita. Tapi kita ada ingat Dia? Paling tidak masa susah dan sakit saja kita ingat DIA.

Bila direnung semula apa yang saya lakukan masa lalu, ya ALLAH, saya seperti tidak ingat akan mati..saya seperti lupa yang dunia ini pinjaman dan pastinya harus dipulang semula, bukan kita beli lalu menjadi hak kita.

Sahabat, tegur la khilaf saya. Jangan biarkan saya terus menerus hanyut digoda dunia. Dunia yang nampak indah dimata sehingga melalaikan hati.

Friday 20 March 2009

belajarlah untuk bersyukur

salam
sedang saya sibuk dengan banyak urusan dunia, masih tergerak hati untuk membelek-belek buku mastika kawan saya. hmmm.... Tak ingat keluaran bila, but bukan keluaran tahun ni yang pastinya.
Belek punya belek punya belek, dari kulit ke kulit, return balik buat kipas jap, lempar atas tilam kawan. Pandang balik dan ambil, kenapa ni?. Macam ada sesuatu untuk dibaca. Tapi apa? Belek lagi dan....... jeng-jeng-jeng...

Saya dapat satu artikel untuk dikongsi..
.

Suatu hari seorang ahli sufi terkenal, Syaqiq al-Balkhi membeli sebiji tembikai untuk isterinya. Si isteri begitu gembira menerima tembikai tersebut, malangnya apabila buah itu dibelah, isinya didapati tidak elok. Isteri Syaqiq mula marah-marah kerana tidak mendapat sebiji tembikai ranum, enak dan elok seperti yang diharapkan.

“kepada siapa kau tujukan kemarahanmu itu?” tanya Syaqiq, “adakah kepada si penjual, atau sipembeli, atau penanamnya, atau Pencipta buah tembikai ini?”

Isteri ahli sufi itu terdiam.

“Wahai isteriku,” sambung Syaqiq,”ketahuilah, sipenjual itu tentu ingin barangan jualannya terdiri dari baranagn yang terbaik. Si pembeli lebih-lebih lagi, tentu ingin yang terbaik sahaja. Manakala sipenanam, kalau dia mampu tentu dia ingin agar hasil tanamannya mengeluarkan hasil yang baik juga.”

“kini nyatalah bahawa amarah mu itu ditujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertakwalah engkau kepada ALLAH dan redha dengan segala ketentuanNya.


hmmm..... Ringkas tapi padat...Anda baca dan anda tahu apa moralnya kan???

Tuesday 17 March 2009

kak pin windu la...huhuhu


salam

sebelah ni adalah gambar 3 orang adik saya dari 5orang.

Yang pakai baju hijau tu namanya Sharifah Nur Shahirah,18. Anak walid dan ummi yang ketiga. Orangnya cantik, tinggi antara kami semua dan boleh diharap kalau suruh buat kerja macam pergi pasar, mesin kelapa dan kerja-kerja yang agak ganas. Dia ni nampak je macam ganas, tapi hati dia sangat lembut. Mudah tersentuh. Tapi dia jenis sempoi. Oleh kerana dia ni antara adik aku yang cantik, nampak matang dan tinggi, orang selalu detect dia anak sulung.

Yang kat tengah tu Sharifah Nur Shafiqah,20. Orangnya kecik je. Terbantut macam kakak dia ni jugak la. Muka kami agak sama sebijik..Kadang-kadang nampak macam twins. Dia ni lain sikit peel eh. Berdikari, tegas, matlamat hidup jelas dan yang paling penting dia buat kerja sangat lah laju. Dia ni agak garang( bukan agak lagi dah, memang garang giler). cita-cita masa dia kecik nak jadi 'mak'. Hahahhah. Nasib la sekarang dia kat UM in Chemistry course (bukan 'mak' course). Saya suruh dia jadi cikgu, tapi bila pikir balik baik tak payahlah dia jadi cikgu, sebab anak murid dia boleh mati kering bila dia naik hangin! niaya anak orang.

Yang baju putih coklat tu Sharifah Nur Shaqinah, 16. Dia ni lemah lembut, tapi sekali dia buat kerja macam puting beliung. Adeii... seorang yang nampak lembut tapi hati sikit punya keras. Kontra sikit dengan Shahirah. Tapi mudah dengar nasihat. Suka memendam perasaan sampai we all tak tahu apa masalah dia. Dia ni matang dari semua sudut, cara cakap, cara berfikir dan behaviour dia sendiri memang matang. Dia ni selalu dilabel anak kedua selepas shahirah.

Kami 4 orang ni memang rapat, always kongsi masalah sama-sama. Bila balik kampung, riuh la rumah dengan gelak ketawa dan gaduh-gaduh manja. Bila berjauhan rasa windu sangat kat adik-adik saya nih. Kadang-kadang je dapat telefon diorang. Masing-masing sibuk. Makin besar makin susah nak jumpa. Tapi hati kami sentiasa bersama. Susah senang juga sama-sama. Kami tak pernah berkira dengan segala pengorbanan antara 1 sama lain. Even beratus ribu duit kami keluar kami tak pernah berkira, sebab kasih sayang kami tak dapat dinilai dengan wang. Walau jauh beribu batu, kami tetap bersama sebab kasih sayang kami tak kenal jarak yang memisahkan.

Masa saya di asrama dulu, famili saya memang agak susah, walid kena berenti kerja. Saya dan shafiqah duduk asrama yang berlainan. Bila Fiqah tak ada duit saya pasti akan membahagi dua duit yang walid beri even saya pun tak cukup duit waktu itu. Begitu juga Fiqah. Sampai sekarang kami still macam tuh, even sekarang ekonomi famili dah pulih. Wawa dan Qinah pun saya tengok macam tu jugak. Kami saling ambil berat dan susah sama susah dan senang sama senang.

Begitu la kasih sayang kami adik beradik. Berkorban apa saja, saling memahami, saling melengkapi, saling berkongsi masalah suka dan duka, dan yang paling penting saling SAYANG MENYAYANGI.

tetiba saya rasa windu yang teramat dalam pada mereka. Windu yang kami adik berdik sahaja yang tahu. Windu yang membawa hati kami selalu bersama. Windu yang terlalu susah nak digambarkan. Oleh kerana kekangan masa menyebabkan saya susah nak berjumpa mereka, saya cuma boleh sampaikan windu saya dalm setiap doa. Semoga ALLAH lindungi adik-adik saya. Mereka sumber semangat saya untuk terus berjuang dalam hidup. Meraka menjadikan saya seorang kakak. Mereka menjadikan saya seorang yang kini berdiri tegak melawan badai hidup penuh liku. Tanpa meraka saya tidak pasti dimana tempat saya sekarang.

Ada seorang sahabat bertanya "apin, dalam hidup kau sapa yang paling penting?". Saya pandang dan senyum "Semua adik,adik aku adalah nyawa aku".
"kenapa?" pelik ke jawapn saya?
"setiap sendi aku adalah semangat dari adik aku. Setiap degup jantung aku, kekuatan dari adik aku, kalau tiada adik-adik aku, aku bukan kak pin, kalau tak da adik aku, mungkin bukan di Universiti tempat aku," naluri seorang kakak mahu menjadi contoh yang terbaik untuk adik-adiknya, jadi saya tidak boleh mengalah, saya kena kuat semangat dan saya kena jadi kakak yang menjadi sumber inspirasi adik-adiknya. Mungkin kalau ALLAH tak beri saya adik-adik, saya tidak semotivasi ini.

Banyak onak dalam hidup kami, tapi tak pernah mengurangkan sedikit pun kasih sayang kami. kami semakin rapat dan semakin utuh. Tiada yang bisa memisahkan kami kecuali dengan kuasa ALLAH. Saya berdoa biarlah kami serapat ini, sampai akhirat nanti.
"ya ALLAH jangan pisahkan hati kami. hanya kau tempat kami memohon agar kasih ini mekar terus dunia dan akhirat.. Amin...."

Salam windu jiddan-jiddan pada Piqa, Wawa, Qina, Sara dan ya(alia). Doakan kak pin success k..

p/s Pasti ramai tertanya dimana 2 lagi adik saya(sara n ya). Hmm... tak sempat nak cerita.. nanti ada masa saya sambung lagi. Lagi pun mereka ni kecik lagi. 7 dan 9thn. Tapi still ada benda yang saya nak cerita tentang 2 orang adik yang manja sangat ni.. InsyaALLAh

Sunday 15 March 2009

Takut lah.....


salam sahabat...
Tetiba sahaja saya mendapat idea untuk menulis tentang sesuatu yang selalu masayarakat kita buat. Mungkin kita tidak sedar, atau pura-pura tidak sedar. Cara didikan ibu bap terhadap anak-anak.

"jangan gi sane tu, ada momok, nanti momok gigit nanti..."
"kang degil sangat mama jual dekat bangla jual kain nanti, bia bangla tu kerat-kerat kaki dia"
"owh, melawan eh, ayah letak kat luar nanti bia kene makan dengan hantu"(waktu malam)
dan banyak lagi ayat-ayat yang bertujuan untuk menakut-nakutkan anak2.

Tanpa kita sedari, secara tidak langsung hal-hal ini akan mempengaruhi jiwa anak-anak. Mereka akan timbul perasaan takut. Takut pada hantu dan takut pada gelap. Takut juga pada bangla jual kain dan takut pada apek jual roti. Sepatutnya rasa takut itu tidak disemai langsung dalam jiwa anak-anak. Rasa yang harus disemai ialah rasa takut dan berharap pada ALLAH swt. Biar anak-anak jadi berani dan selalu mengharap pada bantuan ALLAH swt. Secara tidak langsung mereka akan bertawakal kepada ALLAH dalam setiap situasi yang mereka hadapi.

"kak pin, teman la alia. takut la nak gi toilet. Ada antu la malam-malam ni", alia ajak saya temankannya ke tandas walhal tandas tu pun dalam rumah saja.
"aduyai gi sendiri le x? Nak takut ape adik nih?" sunggut saya.
"ala cepat la. kang ya(alia) buang kat sini je kang", ugut alia.
"ye la... aduyai adik ni hai...", penat juga melayan kerenah Alia ni. Sudah la nakal, penakut pulak tu.

Kanak-kanak yang petakut bukan secara azalinya dilahirkan penakut. Mereka sebenarnya diprovoke dengan cerita-cerita yang menakutkan. Mungkin ibu bapa boleh memberi gambaran kewujudah makhluk ALLAh di alam lain tetapi dalam kontek bahawa ALLAH menjadikan semua makhluk. Jadi yang sepatut ditakuti adalah ALLAH, bukan makhluk yang ALLAH ciptakan.

Didikan ibu bapa sebenarnya mempengaruhi karekter anak-anak. penakut, berani, pemalu dan sebagainya. Jadi dari kecil juga la kita harus mendidik mereka dengan tunjang Islam, iaitu Tauhid. Bagi mereka kenal ALLAH. Kenapa kita kena takut pada ALLAH? Kenapa kita kena mohon perlindungan dari ALLAH? Sifat2 ALLAH termasuk sifat harus bagi ALLAH. Bagi mereka sedar bahawa kewujudan mereka di dunia ini ada lah untuk beribadah kepada ALLAH. bersesuaian dengan firman ALLAH "tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKU"....

Sekadar coretan tidak seberapa... wallahualam

Wednesday 11 March 2009

tukang tilik yg pelik


Salam sahabat,
ni ada satu kisah yang di bawa dari seorang adik. Adik ni mempunyai seorang kakak, yang telah menilik nasib. Kakak dia boleh pulak percaya pada si tukang tilik yang juga kawan kepada kakak dia.

"adik, nape kakak ko jadi pelik gitu?"tanya saya.
"entah, aku tak tau la. Tapi dia jadi macam tu lepas ada seorang senior dia tilik nasib dia", jawap si adik.
" kakak tu cakap apa, sampai kakak ko tu jadi macam tu?" saya mengorek.
"dia cakap bila kakak aku besar nanti dia akan kawin dan ada anak. Tapi anak dia akan kena penyakit kritikal. Nanti duit dia semua habis kat anak dia. Pastu kan kak pin, kakak tu kata nanti kakak aku ni kena dimadukan suami dia," jawap adik itu lagi.
"ye ker? ko percaya?" saya menprovok.
"entah, aku ponnnnnn tak tahu." jawap adik itu sambil angkat bahu.
" kalau aku la, aku tak kan percaya. Ada ke masa depan ditentukan orang, lagi pun mana la kita tahu apa yang bakal berlaku nanti", hujah sudah mahu dimulakan.
"Tapi kan kak pin, sebab dia percaya dia dah mula bukak tudung, mula pakai seksi. Dia kata dia puas macam tu. Famili dia selalu susahkan dia. Dia tak tenang, dia nak kasih sayang. Dia kata dengan macam tu sahaja dia boleh rasa tenang."Owh macam tu ke.. Hmm manusia ni pelik betul.
"dik aku nak tanya sikit dengan ko. Kita ni hidup sebab apa?" saja bertanya. Bagi dia boleh berfikir.
"sebab nak makan".heheheh jawapan biasa.
"boleh la tu, tapi bukan ke kita ni hidup sebab AllAh yang bagi kita hidup?" tanya saya.
" memang la Allah yang bagi kita nyawa". jawap nya.
"so kenapa kita nak percaya pada tilikan orang, bukan orang tu yang bagi kita nyawa dan bukan dia juga yang bagi kita masa depan. Allah yang tentukan semua tuh," balas saya. Dia diam seperti berfikir.
"tapi jadi macam kak aku tu best la, semua boleh buat kakpin. Tengok bila pakai macam ko tutup sana dan labuh-labuh, banyak tak boleh buat," uish hebatnya keduniawian dia nih.
"owh, macam tak percaya mati la pulak kan, semua benda nak buat macam idup lama erk? Cuba ko bayangkan la masa ko bangun dari tidur esok, ko nampak jasad ko dan ko tak pasti ko kat mana, apa ko rase? tetiba lak malam sebelum tu ko g dating dengan balak ko siap wat benda tak baik. Agak-agak ko sempat tak nak bertaubat? agak-agak ko la kan, kat mana tempat ko kat sana nanti?" heheheh nak tengok dia nak jawap apa.
"ko ni mesti la aku takut! aku ni dah la banyak wat dosa," balas nya dengan muka serius dari tadi.
"kalau gitu wat apa nak cari kebebasan dan kesenangan didunia tanpa bekalan kat akhirat. Ko nak bahagia kat dunia je eh?", nasihat saya bakal menyusul.
"ko ni macam ustazah la pula," balas dia.
"cuba ko pikir la kan, apa perkara baik yang ko buat ari ni dan apa perkara buruk ko buat ari ni. Mana yang ko rasa banyak?" Dari raut wajah adik itu, saya dah tahu apa jawapannya."so kau nak bahagia di dunia yang kejap ni ke, ko nak bahagia kat akhirat yang kekal selamanya?", biarkan dia terus berfikir.
"abes apa aku nak buat ni kak pin. Akak aku tu macam mana nak nasihat," ni rasanya dia mintak pendapat. Bagi aja lah.
"Ko bagi taw akak ko tu kan, kita ni hidup sebab Allah, semua Allah yang tentukan. Kalau kita takut perkara buruk berlaku akan datang, jangan mulakan dari sekarang. Berdoa pada ALLAh. Bukan percaya kat tukang tilik yang juga hamba Allah yang tak mampu hidup tanpa pinjaman nyawa dan nikmat kehidupan dari Allah."
"tapi dia percaya sangat dengan kakak tu," aik susah la kalau macam ni.
" hmm ko cakap kat kakak ko tu, kak pin tak sangka dia ada tuhan yang kedua(tukang tilik sengal tu la) yang lebih dia percaya sampai merosakkan diri sendiri. Kalau dia yakin pada qada dan qadar ALLAh, dia tak kan risau menghadapi masa depan sebab ALLAH adalah perancang terbaik. 'Dia tak kan bebankan umatNya dengan beban yang tidak mampu ditanggung oleh kita dan ketahui la belum beriman seseorang itu jika dia tidak diuji'," harap dia dan kakak dia lebih paham.

Saya risau kalau hal-hal ini boleh mendorong kepada syirik walau pun kecil dan dari sebab yang kecil. contohnya:- Ali demam, dia makan panadol dan dia sihat.
Kesalahan lazim: Ali rasa panadol yang menyembuhkannya.
Sebenarnya: Ali sihat sebab Allah yang menyembuhkan nya. Panadol adalah perantara usaha Ali kearah kesihatan dirinya.

Jaga la aqidah kita, baru la terbentuk akhlak dan ibadah kita. InsyaAllah. Tegur la sahabat kita bagi mereka sedar andai terkhilaf. Begitu juga saya seorang hamba Allah yang hina ini, kepada sahabat yang mengenali tolong ya tegur saya jika saya ada buat silap. wallauhalam

Monday 2 March 2009

Tak mahu cinta itu!!!!


Ya ALLAH,
aku tak mahu cinta itu ya ALLAH,
jauhkan aku dari cinta itu,
cinta itu menjauhkan aku denganMu

tolong aku ya ALLAH,
bila cinta itu menghampiri ku,
semakin lagha aku mengigati MU,

Ya ALLAh,
cukup la cintaMu untuk ku,
aku masih belum kuat lagi ya ALLAH,
beri aku peluang untuk benar-benar merasai cinta MU,
benar-benar dalam nikmat cinta atara Kau dan aku,
Tolong ya ALLAH.

memang Kau yang menjadikan cinta,
tapi jadikan cinta ku mantap hanya padaMU,
Ya ALLAH,
aku yakin dengan cintaMU,
jika kuat cinta aku padaMU,
pastinya Kau akan hadirkan insan-insan yang menyintaimu untukku,
jika aku menyintaiMU lebih dari segala yang ada dilangit dan bumi,
segala sukar jadi mudah,
segala duka jadi suka,
segala celaru jadi tenang,
segala masalah jadi penyelesaian,
ya ALLAH...

(cinta dunia selalu menyebabkan saya lalai, lupa akan mati, lupa pada diri, lupa fitrah ini dan saya akan lupa pada Dia.. Biar la saya hilang segalanya tapi jangan la hilang perasaan cinta pada Nya...dengan cinta ALLAH saya akan terima segala pahit manis kehidupan. Saya tak gusar dengan ancaman dunia.. tapi kenapa rasanya seperti tidak kuat?? masih ada yang lompong di hati ini agaknya.... seperti mahu menangis mengenang diri ini.. kenapa la sukar sangat kuat hati ini.. Ya ALLAH bantu aku.....)

Sunday 1 March 2009

Naluri keibuan itu muncul...


salam sahabat.
Selepas pulang dari masjid wilayah petang tadi saya rase ada sesuatu yang buat saya berfikir dan terfikir. Apakah perasaan menjadi ibu?

Sewaktu ceramah Ustaz Nuruddin berhenti sekejap, saya pergi kepada seorang ibu muda yang sedang memerhatikan bayinya yang sedang didukung oleh siswi-siswi. Tetiba saya rasa mahu mendukung bayi itu. Saya seperti masih merasai lagi pelukan saya padanya. Pelukan ini luar biasa perasaannya. Saya bukan tidak biasa mendukung bayi malah semasa adik yang kecil lahir saya juga yang menjaganya. Tetapi kali ini lain sedikit perasaan saya. Saya memandang Nuha (bayi itu) lama-lama dan semakin lama semakin kuat hati saya merasakan sesuatu. Hampir saja saya mahu menagis. Perasaan itu amat indah. Perasaan itu menyebab kan saya rasa mahu memiliki anak sendiri. Nuha comel sangat. baru sembilan bulan. Sudah lincah gayanya. Sudah dipakaikan tudung oleh ibunya. Tapi kerana nakalan dan lasak terpaksa juga ditanggalkan tudung kepala.

Apakah perasaan ini dinamakan naluri. Benarkah ini naluri keibuan??.. pastinya naluri yang sangat kuat. Semakin saya fikir,saya semakin mengerti bagaimana kuatnya daya kasih sayang seorang ibu pada anaknya walaupun belum lahir ke dunia. Saya berdoa jika umur dipanjangkan ALLAH, saya punyai anak yang manis seperti Nuha, penyejuk mata ayah dan ibu dan pastinya saya mahu anak yang soleh dan solehah.

Untuk Nuha, terima kasih sayang, memberi perasaan ini pada acik apin. Walaupun seketika Nuha di atas pangku acik APin tetapi impak yang Nuha bawa sungguh besar.. Syukur ya ALLAH dengan nikmatMu...