Friday 22 May 2009

akhirnya... itu jua

salam sahabat...maaf la lama tak mengepos entry. Saya agak sibuk dengan project final year. Saya dan ahli lain kena buat kajian tentang algae. Kena convert algae to oil or alcohol. Saya ni kurang arif pasal algae. Hmmm nak nangis juga di buatnya.

Dalam kekalutan nak siapkan kajian ni, adik saya beritahu yang nenek saya akan dibedah untuk kali kedua. Berita itu buat saya benar-benar terganggu. Ketika saya dan kawan lain sibuk meredah semak, longkang dan sungai, hati saya tidak bersama menikmatinya. Gelak tawa kawan seakan tangisan dihati saya. Dalam fikiran saya hanya ingat mahu pulang-pulang dan pulang.

Kami hanya jumpa 4 jenis algae. Itu pun saya tidak pasti sama ada algae atau lumut ke hape. Kawan-kawan rasa macam nak quit je. Tapi selepas dimotivasi oleh Prof. kami decide to proceed. Saya pula berbelah bagi mahu pulang kekampung atau teruskan kajian dulu sehingga semuanya selesai. Kalau saya pulang, hal kajian di sini buat saya tak sedap hati juga. Kalau tak pulang pun saya akan terfikirkan nenek.

Saya teringat pesan ummi muaz, kalau rasa susah, ingat ALLAH dan yakin dengan pertolongan ALLAh. Ummi muaz suruh saya baca rabbi asir wala tuasir, rabbi tammim bikhoir setiap kali merasa kesukaran. Akhirnya saya buat keputusan untuk menyelesaikan semua tugasan sehingga selesai sebelum pulang melawat nenek. Saya yakin adik-adik saya boleh jaga nenek disamping Allah melindungi nenek saya... Saya bergantung segalanya pada ALLAH semata-mata.. Saya redha dengan ujian ini..

Tuesday 5 May 2009

Rindu kepangkal Jalan jangan dihalang......


salam Sabahat di sini tengah boring-boring ni teragak nak menhuraikan persepsi orang tentang perubahan. Macam-macam perubahan yang berlaku sejak kita kecil sampai besar. Kalau dunia ini boleh berubah, inikan pula manusia. Apa salahnya pada perubahan? Perubahan kearah yang tidak baik, pastinya salah dan vice versa. Tapi yang menjadi masalahnya jika berubah kepada kebaikan juga pasti dikatakan orang." Sipulan tu sekarang nampak je baik tapi dulu dia tu kaki betina. Minah ni jaga aurat tapi dia bukan nya baik sangat, dulu pernah mengendeng dengan jantan. Ali tu tolong bapak dia sebab nak dapat harta bapak dia. Sipulan tu dulu itu dan ini, begitu dan begini". Hairan saya kepada perkara dulu-dulu masih di cerita dan diberitakan? Paling tidak beri la sokongan dan jangan dikenang kejahatan masa lampau. Sepatutnya kita sebagai sahabat, walaupun perubahan tu bukan dari kita, beri la mereka sokongan.

Contohnya penagih dadah yang sudah kembali kepangkal jalan. Masyarakat masih menghina dan mengeji. "aloh, dulu dia tu mat pit". Itu dulu, bagi mereka peluang. Boleh jadi mereka akan lebih baik dari kita yang kononnya sudah baik. Jadi jangan hairan la jika ramai penagih tegar, bohsia tegar dan banyak yang tegar2 lagi. Itu salah kita kerana memandang diri mereka yang hina dulu berbanding mereka yang baru.


Kita lebih specifik, kepada sahabat yang memandang perubahan seseorang dari sudut kewajipan agama pula. Contohnya, dari seorang wanita yang
free hair tapi kininya bertudung. Jangan kita samakan dia dulu dan dia sekarang. Galakkan dan beri sokongan agar dia istiqamah. Bukan menempelak "awak dulu pun macam kami ni, malah lagi teruk". Kalau mereka tak kuat? Besar kemungkinan mereka akan kembali kepada tabiat asal. Apa susah ke kita memuji seperti "makin cantik awak bertudung, tapi lagi manis jika tudung tu tidak diselempangkan" atau jika mereka menasihat balas lah dengan ayat-ayat manis, walaupun dulu dia pernah melakukan kesalahan yang sama dan lebih berat dari apa yang kita buat. Ucap la "Alhamdulillah, untung saya punya sahabat seperti awak", jangan di balas "awak pun samakan macam ni dulu? jangan nak belagak alim sangat la". Kalau mereka sudah bertaubat, mengapa harus diingatkan lagi perbuatan lampau?

Peraturan Allah tidak berubah mengikut tempat dan keadaan. Semua sama. Jika di Kalimantan zina itu haram, maka haram juga dia Pakistan dan seluruh dunia. Hukum mungkin berubah mengikut tempat, keadaan dan sebagainya. Contoh hukum makhruh yang bila selalu dilakukan boleh menjadi haram dan yang harus boleh menjadi wajib. [ini pengajian ketika mengambil kursus kahwin dalam bab ibadah]. Jadi di sini jika sahabat kita melakukan kebaikan jangan la di kata mereka. Selagi perbuatanya tidak salah dan dimurkai ALLAH.

Tapi ada pulak yang sengaja menidakkan peraturan. Contohnya bertudung "aku tak nak bertudung sebab aku panas nanti berpeluh". Kalau dah hukumnya wajib maka tiada siapa boleh kata tidak. "aku tak solat sebab aku seharian bekerja". Kalau sudah rukun islam pastinya wajib. Paling saya tak berkenan bila ada yang kata "alah kita ni buat baik pun belum tentu masuk syurga, tutup aurat pun buat apa". Sekurang-kurangnya mereka masih ada peluang mendapat keredha ALLAh kerana cuba menjaga aurat, kalau nak dibandingkan mereka yang terang-terangan tidak mahu menutup aurat. Bukan kah kita hidup ini mahu mencari keredhaan ALLAH, dan bukannya ingin pahala dan masuk syurga semat-mata. Dengan ibadah itu juga menunjuk kan kita bersyukur atas nikmat ALLAH pada kita.


Jadi jangan mengata mereka yang cuba mencari redha ALLAH maksud saya berubah kearah kebaikan. Mari kita sama-sama menyokong mereka yang mahu berubah lebih baik dan mungkin akan jadi lebih baik dari kita. Semoga hidayah ALLAH menjadi milik kita juga nanti....wallahualam

Sunday 3 May 2009

Mus'ab 'Umair

Seorang pemuda yang kacak dan anak tunggal dari keluarga hartawan, Mus'ab 'Umair namanya - ia yakin dengan ajaran Muhammad S.A.W. dan terus memeluk Islam sebagai agamanya, sehingga akhir hayatnya. Setelah ibunya mengetahui bahawa Mus'ab mengikut ajaran Muhammad S.A.W, maka ia mengugut tidak akan memberi harta warisan kepada Mus'ab, seandainya ia tidak mahu kembali kepada agama nenek moyangnya. Mus'ab sudah bulat keimanannya, demikianlah hasil didikan Rasulullah S.A.W. terhadapnya ia terus beriman dengan ajaran Muhammad S.A.W.
"Aku memilih ajaran Muhammad dari memilih harta kekayaan".

Ibunya pula terus bersumpah, ia tidak mahu makan sehingga Mus'ab kembali kepada agama asalnya. Sebaliknya Mus'ab pula bersumpah
"Seandainya ibuku mempunyai 100 nyawa, dan keluar satu demi satu dari tubuhnya aku tetap dengan ajaran Muhammad SAW, aku tetap dengan kalimah LAILAHA ILLALLAH, namun aku tingalkan Islam, sekali-kali tidak".

Inilah kesan yang terus menerus dari Tarbiyah, Mus ab ketika syahid di medan Jihad, tatkala kain yang ada padanya untuk ditutupkan ke atas tubuhnya tutup kepalanya, terdedah kakinya, tutup kakinya terdedah kepalanya. Akhirnya Rasulullah S.A.W. memerintahkan bahagian kepalanya ditutup dengan kainnya dan bahagian kakinya ditutup dengan daun kayu. Demikianlah Mus'ab sanggup meninggalkan kesenangan dan kekayaan, dan rela mengorbankan dan menjual dirinya kepada Islam… semoga syurga firdaus ganjaranya.

Friday 1 May 2009

Marah....Nafsu paling jahat...


salam...
Saya sangat sedih ari ni.. Today is my bufday taw.. Yang ke 22 tahun.. Getting older and older... Tapi hari ni gak yang banyak menumpahkan air mata saya. Saya tak puas ati kat somebody ni.. Luahan hati saya langsung tak didengar oleh orang yang sepatutnya dengar dan baiki. Nasib la ada kawan-kawan yang tadinya menyambut bufday saya, mereka menenangkan saya... Alhamdulillah. Saya kalau tak puas ati selagi tak luah selagi tu nak mara dan kalau tak boleh nak mara, saya nangis.. Tapi saya lagi suka melepaskan mara dengan menumbuk benda yang lembut macam bantal, menyepak barang-barang yang kuat dan tidak mudah pecah...hihihihih. Walaupun saya kecik je orangnya tapi saya mampu memnyepak dengan kuat ketika marah...

Teringat zaman muda-mudi, saya seorang yang baran sampai nenek saya pangil saya "tebuan hitam". Saya jenis suka belasah orang. Mana belajar? Ini yang saya tak tahu...hihihi.. Masa darjah satu, saya pernah menampar seorang budak lelaki kerana memegang pipi saya. Dah la tangan ada carbon pensel. Habis muka saya! Apa lagi, kena la penampar. Nangis budak tu...Wekkk gembeng betol...

Masa tingkatan satu, seorang lelaki yang agak poyo buat pasal dengan saya. Dia duduk belakang meja saya je. kebetulan saya depan sekali... Saya pusing dan tolak meja sampai budak lelaki tu tersepit. Pastu buat muka tak bersalah...Semua student on that time terkejut sebab tak percaya saya boleh tolak meja sekali dua.. Kalau dalam keadaan tak marah, rasanya saya tak larat kot..hihihihi
Sekolah menengah saya pengawas yang selalu membawa pencil case kemana-mana. Bila tengok students buat hal saya akan tegur, but kalau melawan balik, pencil case saya akan melayang ke muka...huhuhu garang la jugak..

Tapi bile dah besar ni, jarang sangat dapat melepaskan perasaan baran saya ni... Memang kontrol gile la.. Tapi sahabat-sahabat saya biasanya akan sedar bila saya marah dan tidak puas hati. Sebab muka saya akan berubah tahan mara. Jadi saya akan diam. Kalau cakap pasti ada yang terasa hati atau terkeluar maki...Wisau la...So, better shut my mouth until okey...
Itu la saya, yang dikatakan lemah lembut, bersuara katun dan bertubuh kecik... Mungkin jadi macam tu sebab saya tidak pernah diajar lemah.. Dugaan hidup menjadikan saya kuat dan berani..chewah! Saya kena berani sebab saya anak sulung, contoh adik2. Kalau saya lembek, adik2 saya pon lembik la jugak.. Kami ni semuanya perempuan, kena la pandai jaga diri, sebab tak ada saudara lelaki untuk protect us...wallahualam