Wednesday 10 June 2009

Peneman di waktu cuti sekolah...

Sharifah Nur Shaaliah dan Sharifah Maysarah

Salam.. Sudah agak lama saya menyimpan berpuluh idea untuk menulis, tapi banyak pula hanlangan untuk saya meluahkan di blog ini. Sibuk dengan projek penghasilan minyak dari alga yang akhirnya tidak berjaya. Mungkin kesimpulannya 'fresh water algae cannot form oil'...
Disamping itu saya sedang sibuk menjaga dua orang anugerah yang nakal..
KIta tengok dulu aktiviti budak nakal dua orang nih....

1) Dua orang ni sedang panjat arca di belakang pusat global...
2) Sedang tunggu KFC meal yang dibelanja oleh bapa angkat saya, happy je muka.. Budak-budak la katakan... SEronok memanjang.
3) Ni dalam tren nak ke tanjung malim. Naik shuttle train, tambang lebih sikit... tapi dah aliah dan Sara sibuk sangat nk merasa naik tren, demi pengalaman diorang, tidak ada apa yang menghalang...
4) Makan KFC sebelum naik tren ke TM.
5) {Nak ice cream la kak pin.. Ples sekali je...} aduyai tak sampai hati kalau dah merayu macam tu sekali... bagi aja la...
NI la dia yang saya bawa bersama ketika sibuk dengan projek... Saya bawa Alia sebab dia memang nak sangat datang TM. Lagipun Umi kena jaga Atok kat hospital, Kina ada latihan pusat kawad kaki, Wawa dah masuk matrik, Pika ada program di UM dan saya ada projek di UPSi.. Sara pulak sebab cuti sekolah dan tak da apa-apa aktiviti, lagipun mak kerja, sian dia duk rumah sorang. Oleh sebab saya anak sulung dalam famili.. saya ambil ini sebangai tanggungjawap saya menjaga dua orang ni..

Penat? Penat la juga tapi bila kenangkan tanggungjawap jadi tak penat pula. Malah kadang-kadang gembira tengok teletah kedua mereka. Hilang penat. Ketawa sorang-sorang. banyak sangat pengalaman berharga menjaga adik-adik nih. Sebelum ni ada masalah kita rujuk orang tua, tapi dah keadaan memaksa, saya la akan jadi ibu bapa sementara. Apa sahaja hal akan dirujuk pada saya. Memang meletihkan tapi saya anggap ni adalah satu cara untuk saya menyiapkan diri untuk masa depan...hehhehehhe..

Sebelum kehadiran alya dan sara, baju dah kumpul 3 hari baru basuh.. Tapi bila ada diorang sehari dah penuh satu baldi... Aliah suka sangat salin baju, baru pakai sekejap sudah mahu tukar... Menjaga mereka buat saya kenal penat, lelah, gembira, tanggungjawap dan sabar... Bukan mudah menjadi ibu dan bapa sebenarnya....

Saya dah tak larat nak type... dah pagi sangat nih..esok nak bangun awal nak bawak budak dua orang tu main kat taman... Dah pukul dua... Terimakasih Allah dengan pengalaman yang mendewasakan ini..... amin