Saturday 22 August 2009

Ramadhan dan sahabat.....

Salam sahabat.

Tak sangka kita sudah menjenguk ramadhan yang mulia. Saya selalu berfikir setiap kali memasuki bulan Islam yang baru, sama ada sempat atau tidak saya merasai kesejukan bulan yang mulia ini. Saya sangat-sangat suka bulan ramadhan kerana saya akan berasa sejuk hati, mata dan rasa. Semua ibadah jadi ringan dan ikhlas. Semua insan disekeliling berlumba-lumba mencari keredhaanNya. Menghambakan diri pada pencipta agung yang tiada tara tandingannya.

Bulan ramadhan mengajar saya erti sebuah kehidupan yang hampir sempurna dan menyeronokkan. Orang tidak memandang pelik dengan perlakuan kita yang sedang beribadah. Jika kita melakukan ibadah di bulan selain dari Ramadhan mubarak, ia kelihatan seperti janggal. Tapi pada bulan yang sejuk ini, semuanya adalah lumrah. Alangkah bagusnya kita dapat melakukan ibadah yang selalu kita buat dibulan ramadhan dibulan-bulan lain tanpa pandangan janggal masyarakat. Sepatutnya bukan ramadhan sahaja yang menjadi bulan kita untuk beribadah, seharusnya ibadah di bulan ramadhan dijadikan perkara rutin pada bulan yang lain. Bila ramadhan, semua orang mudah untuk bangun tahajjud dan terus bersahur, bila ramadhan pergi, maka pergi la tabiat dibulan ramadhan.

Di bulan ramadhan ni, sebaiknya kita memohon maaf kepada sahabat-sahabat andai ada terlanjur kata dan tersilap dalam setiap perbuatan. Maklumlah selagi namanya manusia, pastinya tak lari dari khilaf sama ada secara sedar yang terniat dihati atau secara tidak terniat untuk menyakiti. Dengan ini, dengan segala kesempatan yang diberi ALLAH swt kepada saya, saya ingin memohon maaf secara terbukanya di dalam blog ini jika saya pernah menyakiti hati sahabat-sahabat dan sesiapa sahaja yang pernah terasa dengan saya. Semoga ramadhan ini menjadikan ukhuwah yang terbina akan lebih erat dan kekal, insyaALLAH.

Mungkin ini ramadhan yang terakhir yang dapat raikan bersama sahabat seperjuangan di UPSI ni. Selepas ni mungkin bukan lagi meraikan ramadhan sebagai seorang pelajar tapi sebagai seorang guru yang mana segalanya adalah di dunia yang baru. Sedih rasanya bila terkenang yang saya akan berpisah dengan kawan-kawan yang sangat-sangat saya sayang. Rakan sekuliah yang happennig dan ‘huhahuha’. Ya ALLAH, saya tahu setiap pertemuan sudah ditentukan perpisahan. Tapi doa saya semoga ukhuwah ini terus bernadi dalam setiap hati sahabat-sahabat saya. Untuk sahabat yang amat saya sayang terutamanya sahabat yang sekuliah dengan saya, semoga perpisahan yang bakal kita tempuh nanti tak pernah memutuskan tali persaudaraan yang sudah kuat ikatannya.

Untuk my very-very best and understanding friends bermula dengan pertemuan dengan pendengar setia semasa semester 1, NUR ARFA SUHAIDA BINTI MAT ZAIN, kemudiannya dengan si sengal eton atau nama penuhnya ZURITA BINTI OTHMAN, kepada kakak yang sangat lemah lembut dan penyayang, ZURIANA BINTI ZULKIFLI dan seorang yang sangat bersifat keibuan dan bertanggungjawap NORHASLIN BINTI MUSTAFA. Tak tahu nak ungkapkan perasaan ni, dan tak tahu bagaimana harus menghargai setiap saat kita, tapi i’m really-really love you all. Ramadhan ni adalah ramadhan terakhir kita di UPSI, dan lepas ni dah tak ada nak makan sama-sama. Pasti nanti apin rindu kenangan dengan korang. Gaduh, gelak, nangis, tiru tutor {eh... bincang tutor la}, bagi semangat, tanya pandangan dan present sama-sama. Semua tu akan terpatri kukuh dalam hati. Di bulan ramadhan ni, apin nak doa untuk kita semua agar ikatan ni tak kan penah putus sampai hembusan nafas apin yang terakhir. Jika Allah perkenankan, apin nak jumpa korang di taman firdaus. Mengulangi kenangan yang pernah kita lalui sama-sama. Maapkan apin kalau ada salah dan silap, terlanjur bicara dan terhuris hati. Apin doa supaya ALLAH sentiasa metautkan hati-hati kita sebab kita saling sayang menyayangi kerana DIA.

Ya ALLAH ya RAHMAN dengar la hatiku berbicara. Kau sayangi la mereka dan lindungi la mereka. Sesungguhnya mereka sahabat terbaik dan kasih sayang kami tak pernah kurang sejak kami saling kenal. Dengar la ya ALLAH, aku mohon pada Mu dengan segala kudrat ku, lindungi la mereka dari bencana dunia dan pelihara mereka dari siksa azab neraka Mu. Aku sayang mereka kerana MU ya Rabbul izzati....amin. Semoga berkat bulan ramadhan ni doa apin termakbul.... cukup la tuh... nak nangis... malu dengan Mun..

wallahualam

Thursday 20 August 2009

Nur Kasih


Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih

Monday 10 August 2009

Kata-kata untuk 'dia'....


Saya dedikasikan kata-kata ini kepada dia yang belum saya kenali isi hatinya. Biiznillah akan menjadi pelengkap hidup saya. Siapa dia?? Jodoh itu rahsia ALLAH.... Semoga bersiap sedialah 'dia' hendaknya untuk memiliki hati saya

Untukmu yang bakal menemani hidupku....

Aku bukan mahu menetapkan syarat dalam setiap perkerjaan yang baik,

Tapi sekadar mengharapkan agar impian menjadi nyata,

kerana setiap detik dalam hidup adalah sangat berharga.

ku nyatakan hatiku terbuka menerima dirimu,

aku mahu menjadi perhiasan terindahmu dan harta teragungmu,

aku mahu menjadi seperti Aisyah yang setia pada suaminya,

aku mahu menemani mu dalam setiap langkah perjuangan demi meraih keredhaanNya,

seperti teguh Siti Khadijah menemani langkah suaminya,

aku juga mengharapkan dirimu menjadikan hanya aku dihatimu,

setelah Allah swt dan Rasulullah saw.

Aku tidak mengharap harta bernimbun,

Aku tidak mengharap sebuah rumah berbumbungkan kemewahan,

Yang kuharapkan hanya kesederhanaan, cukup sekadar keselesaan.

Apa gunanya sebuah rumah mempunyai berpuluh bilik tetapi tidak mempunyai satu pun bilik solat,

Apa gunanya ruangan yang besar sedang hati isinya sempit dah gelap,

Apa gunanya permaidani indah sedangkan tiada selembar sejadah.

Untukmu bakal penghias hidupku,

Aku cuma mahu sebuah keluarga dimana setiap hati isinya mempunyai iman, islam dan ihsan;

Aku cuma mahu setiap ruang rumah tanggaku dihiasi oleh akhlak karimah,

Aku cuma mahu isi keluarga ku kaya dengan amal dan sedekah.

Aku mahu semua itu kerana satu....

kerana aku mahu kau menjadi wildan ku,

dan aku juga menjadi ainul mardiah mu di akhirat nanti..

Ku simpan rasa cinta setelah ALLAH dan RASULku untuk kau, bakal suamiku......

UM 1051pm 100809


p/s saya ni tak reti nak menyusun kata. Tapi ini lah yang saya luahkan dari hati saya. Saya mahu impian mempunyai sebuah keluarga yang mengamalkan Islam termakbul.. Keluarga yang setiap isinya mencintai ALLAH dan RASUL, keluarga yang mempunyai cita-cita mati syahid dan hidup berlandaskan Al-Quran dan Hadis... semoga impian ini tercapai...amin