Thursday 23 December 2010

barang baby~

salam
Hari ni ke JJ pulak selepas round bandar klang cari kedai HAPPY BREASTFEEDING... Di HPF habes dekat rm 600. sebenarnya x kisah pun sbb memang dah nekad nak bali set untuk breast feeding..

Sangat semangat mengumpukan items2 yg diperlukan utk breast feed...
Semoga ALLAH pemudahkan urusan ..

Sunday 19 December 2010

To give the best for the love one


salam semua
esok saya dah kena g sekolah dah~
wawawa melepak la jawap nye~
Alhamdulillah masa cuti dua minggu ni saya telah membeli kelengkapan baby sikit2.. takit nnt x dan nk beli kelengkapan baby bile dah masuk sekolah...

Banyak juga nak pikir ttg kelengkapan baby ni.. Ye la anak sulungkan. Semua kena beli. Skrg pun dekat beribu jgk abes~ itu pun banyak benda yang terpaksa di senarai postpone kan. Sekrg sedang pening nak beli kan baby pekakas breastfeeding ke tak... Memang cita2 nak bagi baby minum susu mummy aje, xnak campur2.. Sekali tengok harga breastpump, bottlestorage o%BPA dan cooler bag sebagainye dkt setgh ribu jugak~ Tu tgh bincang dgn hubby lagi.. InsyaALLAh akan beli juga.. Semua taw breast feeding sgt22222 bgs utk baby. Tapi cabaran dan rintangannya sugguh berat,(tgk pengalaman org laen la).

Bangga dgn kawan2 yg bekerjaya tapi boleh buat exclusive breastfeeding.. Nak jadi macam tu.. Owh bab botol susu ni, mengikut nasihat kawan yg mempunyai anak yg tomey dan pp yg tembam, kena pilih ikut shape like mummy punya.. Dia ada suggestkan beberapa dan dah pun beli 2 botol dan harganya 56hinggit... hangit poket... Takpe nnt next baby le pakai lagi...

Sekrg masih menuntut ilmu dgn super mummy in the world how to fully breastfeeding... Semoga berjaya.....

Tuesday 7 December 2010

anak kunci kebahagiaan


salam~
sudah 6 bulan lbh baby duk dalam perut..
dia dah pandai tendang2. Masa g berurut aritu pun nenek tu ckp, baby sangat aktif. Bila nenek tu tekan sbln kanan, dia tendang tangan nenek tu. Mmg sakit pinggang, bila baby excited ni. Tp alhamdulillah ini menunjukkan baby sihat dan tak ada masalah.

Masa baby gerak2, tunjuk kat hubby. Hubby terkejut sgt bila tgk perut senget2. Cuak muka dia..hahahhaha kesian betul. 1st time la katakan. Lama2 baru hubby le terima. Bila baby gerak dan guling-guling, perut mummy akan nmpk terbonjol-bonjol. Nampak mcm anak kucing plak dalam baju~

Bila tidur malam susah nak lena sbb malam la masa 'siang' untuk mujahid kecik ni bermain. Kadang babanya yg main sama. Baby mcm paham apa yg mummy dia rasa. Paling seronok bila kita bagi arahan "tendang!". Baby tendang. Kadang2, baby jadi pengadil jika saya dan hubby berselisih pendapat. Contohnya nak pergi minum air sirap atau air milo. Hubby akan cakap dgn baby nak air mane satu. "nak air sirap", so kami tungggu sampai baby respon. Kalau tak ada respon mean baby xnak air sirap.hihiihi

Betul kata orang dulu2 tentang kebahagian rumah tangga. Anak adalah salah satu puncanya. Pengalaman ini menyebabkan saya dan suami bertambah dewasa dan mengeratkan lagi hubugan cinta kami. Banyak peristiwa2 yg melibatkan anak2. Kata orang rezeki anak.
cthnya :
1) saya teragak nak makan kerepek pisang, cari di kedai sudah abes dan terpaksa ke rumah jiran yg memprodukan kerepek pisang. Malang tinggal 1 utk raya. Tapi masa nak balik dia panggil semula dan bagi 1 peket kerepek pisang. Dan dia x mahu bayaran. Dia kata rezeki anak.. alhamdulillah~
2) Ada pasangan yg hampir bercerai tidak jadi memfailkan penceraian kerana bimbang masa depan anak2.

banyak lagi yg ingin saya kongsi tapi cukup la dulu samapi di sini. Semoga kita mendapat anak2 yg soleh, sihat dan cerdas. Antara usaha kita utntuk medpatkan anak yg soleh ialah mengamalkan bacaan2 ayat alquran dan surah2 terpilih. Di sini saya lampirkan ayat2 yang diusulkan oleh Ustazah Norbahyah dalam bukunya bertajuk " amalan ibu mengandung" yg suami belikan untuk saya.. Tq abang~
1) surat Al-fatihah : untuk terang hati dan kuat ingatan
2) surah Maryam : mudah bersalin dan mendapat anak yg sabar dan taat
3) surah Luqman : utk memperoleh anak yg cerdik akal dan jiwanya
4) surah yusuf : utk dapat anak yg cantik rupa dan akhlaknya
5) surah Hujurat : membykkn susu ibu dan ank bersifat hati2
6) surah yassin : utk ketenangan hati dan ank tdk terpengaruh dgn godaan syaitan utk membuat maksiat
7) surah At-taubah : utk bersih jiwa dan terhindar dr maksiat
8) surah An-Nahl : utk melahirkan anak yg berdisiplin...

wassalam dan wallahualam

Thursday 11 November 2010

suami itu juga anugerah ALLAh

salam kepada sahabat sekalian..
Sedihnya bila dgr lagu Maher Zain yg bertajuk for the rest of my life.

liriknye menyentuh hati..

Saya dedicate lgu ni utk suami tercinta.. Ya ALLAH besar sungguh rasa cinta saya padanya sampai saya sendiri khuatir melebihi cinta saya pada ALLAH..

Suami saya aalah anugerah ALLAH yg tak ternilai. Dia tidak sesempurna lelaki lain, batasan nya tetap ada. Tp sy tak pernah rasa kurang dgnnya. Seboleh usahanya melengkapi hidup sya dan memberi kekuatan.

Setiap sakit saya dia yg jaga. Tidur malam saya yg sering terganggu oleh mujahid kecil selalu di temani oleh nya. Ada lgkah lelaki lain sepertinya jika saya kehilangan nya??? itu yg sering sya pikirkan sehingga sy jd takut kehilangan dia.

Bayangkan sahabat, 2 jam kami terpisah dgn tugas medidik saya mesti msg dia. Saya mahu dia selesa seperti mane dia selesakan hidup saya.

Usia perkahwinan kami masih muda dan menanti permata hati kami yg pertama. Dia sentiasa dgn saya memberi semangat tdk kira apa jua keadaan.

Kami tidak ada kenderaan melainkan moto itupun pinjam abg2 ipar. Dia sanggup bersama saya meredah hujan panas, berbasah kuyup, dirimbun embun malam dan selalu beri kata2 smgt " thn dpn kita beli kereta".. Dia juga teman saya belajar kereta sampai lulus.

Masa awal kehamilan sy mengalami morning sickness sampai x mampu nk thn airmata. Sy lihat dia merasai setiap getir bersama saya, matanya merah. APabila saya rasa sakit pinggang dan baby terlalu aktif, dia akan ckp " ni ganjarannya besar'. bila saya berduka, dia kan ckp " kan abg ada".. Allah hadiahkan saya dgn seorg lelaki yg namapak kurang oleh mata orang lain tp pd sy dia adalah anugerah ALLAH... Anugerah yg tak mungkin berganti...

p/s Doakn kami bercinta sampai syurga

Friday 17 September 2010

Manusia mudah lupa bila senang~

Salam sahabat semua...
Tidak terlewat rasanya untuk mengucapkan salam eidul fitri. Kali ini saya beraya dengan keluarga mertua. Pertama kali saya beraya sebagai seorang isteri, menantu dan bakal mummy. Tapi sedih saya masih ada juga dalam kegembiraan meraikan hari raya kali ini. Bukan kerana berjauhan dari keluarga sendiri dan perkara ini tidak berlaku kerana suami saya bijak memainkan peranan sebagai penghibur.

Tapi sedih saya disebabkan oleh sikap segelintir masyarakat. ye entry kali ni seperti melepaskan rasa tidak puas hati saya pada tindakan segelintir manusia yang berperasaan. Mereka tidak menghormati perasaan orang lain walhal mereka juga berperasaan.

KES 1
Seorang wanita kaya datang beraya ke rumah mak mertua. Tetiba dia terpekik terlolong macam kena sawan. Saya jadi pelik dan apabila saya melihat gelagatnya, dia sedang memarahi pembantu rumahnya. Nampak biasa apabila maid dimarahi kan?? Tapi apa yang buat saya meluat dan rasa sedih cara dia memarahi maidnya tadi.

Pertama, wanita itu telah menjatuhkan airmuka insan lain. Dia memarahi pembantu rumahnya dikhalayak ramai. Ummi saya ajar, kalau nak marah orang di depan khalayak ramai jangan bagi orang lain taw yang kita sedang marah padanya ataupun bawa insan yang kita nak marah tu ditempat yang tiada orang lain dan baru la nak marah..

Kedua, dia marah dan memekik dirumah orang lain, bukan rumahnya. Apa dia tidak sedar adab2 mengunjugi rumah orang??? Kalau pun dia seorang yang terhormat kerana harta, sepatutnya dia sedar bahawa hartanya adalah kurniaan ALLAH. Bila2 ALLAH boleh ambil balik. Dan cuba letak dirinya pada keadaan orang yang dia marah. Bagi saya, wanita ini sangat ego dan bongkak!

KES 2
Seorang anak meminta susu botol dari ibunya. Sang ibu sedang asyik menonton tv. Biasalah cerita Arwah Sosilawati. Dia menengking anak tadi. Anak yang haus tu menangis. Semakin kuat dan kuat. Sang ibu terus marah dan mencubit anaknya dengan begitu rakus.

Apa yang anda nampak salah pada anak itu sampai ia perlu dicubit??

Salahnya saya lihat pada si ibu yang langsung tidak bertanggungjawab. Penting sangatkah berita kematian orang yang bukan darah daging nak dibandingkan anak kandung sendiri yang kehausan???

Sebagai ibu, saya rasa dia perlu memenuhi kehendak keluarganya dahulu. Seorang ibu tak akan sanggup melihat anaknya susah, sedih apatah lagi kehausan. Seorang ibu akan terpahat dalam hatinya, mindanya dan sanubarinya "family first". Tanya ibu sahabat semua, apa yang menjadi keutamaannya.

Seriusly, ummi saya tidak mendidik saya seperti ini. Saya menjadi shock sebab berada di dalam situasi dimana perasaan dibelakang dan duit, side needed diutamakan. Suami kata dia sudah biasa dengan perangai jelek keluarga terbabit. Harap2 dijauhkan dari keluarga yang bakal saya dan sahabat bina...

boleh rujuk entry saya dulu tentang amarah :http://nurafinahumaira.blogspot.com/2009/05/marahnafsu-paling-jahat.html

Saturday 21 August 2010

mana naluri seorang ibu???


salam

pengalaman pregnant : muntah2, pening.. bila scan tgk jantung baby rasa hilang sakit... tambah sayang kat baby.. x sbr nk tgk dia lahir..

tgk vid org bersalin : takut dan nk ngs... tapi bile tgk muka baby yg comel2 hilang smua ketakutan dan diganti dgn semangat yg kuat..

TAPI bila tgk berita setiap ari ada baby kne buang... terpikir jgk x ke mereka rasa bersalah???? x pun x kan x rasa sayang pada anak yg dikandungkan 9 bulan.. x igt ke mereka ttg keperitan menanggung morning sickness??? X igt ke mereka waktu2 meneran kepala baby keluar?? X rasa sakit kah mereka??

Mereka mmg kejam, tak punya hati apakan pula perasaan.. Naluri keibuan mereka adalah naluri kebinatangan.. Kesian baby2 jadi mangsa.

Sunday 1 August 2010

petir.... dan hp


salam
Satu ari tu, saya mengajar darjah 6.. Saya tertarik dengan seorang pelajar. Maybe, dia bernama SYED DANIAL AL-IDRUS, seangkatan dengan keluarga saya cuma berlainan AL-. Ahh.... itu x penting pun.. Apa yang saya nk sampaikan lebih penting dari itu..

Saya tanya dengan dia tentang family background dia. Umi dia juga SHARIFAH al-ATTAS. dan sampai kepada cerita tentang bapa dia, dia macam berat hendak bercerita. ayat pertamanya:

"saya dah tak ada ayah," dia tunduk.. Owh.. saya salah ke tanya tentang family dia.. Saya dah buat dia sedih..

"sorry SYED, teacher x maksud nak buat awak sedih," saya minta maaf la. Dah saya rasa saya salah kan...

"hahahahha, teacher ni... dah lama la ayah saya tak ada. Saya ok la," dia angkat kepala dan pandang saya. Dia senyum dan saya sangat lega.

"may i ask u somthing?" pinta saya, bimbang dia dah tidak mahu bercerita.

" Banyak pun tak ape teacher," bagus dia dah selesa bercerita.

"Kalau tak keberatan la, teacher nk tahu sebab ayah awak meninggal," tanya saya sambil menyusun ayat.

"owh, dia meninggal sbb kne panah petir. Teacher nk saya cerita ke macam mana?" saya angguk..

" Ayah saya masa tu kat bazar ramadhan, Bulan puasa. Dia call mak saya, tny nk berbuka apa. Masa dia call tu tengah hujan. Ada kilat. tak tahu kenapa dia nk call mak saya sedangkan mak saya dekat situ je. Kira boleh jalan la pergi ke mak saya. Pastu ada bunyi kuat dan ayah saya kena sambar," owh sedihnya.. dah la bulan ramadhan. Raya mesti lg sedih.. tapi saya tak luahkannya.

" Teacher, kne bagi taw orang jangan guna HP masa hujan, nanti kilat tangkap kat gelombang handfon tu. Kat stesen minyak pun jangan guna fon.. Nanti kena sambar jugak. kalau boleh off je dulu hp tu," saya angguk. Memang betul cakap budak ni.. Tak boleh di sangkal..

SO, awak dah baca kan semuanya... Awak tahu apa yang saya nk sampaikan kan?? renungkan la..

Sunday 11 July 2010

mommy-to- be alhamdulillah

Salam sahabat...
Saya x update pun blog saya... maklum la penat skit.
Penat, pening, mual dan sebagainya....

Rupa2..... permata sudah mula menapakkan dirinya dalam rahim saya. Gembira sangat dan tak terluah dgn kata2. Bila dikira2 semula saya baru pregnant 5 minggu dan baru berkawen 6 minggu. Mean saya bunting pelami la kan???kan?..

Bile imbas apa yg berlaku pada awal2 kehamilan dulu (waktu sebelum tahu mengandung) saya Cuma mengalami penat badan dan pening sket.

Tapi sekrang bila dah masuk bulan ke 2... mcm2 rasa. Paling teruk, sensitif yg melampau. Syukur dpt suami yg sabar. Mula la muntah belilah, tak le bgn dari tidur, pening... rupa2nya perit juga ya mengandung ni... mayb saya banyak alahan.... x [e yg pentg baby momy sihat...

K la... nk reahat dulu...

Monday 28 June 2010

nak update blog....


Assalammualaikum

Salam rindu pada sahabat yang sudah lama tak jumpa... rasanya dah dekat 2 bulan tak update blog.... Rasa macam nak update blog la pulak...

Owh ya... sebab lama tak update blog ni adalah :

1) Saya sangat bz dgn urusan praktikum.

2) Saya sangat bz dgn urusan persiapan pernikahan

3) Dan saya sangat bz memahami insan baru dalm hidup dan hati saya.

4) Saya sangat sibuk belajar menjadi isteri yang diharapkannya

5) Saya juga sangat sibuk belajar masak...hihihihi

Tapi.... saya bahagia dengan semua kesibukan saya... oh saya sah bergelar isteri pada 28 MAY 2010 kepada MOHD HARIS BIN MOHD MOSLEH. Pernikahan kami berlangsung di MASJID KHAIRIAH PALONG 8 dan dinikah kan oleh IMAM MANIRAN. Alhamdulillah dengan sekali lafaz cinta kami bersemi dan mekar dalam redho dan cinta NYA....


Kepada sahabat yang datang... terima kasih saya ucapkan . insyaALLAH dgn izin suami tercinta, saya akan cuba selalu mengupdate blog ini sebagai kesinambungan jalan yang pernah saya pilih dulu. Terima kasih kepada suami sebab belikan broad band untuk sama2 mengaupdat blog, fb dan sebagainya....

Sunday 2 May 2010

wahai hawa....

Tuesday 13 April 2010

peminta sedekah atau mengambil kesempatan????

salam...
Dalam kesempitan waktu, saya ingin juga menulis.
Hmmm tak ada idea... Tapi mahu menulis juga. Tentang kehidupan manusia yang saya lihat sekarang. Macam-macam ragam..

Saya makan di MCD Klang selepas menempah baju disebuah butik pakaian. Datang seorang kanak-kanak dalam usia 9 ke 10 tahun. "akak, mahu duit, tak makan lagi," saya pandang dia. Saya tanya.
" siapa suruh adik mintak duit orang??",..
" mak saya..." balasnya. Muka nya seperti pelarian UNICEF yang saya tahu telah mendapat perlindungan oleh kerajaan Malaysia.
" suruh la mak awak cari kerja. kesian awak kena minta kat orang." saya membebel. Dia terus pergi sambil menjeling..
Saya terus perhatikan dia. Dia mencari orang lain untuk meminta sedekah. Pakaianya baju kurung dan bertudung. Saya terdetik dihati, susah sangat ke mereka mahu mendapatkan kerja sebagai tukang sapu? sedangkan PATI mudah mendapatkan kerja walaupun tidak berpermit???
Mungkin lebih mudah mendapatkan duit dengan meminta sedekah.

Ketika dalam bus pulang ke Negeri Sembilan, seorang yang ala-ala mamak naik kedalam bus dan memberikan sticker yang tercatat surah dalam alquran.
" assalammualaikum".... itu tegurannya pada saya sambil meLEMPARkan sticker. Setelah selesai dia berikan semua stickernya, dia patah balik dan meminta duit atas stickernya. Saya fikir dia mahu bagi free aja kepada saya dan semua orang. Dia pandang saya dan cakap..
" duit??"
" kenapa nak duit???" saya tanya.
" saya jual sticker tadi," balasnya.
" saya tak beli. awak yang campakkan pada saya. belum ada persetujuan dari saya nak beli sticker awak," dia diam dan pandang saya.
" ambil balik sticker awak. Ini bukan cara terbaik.." balas saya
Saya rasa dia mengunakan ISLAM untuk berdangang dengan cara tidak sopan. Sungguh saya sangat marah. seperti kanak-kanak tadi, membawa ciri-ciri Islam. Sengaja mencari belas pada orang lain.

Islam mengalakkan kita berusaha. ALLAH dah berfirman ALLAH tidak akan merubah nasib hambanya melainkan hambanya berusaha untuk berubah. tapi tengok la usaha yang macam mana...

Saya terkilan, ISLAM disalah gunakan. Contohnya dikedai-kedai mamak... Terpampang ayat suci al_quran tapi bila ditanya pekerjanya, mereka bukan muslim. Mereka mempergunakan agama kita.

saya geram dan tak tahu apa yang harus saya buat..... blurrrr

Tuesday 23 March 2010

NUR!!!! Bangun...

Salam sahabat, semoga terus di bawah payung lindungan ALLAH. bagaimana iman mu hari ini? Lebih baik dari semalam hendaknya...

Saya ingin meluahkan tentang kekesalan saya pada diri sendiri. Saya sudah tidak seperti dulu. Seperti seorang yang lupa pada diri, lupa pada Pencipta. Kenapa dengan saya??
Saya cuba bermuhasabah diri, kenapa saya bergini? Saya menjumpai beberapa faktor saya jadi macam ni......
1. Terlalu asyik masyuk dengan kelalaian dunia. Benar dunia ni indah, dan melalaikan sampai saya lupa kenapa saya ada di dunia.

2. Tiada lagi penambahan ilmu yang dilakukan. Hanya bertahan dengan ilmu yang ada. Ilmu yang setipis malah lebih nipis dari kulit bawang. (satu sel je kot kalau dalam bahasa science nya)
3. Terlalu memikirkan masalah remeh temeh sehingga menjejaskan hati dan perasaan.
4. Tidak hidup dalam kelompok orang-orang solehah. Tak seperti di UPSI. Owh rindu tarbiah, rindu dakwah......
5. Tidak menegur perbuatan mungkar di depan mata walaupun dengan hati.
6. Yang ni malu nak bagi taw, tapi biar padan muka saya sebab dengan ALLAH saya tak malu buat dosa. Melakukan dosa walau tahu diri berdosa.

Precaution!!! (kena alert ni)
1. Jangan lupa akhirat. Ingat mati Nur!!!!!
2. Kalau tak ada ustazah nak beri tazkirah, baca la buku-buku agama. Tak paham?? kan telepon ada, SMS je dengan ustazah dan sahabat2 dulu.
3. Tak payah serabut kepala pikir benda-benda yang kecik dan hasilnya belum pasti. Ni ada tugas lebih penting wahai muslimah!!!!

4. Memang susah nak cari sahabat yang sudi bertazkirah bersama di tengah2 bandar macam ni, disebalik kesibukan manusia mengejar dunia. Sahabat solehah yang dirasakan mampu untuk membentuk semula diri harus dihubugi..... Email, blog dan SMS je.
5. Kalau tak mampu tegur dengan lidah, tegur dengan hati. Biar la selemah-lemah iman pun. Yang penting kerana ALLAH. Jangan pandang je... Eh untuk diri sendiri, jangan la sekali join pulak!!!! Get rid from it!!!!!
6.Ha apa lagi???? Belum lagi kiamat, belum lagi mati. Taubat nur!!!!! janji jangan buat lagi.... JAnji pada diri dan malu pada ALLAH..... Ya ALLAH ampuni aku....

p/s Untuk jiwa yang dahaga keindahan dalam Islam dan untuk roh yang merindu Penciptanya! Bangun la, kembalikan cintamu pada Dia. Bangun Nur.... Jangan lalai lagi.... Bangun!!!!!!!!!

Caiyok!!! aja-aja fighting!!!
doakan saya sahabat....

Sunday 21 March 2010

desa ku.......=(


Salam kepada sahabat yang menanti kehadiran post baru. Saya sangat sibuk dengan urusan dunia yang memerlukan saya sentiasa dikejar masa dan deadline tugas-tugas.

Alhamdulillah... ALLAH memberi saya peluang untuk berehat di kampung halaman dengan rumah baru yang hampir siap. Dapat la saya menenangkan fikiran yang serabut dengan kehijauan himpunan pokok buah buahan yang walid tanam di belakang rumah. sudah hampir sebaya pohon2 buah yang walid tanam dengan usia saya.

Disebalik keheningan di bawah pohon2 redup segala kenangan di zaman kanak-kanak kembali satu persatu melayang-layang difikiran. Saya mula rindu pada kampung ini ketika usia baru mengenal dunia. Saya ajak adik yang ke4 bersiar-siar sekeliling kampung. Alhamdulillah perkembangan yang sihat. Tapi di sebaliknya ada pula kurang.

Jalan biasa saya pernah gunakan untuk ke sekolah telah dibesarkan untuk di buat Highway.. Highway di depan rumah??? di kawasan kampung??? Itu lah yang adik saya beritahu. Luluh juga hati bile melihat jengkaut dan semua jentera bekerja. Satu persatu pokok tumbang ditolak backhoe. Tanah digembur dan ditarah. Hilang sudah seri kampung ini. Tidak ada aura yang saya rindu.

Adik ajak saya ke Jeram Panjang. Tempat kami adik beradik berkubang waktu hari minggu. Dulu kawasan ni sangat sibuk dengan kehadiran orang luar dan tempatan untuk mandi manda dan berkayak. Tapi, sekarang dah lain. Saya meniti jambatan gantung yang baru dibina, agak rendah dari sebelumnya. Itu tidak menyedihkan. Yang paling saya sedih bila melihat airnya. tidak lagi mengalir deras dan banyak lumut hijau terapung di permukaan. Saya alih pandang melihat tempat lepak kami adik beradik. Sepi dan kosong, yang kelihatan lumut hijau dan air yang mengalir lesu tidak bertenaga seperti dulu. sedih bukan kepalang.

Menurut adik saya, tempat itu menjadi sarang maksiat sahaja. YaALLAH sedih dan pilu hati. Semua keindahan kampung telah diragut sedikit demi sedikit... Kampung tidak senyaman dulu. tidak seindah dulu. Yang tinggal dan kukuh di memori saya adalah kenangan.

Kenangan membawa saya kemari... ke desa yang tidak seumpama desa lagi....

Tuesday 9 February 2010

i'm teacher n teacher to-be



Salam sahabat... sibuk benar rasanya menjadi cikgu. Masa banyak tertumpu bukan pada diri... tapi pada anak didik yang dahaga ilmu... Baru 3 minggu mengajar... Macam-macam saya alami. Anak didik yang nakal dan kadang-kala menguji kesabaran. Bila di kenang pula ada lucunya.

Kisah 1....
Sekolah mengadakan sekolah ganti pada hari sabtu dan mengadakan kem siang serentak. Pada hari tersebut saya memakai baju tshirt labuh, seluar trex dan tudung putih. Ya memang saya seorang sahaja guru sesi pagi yang bertudung labuh.. Tetiba je mak cik kerani datang dan bagi tahu saya perlu relief class..Saya dengan yakin dan bersemangat masuk ke kelas.. tingkatan 4 rasanya. Tak pasti.... Saya masuk dan tunggu salam diberikan. Tapi tiada seorang pun yang mengendahkan saya. Lastly saya bersuara agak kuat “ classssssss.....stand!”. semua pelajar ketempat masing-masing dan memberi salam sejahtera.
“Oh my god, sorry teacher. We thought you are a new student....” aduishhhhhh..... merah muka. Selepas kejadian itu saya tidak pakai tudung putih lagi kesekolah.

Kisah 2.....
Saya masuk untuk mengantikan kelas matematik tingkatan 3. Saya bagi mereka work sheet dan suruh mereka selesaikan dan hantar 30 minit sebelum kelas tamat. Tapi tak ramai yang mampu buat soalan yang diberi. Jadi saya bantu la
“ok class, we discuss together k. First question, who want to try???” soalan mudah la jugak. Tapi bagi mereka susah. Seorang indian mahu selesaikan. Dia ke papan putih dan menulis jawapan. Jalan kerjanya sangat pendek.
“sayang, mana awak dapat answer tu?” saya tanya. “i use short cut teacher,” balasnya.
“tapi, your answer totally wrong. Ok show me the long way of solution,” Suruh saya.
“ok teacher, wait a minute,” saya angguk. Mmenga seminit dia ke papan putih dan jawap.jalan kerja sangat panjang. Jawapan tetap sama dan salah.
“ok teacher, it is the high way teacher,” aduishhh sama aja.

Kisah 3..
“teacher, your voice is too small, we cant hear you,” seorang pelajar kelas fizik bersuara.
“teacher, you are too small. I thought you are 16 years old,” pengawas perpustakaan mengomen.
“teacher, i will back up you if our class member hurt you again,” ini yang palinag aku suka.
p/s banyak lagi kisah nak story kat kawan-kawan semua. Tapi nk wat lesson plan dulu...
wassalam

Saturday 30 January 2010

qaseh.....Kasihnya pada ALLAH

Qaseh,
sahabat jiwa kental. Melawan gelodak syaitan dan nafsu dalam diri. Lemah lembut tetapi tegas disebaliknya. Jika tidak maka tidak baginya. Jika benar, benarlah juga dia. Tapi bukan benar yang tuli. Benarnya bertempat. Tempat benarnya hanya sunnah dan AL-Quran.

Qaseh,
Dia bercinta, selalu bercinta. Dia berkasih, selalu berkasih. Tapi kasihnya tumpah bukan pada jiwa insani tetapi pada pencipta jiwa-jiwa. Bersamanya, tiada kata tidak untuk ibadah, tiada kata berhenti dari zikir. Dia seharum mawar yang mekar, merah tetapi berduri. Mudah dihampiri, tetapi jangan sampai teluka jari...

Qaseh,
Kau ajarkan ku cinta, cinta pada Dia. Pagimu dini hari, bersama jiwa mu melawan nafsu untuk terus bertahajjud. Menyemai cinta bersama Dia. Aku? Pastinya kau tujukan ruang untuk menyulam cinta bersama. Sebelum pergi menuntut ilmu, pasti dhuha kita bersama, agar dipermudah urusan sehari. Apabila matahari semakin jinak, halaqah kita seiring kicauan burung yang mahu pulang kesarang. Basah mindaku, basah mindamu dengan tarbiah dalam halaqah. Biarpun hanya dua jiwa.

Qaseh,
Tika hari berganti, tika matahari sudah pergi dan bulan sedia menganti, alunan ayat-ayat cinta dari Quran pasti bergema. Suara kau dan aku bersatu. Kau seperti seorang guru, membetulkan tajwid ku dan sebutanku... Putaran nya sama setiap hari. Tapi tidak pula aku jemu bersamamu menyemai cinta sang Pencipta. Malah makin rindu aku pada Dia.

Qaseh adalah sahabat saya yang sangat disiplin dalam ibadah. Nick namenya Qaseh, bukan saya tak mahu letak namanya yang betul. Tapi sebetulnya saya tahu dia tidak suka dikenali takut riak, itu selalu dia takutkan. Walaupun sibuk dengan urusan dunia, tetapi bekalan akhirat tidak dilupa. ini adalah draf jadual kami ketika bersamanya menuntut ilmu. Semoga boleh dicontohi pembaca budiman. (sekarang macam makin tak ikut jadual....kalau Qaseh tahu mesti dia akan kecewa...sori qaseh)

1/3 malam -bangun pagi sekurang-kuranya 1jam sebelum subuh
-bertahajjud
- berhalaqah atau mendengar zikir atau membaca Al-Quran sebelum masuk waktu subuh
Subuh -solat subuh (kebiasaannya akan berjamaah)
-membaca mathurat
-berhalaqah sehingga jam 7pagi
9 pagi- 10 pagi - solat sunat dhuha
Zuhur - solat zuhur (jika tiada halangan akan berjamaah bersama)
Asar - solat asar (berjamaah jika tiada halangan)
-membaca mathurat
-halaqah (jika tiada halaqah sewaktu subuh)
Maghrib - solat maghrib (berjamaah jika tiada kekangan)
-membaca ayat suci al-Quran dan memperbetulkan bacaan bersama
- atau membaca yassin (jika tiada kekangan)
-bersoal jawap tentang agama dan umat sementara menunggu waktu isya’
Isya’ -solat isya’(berjamaah bersama jika tiada urusan)
- membaca almulk sebelum tidur

p/s
Saya akan mencemburui dia jika saya rasa kurang bertemu Kekasih kami. kami berlumba-lumba mencari cintaNYA. Cemburu kami bertempat. Saya gembira bersamanya. Tapi sekarang haluan kami berbeza tapi tarbiah yang pernah kami lalui tetap sama. Semoga dapat menjadi panduan. Nampak jadual macam terlalu ketat. Tetapi sebenarnya terlalu nikmat. Wallahualam.

Tuesday 26 January 2010

barakah cinta pada ALLAH.....



Assalammualaikum....

Dalam menganjak usia dewasa ni rasa seperti cepat betul masa beredar dan pelbagai benda baru dalam kehidupan mahu dicuba. Baru-baru ini saya mula berjinak dengan majalah kesukaan wanita MINGGUAN WANITA. Biasanya bahagian yang sering dikungjungi ialah “dia pilihan ku” yang bercerita tentang kehidupan berumah tangga ..ehem ...ehem... Banyak pengalaman mereka dalam melayari bahtera cinta halal ini. Ada suka dan duka. Kebiasaanya wanita yang akan meluahkan isi hati mereka diruangan ini.

Sejak menghabiskan masa di dalam labrary sekolah memandangkan bilik guru tidak cukup meja untuk diberikan kepada guru praktikum, habis semua jenis buku dan majalah telah saya baca. Termasuklah majalah yang satu ini. Tadi, ketika tunggu masa untuk relief class, saya mencapai buku MINGGUAN WANITA yang sudah tercabut kulit. Entah kurun keberapa buku ni pun saya tak pasti, tapi mungkin agak lama. Belek terus ke bahagian dia pilihanku, saya jadi terpaku sebentar apabila membaca artikel luahan hati seorang suami. Sungguh benar dia menghargai isterinya. Kebanyakan lelaki lebih ego untuk meluahkan rasa hati mereka (saya kurang respek pada lelaki yang mempertahankan ego mereka tanpa mempedulikan perasaan orang lain terutama isteri ...sorry to say la ye!) terutama dalam meluahkan isi hati secara publik. Serius saya respect lelaki sepertinya... subhanallah....

Luahannya bekisarkan kehidupan di mana ketika seorang lelaki yang berasa mahu mencari pasangan hidup. Puas dia mencari tetapi masih tidak berjumpa. Setelah usahanya menemui jalan buntu, ALLAH menunjukkan jalan apabila seorang sahabat beliau menyarankan berkenalan dengan anak saudaranya. Terdetik dihatinya ‘mungkin ALLAH ingin menyatukan dua hati ini’. Pertemuan diatur di rumah bakal isteri dan itulah kali pertama bertentang mata. Sekali pandang terus terpesona. Wanita bertudung labuh, berhidung mancung dan berkulit cerah tunduk malu. Kata sepakat terus temetrai di hari pertemuan tersebut dan keesokannya terus rombongan meminang tiba di rumah wanita bertuah ini. Hebat, barakah dilihat apabila majlis pernikahan berlaku seminggu sejurus itu. Semua berjalan lancar. Pernikan berlaku di rumah tok guru si lelaki di Pondok Batu gajah Tanah Merah. Barulah mereka mula bercinta.....

Honeymoon mereka bukan di LA atau pulau-pulau indah, tapi ALLAH menjemput pasangan ini ke rumah ALLAH. Kira-kira 4 bulan selepas menikah, mereka berangkat ke tanah suci dan menghabiskan masa di sana selama 4 bulan. Pulang sahaja dari tanah suci, mereka menkhabarkan berita gembira dimana si isteri telah hamil 5 bulan. Yang membuatkan saya paling terharu dan yakin cinta mereka adalah cinta kerana ALLAH apabila diakhir artikel si suami menyatakan seperti berikut:

Rumah tangga kami lebih bahagia dengan kehadiran cahaya mata yang tidak ternilai. Ia adalah pemberian tuhan yang paling berharga. Aku juga bertuah dikurniakan isteri mithali yang sentiasa memberi sokongan di kala susah dan senang. Aku berdoa semoga kami terus bahagia dan diberkati Tuhan”

Perhargaan kepada isterinya seolah-olah sama dengan penghargaan Qinaah kepada suaminya Dr Muslih dalam buku PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL karya Fatimah Syarha Mohd Noordin. Apabila dianalisis kedua-dua cerita di atas, saya simpulkan apa yang penting adalah barakah. Keberkatan hubungan dapat dilihat dengan nikmat alam rumah tangga yang dibina dengan jalan yang lurus dan lancar. Tiada halangan yang berat dan perjalannya berlaku dengan sempurna. hal ini berlaku, apabila setiap jiwa pasangan berlumba mencari cinta ALLAh dan yakin ALLAh akan mengurniakan pasangan yang juga cintanya jatuh kepada ALLAH untuk saling sayang menyayangi kerana ALLAH.

Secara mathematicalnya:

Lelaki soleh cintakan ALLAH

+

wanita solehah cintakan ALLAH

=

Pasangan suami isteri penuh cinta kepada ALLAH

+

barakah + bahagia

wallahualam


Saturday 9 January 2010

pressure...........

Salam sahabat sekalian,
Pernah tidak sahabat berasa sangat2 pressure sengga sakit kepala???
Saya sedang alaminya... Penat saya menipu cuba tersenyum menyorokkan rasa tidak puas hati, geram dan risau... tapi semakin saya sorok, semakin saya rasa sakitnya....


ya ALLAH.. tlg aku....