Thursday 23 December 2010

barang baby~

salam
Hari ni ke JJ pulak selepas round bandar klang cari kedai HAPPY BREASTFEEDING... Di HPF habes dekat rm 600. sebenarnya x kisah pun sbb memang dah nekad nak bali set untuk breast feeding..

Sangat semangat mengumpukan items2 yg diperlukan utk breast feed...
Semoga ALLAH pemudahkan urusan ..

Sunday 19 December 2010

To give the best for the love one


salam semua
esok saya dah kena g sekolah dah~
wawawa melepak la jawap nye~
Alhamdulillah masa cuti dua minggu ni saya telah membeli kelengkapan baby sikit2.. takit nnt x dan nk beli kelengkapan baby bile dah masuk sekolah...

Banyak juga nak pikir ttg kelengkapan baby ni.. Ye la anak sulungkan. Semua kena beli. Skrg pun dekat beribu jgk abes~ itu pun banyak benda yang terpaksa di senarai postpone kan. Sekrg sedang pening nak beli kan baby pekakas breastfeeding ke tak... Memang cita2 nak bagi baby minum susu mummy aje, xnak campur2.. Sekali tengok harga breastpump, bottlestorage o%BPA dan cooler bag sebagainye dkt setgh ribu jugak~ Tu tgh bincang dgn hubby lagi.. InsyaALLAh akan beli juga.. Semua taw breast feeding sgt22222 bgs utk baby. Tapi cabaran dan rintangannya sugguh berat,(tgk pengalaman org laen la).

Bangga dgn kawan2 yg bekerjaya tapi boleh buat exclusive breastfeeding.. Nak jadi macam tu.. Owh bab botol susu ni, mengikut nasihat kawan yg mempunyai anak yg tomey dan pp yg tembam, kena pilih ikut shape like mummy punya.. Dia ada suggestkan beberapa dan dah pun beli 2 botol dan harganya 56hinggit... hangit poket... Takpe nnt next baby le pakai lagi...

Sekrg masih menuntut ilmu dgn super mummy in the world how to fully breastfeeding... Semoga berjaya.....

Tuesday 7 December 2010

anak kunci kebahagiaan


salam~
sudah 6 bulan lbh baby duk dalam perut..
dia dah pandai tendang2. Masa g berurut aritu pun nenek tu ckp, baby sangat aktif. Bila nenek tu tekan sbln kanan, dia tendang tangan nenek tu. Mmg sakit pinggang, bila baby excited ni. Tp alhamdulillah ini menunjukkan baby sihat dan tak ada masalah.

Masa baby gerak2, tunjuk kat hubby. Hubby terkejut sgt bila tgk perut senget2. Cuak muka dia..hahahhaha kesian betul. 1st time la katakan. Lama2 baru hubby le terima. Bila baby gerak dan guling-guling, perut mummy akan nmpk terbonjol-bonjol. Nampak mcm anak kucing plak dalam baju~

Bila tidur malam susah nak lena sbb malam la masa 'siang' untuk mujahid kecik ni bermain. Kadang babanya yg main sama. Baby mcm paham apa yg mummy dia rasa. Paling seronok bila kita bagi arahan "tendang!". Baby tendang. Kadang2, baby jadi pengadil jika saya dan hubby berselisih pendapat. Contohnya nak pergi minum air sirap atau air milo. Hubby akan cakap dgn baby nak air mane satu. "nak air sirap", so kami tungggu sampai baby respon. Kalau tak ada respon mean baby xnak air sirap.hihiihi

Betul kata orang dulu2 tentang kebahagian rumah tangga. Anak adalah salah satu puncanya. Pengalaman ini menyebabkan saya dan suami bertambah dewasa dan mengeratkan lagi hubugan cinta kami. Banyak peristiwa2 yg melibatkan anak2. Kata orang rezeki anak.
cthnya :
1) saya teragak nak makan kerepek pisang, cari di kedai sudah abes dan terpaksa ke rumah jiran yg memprodukan kerepek pisang. Malang tinggal 1 utk raya. Tapi masa nak balik dia panggil semula dan bagi 1 peket kerepek pisang. Dan dia x mahu bayaran. Dia kata rezeki anak.. alhamdulillah~
2) Ada pasangan yg hampir bercerai tidak jadi memfailkan penceraian kerana bimbang masa depan anak2.

banyak lagi yg ingin saya kongsi tapi cukup la dulu samapi di sini. Semoga kita mendapat anak2 yg soleh, sihat dan cerdas. Antara usaha kita utntuk medpatkan anak yg soleh ialah mengamalkan bacaan2 ayat alquran dan surah2 terpilih. Di sini saya lampirkan ayat2 yang diusulkan oleh Ustazah Norbahyah dalam bukunya bertajuk " amalan ibu mengandung" yg suami belikan untuk saya.. Tq abang~
1) surat Al-fatihah : untuk terang hati dan kuat ingatan
2) surah Maryam : mudah bersalin dan mendapat anak yg sabar dan taat
3) surah Luqman : utk memperoleh anak yg cerdik akal dan jiwanya
4) surah yusuf : utk dapat anak yg cantik rupa dan akhlaknya
5) surah Hujurat : membykkn susu ibu dan ank bersifat hati2
6) surah yassin : utk ketenangan hati dan ank tdk terpengaruh dgn godaan syaitan utk membuat maksiat
7) surah At-taubah : utk bersih jiwa dan terhindar dr maksiat
8) surah An-Nahl : utk melahirkan anak yg berdisiplin...

wassalam dan wallahualam