Wednesday 28 January 2009

di sebalik KERIS

KERIS 09 Assalammualaikum w.b.thmm baru2 ni saya ke KEM JATI DIRI REMAJA MUSLIM (KERIS09). byk juga yg saya pelajari di sana. Antara xtvtnya seperti ceramah, qiamullail n out door xtvt.. banyak pengisian dalam ceramah dan xtvt yang diadakan. Banyak juga cerita yang mahu di kongsi dalam blog ni. Ini adalah pertama kali saya melibatkan diri dalam kem dan menjadi peserta.. Biasanya saya menjadi fasilitator. Apabila menjadi peserta terasa seperti zaman sekolah dulu-dulu. Seronok bila dapat pergi kem dan berkumpul dengan ramai kawan dari pelbagai sekolah.Semasa di sana ada juga xtvt LDK atau latihan dalam kumpulan. Saya tidak menyangka kami akan digabungkan antara muslimin dan muslimat. Sy sudah mula bimbang kerana ini adalah kem yang berbentuk Islamic, perlukah percampuran sedemikian. Tapi, alhamdulillah, sebenarnya kita masih boleh bergaul antara lelaki dan wanita tapi harus menjaga batas2 yang telah di garis dalam Islam. Yang penting niat kita adalah kerana Allah swt.Sebut pula pasal niat, sebenarnya niat saya pergi KERIS 09 hanyalah untuk mencari pengalaman dan menambah ilmu. Oleh kerana aktiviti ini berlansung ketika cuti mid sem, saya tidak rasa mahu pulang ke kampung. Bagi saya pulang ke kampung pada cuti yang hanya bertahan seminggu, tidak memberi apa2 makna. Jadi sebelum due date penyertaan, saya telah mendaftar sebagai peserta kem yang di anjuran Rakan Kelab Surau KHAR ini.

Tapi beberapa hari sebelum berangkat, adik yang paling bongsu menalifon... suruh saya pulang."kak pin, tadi alia tgk gambar kak pin, kak pika n kak wawa, aliah rindu...bila kak pin nak balik?"... dengar je suara alia, hati saya bagai tersentap..Betapa saya mementingkan diri, x terfikir yang adik di rumah menanti kepulangan saya.. Air mata sudah mahu meleleh..Ditahan juga.."nanti kak pin balik ye"...Pujuk saya seperti memberi pengharapan."alia dah sekolah, dapat ramai kawan.." ceritanya penuh semangat. Sharifah Nur Shaaliah baru masuk darjah 1. Nama alia saya yang memilihnya..''apa adik bawak balik dari sekolah?'' tanya saya..''alia bawak KUTU..hehhhee'', balasnya. Saya sudah tahu sebenarnya dari ummie.

KUTU? aduyai budak ni... Ingat bawa ilmu.Selepas bercerita dua tiga minit dan habis perihal sekolahnya di ceritakan talian di putuskan.. sebelum tu, Aliah sempat lagi berpesan''kak pin jangan lupa balik taw, alia macam nak beli kokokrunch la, nanti kak pin belikan taw'', ayat yang hampir tak sanggup saya dengar.''yela...'' tu je yang mampu terkeluar dari mulut saya.. Tak mahu alia terkesan saya sedang menangis ketika itu..Mahu saja saya membatalkan pemergian ke KERIS 09. Tapi, setelah berfikir sedalamnya, keputasannya ialah pergi menghadirkan diri ke KERIS 09. Saya terfikir, jika saya pulang awal dan tidak menghadiri KERIS09, saya mungkin hanya membawa pulang assignment sahaja dan jika saya ke KERIS 09 dahulu, kemudian pulang ke kampung saya bukan sekadar membawa assigment untuk disiapkan tetapi ilmu dan pengalaman yang berharga dan boleh dikongsi bersama adik-adik...

Alhamdulillah….Tak sia-sia saya ke KERIS09. Saya dapat banyak input2 baru (ilmu agama seperti aqidah, akhlak islamiah, ukhwah, ibadat n banyak lagi), pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Semua perkara ini la yang akan saya bawa pulang mengisi minda adik2 yang saya rindui. InsyaAllah esok saya akan pulang ke kampung bagi mengubat rindu saya pada adik2 dan juga umie.

No comments:

Post a Comment