Saturday 30 January 2010

qaseh.....Kasihnya pada ALLAH

Qaseh,
sahabat jiwa kental. Melawan gelodak syaitan dan nafsu dalam diri. Lemah lembut tetapi tegas disebaliknya. Jika tidak maka tidak baginya. Jika benar, benarlah juga dia. Tapi bukan benar yang tuli. Benarnya bertempat. Tempat benarnya hanya sunnah dan AL-Quran.

Qaseh,
Dia bercinta, selalu bercinta. Dia berkasih, selalu berkasih. Tapi kasihnya tumpah bukan pada jiwa insani tetapi pada pencipta jiwa-jiwa. Bersamanya, tiada kata tidak untuk ibadah, tiada kata berhenti dari zikir. Dia seharum mawar yang mekar, merah tetapi berduri. Mudah dihampiri, tetapi jangan sampai teluka jari...

Qaseh,
Kau ajarkan ku cinta, cinta pada Dia. Pagimu dini hari, bersama jiwa mu melawan nafsu untuk terus bertahajjud. Menyemai cinta bersama Dia. Aku? Pastinya kau tujukan ruang untuk menyulam cinta bersama. Sebelum pergi menuntut ilmu, pasti dhuha kita bersama, agar dipermudah urusan sehari. Apabila matahari semakin jinak, halaqah kita seiring kicauan burung yang mahu pulang kesarang. Basah mindaku, basah mindamu dengan tarbiah dalam halaqah. Biarpun hanya dua jiwa.

Qaseh,
Tika hari berganti, tika matahari sudah pergi dan bulan sedia menganti, alunan ayat-ayat cinta dari Quran pasti bergema. Suara kau dan aku bersatu. Kau seperti seorang guru, membetulkan tajwid ku dan sebutanku... Putaran nya sama setiap hari. Tapi tidak pula aku jemu bersamamu menyemai cinta sang Pencipta. Malah makin rindu aku pada Dia.

Qaseh adalah sahabat saya yang sangat disiplin dalam ibadah. Nick namenya Qaseh, bukan saya tak mahu letak namanya yang betul. Tapi sebetulnya saya tahu dia tidak suka dikenali takut riak, itu selalu dia takutkan. Walaupun sibuk dengan urusan dunia, tetapi bekalan akhirat tidak dilupa. ini adalah draf jadual kami ketika bersamanya menuntut ilmu. Semoga boleh dicontohi pembaca budiman. (sekarang macam makin tak ikut jadual....kalau Qaseh tahu mesti dia akan kecewa...sori qaseh)

1/3 malam -bangun pagi sekurang-kuranya 1jam sebelum subuh
-bertahajjud
- berhalaqah atau mendengar zikir atau membaca Al-Quran sebelum masuk waktu subuh
Subuh -solat subuh (kebiasaannya akan berjamaah)
-membaca mathurat
-berhalaqah sehingga jam 7pagi
9 pagi- 10 pagi - solat sunat dhuha
Zuhur - solat zuhur (jika tiada halangan akan berjamaah bersama)
Asar - solat asar (berjamaah jika tiada halangan)
-membaca mathurat
-halaqah (jika tiada halaqah sewaktu subuh)
Maghrib - solat maghrib (berjamaah jika tiada kekangan)
-membaca ayat suci al-Quran dan memperbetulkan bacaan bersama
- atau membaca yassin (jika tiada kekangan)
-bersoal jawap tentang agama dan umat sementara menunggu waktu isya’
Isya’ -solat isya’(berjamaah bersama jika tiada urusan)
- membaca almulk sebelum tidur

p/s
Saya akan mencemburui dia jika saya rasa kurang bertemu Kekasih kami. kami berlumba-lumba mencari cintaNYA. Cemburu kami bertempat. Saya gembira bersamanya. Tapi sekarang haluan kami berbeza tapi tarbiah yang pernah kami lalui tetap sama. Semoga dapat menjadi panduan. Nampak jadual macam terlalu ketat. Tetapi sebenarnya terlalu nikmat. Wallahualam.

Tuesday 26 January 2010

barakah cinta pada ALLAH.....



Assalammualaikum....

Dalam menganjak usia dewasa ni rasa seperti cepat betul masa beredar dan pelbagai benda baru dalam kehidupan mahu dicuba. Baru-baru ini saya mula berjinak dengan majalah kesukaan wanita MINGGUAN WANITA. Biasanya bahagian yang sering dikungjungi ialah “dia pilihan ku” yang bercerita tentang kehidupan berumah tangga ..ehem ...ehem... Banyak pengalaman mereka dalam melayari bahtera cinta halal ini. Ada suka dan duka. Kebiasaanya wanita yang akan meluahkan isi hati mereka diruangan ini.

Sejak menghabiskan masa di dalam labrary sekolah memandangkan bilik guru tidak cukup meja untuk diberikan kepada guru praktikum, habis semua jenis buku dan majalah telah saya baca. Termasuklah majalah yang satu ini. Tadi, ketika tunggu masa untuk relief class, saya mencapai buku MINGGUAN WANITA yang sudah tercabut kulit. Entah kurun keberapa buku ni pun saya tak pasti, tapi mungkin agak lama. Belek terus ke bahagian dia pilihanku, saya jadi terpaku sebentar apabila membaca artikel luahan hati seorang suami. Sungguh benar dia menghargai isterinya. Kebanyakan lelaki lebih ego untuk meluahkan rasa hati mereka (saya kurang respek pada lelaki yang mempertahankan ego mereka tanpa mempedulikan perasaan orang lain terutama isteri ...sorry to say la ye!) terutama dalam meluahkan isi hati secara publik. Serius saya respect lelaki sepertinya... subhanallah....

Luahannya bekisarkan kehidupan di mana ketika seorang lelaki yang berasa mahu mencari pasangan hidup. Puas dia mencari tetapi masih tidak berjumpa. Setelah usahanya menemui jalan buntu, ALLAH menunjukkan jalan apabila seorang sahabat beliau menyarankan berkenalan dengan anak saudaranya. Terdetik dihatinya ‘mungkin ALLAH ingin menyatukan dua hati ini’. Pertemuan diatur di rumah bakal isteri dan itulah kali pertama bertentang mata. Sekali pandang terus terpesona. Wanita bertudung labuh, berhidung mancung dan berkulit cerah tunduk malu. Kata sepakat terus temetrai di hari pertemuan tersebut dan keesokannya terus rombongan meminang tiba di rumah wanita bertuah ini. Hebat, barakah dilihat apabila majlis pernikahan berlaku seminggu sejurus itu. Semua berjalan lancar. Pernikan berlaku di rumah tok guru si lelaki di Pondok Batu gajah Tanah Merah. Barulah mereka mula bercinta.....

Honeymoon mereka bukan di LA atau pulau-pulau indah, tapi ALLAH menjemput pasangan ini ke rumah ALLAH. Kira-kira 4 bulan selepas menikah, mereka berangkat ke tanah suci dan menghabiskan masa di sana selama 4 bulan. Pulang sahaja dari tanah suci, mereka menkhabarkan berita gembira dimana si isteri telah hamil 5 bulan. Yang membuatkan saya paling terharu dan yakin cinta mereka adalah cinta kerana ALLAH apabila diakhir artikel si suami menyatakan seperti berikut:

Rumah tangga kami lebih bahagia dengan kehadiran cahaya mata yang tidak ternilai. Ia adalah pemberian tuhan yang paling berharga. Aku juga bertuah dikurniakan isteri mithali yang sentiasa memberi sokongan di kala susah dan senang. Aku berdoa semoga kami terus bahagia dan diberkati Tuhan”

Perhargaan kepada isterinya seolah-olah sama dengan penghargaan Qinaah kepada suaminya Dr Muslih dalam buku PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL karya Fatimah Syarha Mohd Noordin. Apabila dianalisis kedua-dua cerita di atas, saya simpulkan apa yang penting adalah barakah. Keberkatan hubungan dapat dilihat dengan nikmat alam rumah tangga yang dibina dengan jalan yang lurus dan lancar. Tiada halangan yang berat dan perjalannya berlaku dengan sempurna. hal ini berlaku, apabila setiap jiwa pasangan berlumba mencari cinta ALLAh dan yakin ALLAh akan mengurniakan pasangan yang juga cintanya jatuh kepada ALLAH untuk saling sayang menyayangi kerana ALLAH.

Secara mathematicalnya:

Lelaki soleh cintakan ALLAH

+

wanita solehah cintakan ALLAH

=

Pasangan suami isteri penuh cinta kepada ALLAH

+

barakah + bahagia

wallahualam


Saturday 9 January 2010

pressure...........

Salam sahabat sekalian,
Pernah tidak sahabat berasa sangat2 pressure sengga sakit kepala???
Saya sedang alaminya... Penat saya menipu cuba tersenyum menyorokkan rasa tidak puas hati, geram dan risau... tapi semakin saya sorok, semakin saya rasa sakitnya....


ya ALLAH.. tlg aku....