Sunday 13 September 2009

10 malam terakhir


Salam....
Ramadhan dah samapi ke 10 malam terakhir. Ya Allah terlalu cepat masa sampai tak sedar akan masa yang berlalu. Segala nikmat di bulan ramadhan ini akan pergi. Saya pasti akan merindui ramadhan. Entah bisa saya bertemu ramadhan akan datang atu tidak.

Dalam bulan ramadhan ini terdapat tiga fasa. Fasa pertama adalah 10 hari awal ramadhan yang di dalamnya mempunyai rahmat dari Allah swt. Fasa kedua adalah 10 hari di pertengahan bulan ramadhan yang terdapat didalamnya keampunan dan yang terakhir adalah fasa ke 3 iaitu 10 hari terakhir bulan ramdhan yang mana di dalamnya terdapat malam lailatul qadar. Malam yang dinyatakan bersamaan dengan 1000 bulan.

Mari kita tengok serba sedikit kelebihan orang-orang yang melakukan solat teraweh pada 10 malam terakhir.


Malam 21: Allah akan binakan baginya sebuah istana di dalam syurga yang terpaut daripada Nur.


Malam 22: Pada hari kiamat akan aman dari tiap-tiap duka cita dan kerisauan. [seperti yang kita maklum, di padang Masyar keadaannya adalah huru hara dan kita dalam ketakutan]


Malam 23: Allah swt membinakan sebuah bandar di dalam syurga daripada Nur. [subhanallah, tadi Allah bagi istana dari nur dan sekarang bandar.. syangnya ALLAH pada kita, tapi adakah kita bersyukur?]


Malam 24: Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih .[ elok sekali berdoa ketika sujud]


Malam 25: Allah taala hindari dirinya dari seksa kubur.


Malam 26: Allah kurniakan pahala bagi mereka yang bertarawih pada malam ini seumpama 40
tahun ibadat.


Malam 27: Allah memberi ketangkassan melintas titian siratul mustaqim seperti kilat yang menyambar.


Malam 28: Allah swt mengurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.


Malam 29: Allah swt mengurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.


Malam 30: kurniaan Allah paling istimewa iaitu

“hai hambaKu, makan lah segala jenis buah-buahan yang engkau inginkan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama salsabiila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad saw bernama al-Khauthar”

[sumber: Solat Tarawih, Hj. Abu Nafisah, terbitan pustaka al-Shafa, KL]


Banyak sangat bonus yang Allah bagi pada kita pada bulan Ramadhan kareem ini. Bonusnya lebih besar dari bonus hujung tahun atau bonus hari raya duniawi. Tapi berapa ramai yang mengejar bonus akhirat ini? Masing-masing sibuk nak mendapat bonus hari raya sebab boleh tambah baju raya dan kuih raya. Bukan salah tapi berpadalah. Jangan sampai ada sikap riak pada diri kita diatas rezeki yang ALLAH bagi. Riak ni salah satu syirik khafi. Segeralah beristigfar jika terlintas di hati kita untuk menunjuk-nunjuk rezeki yang Allah bagi. Ingatlah, kita ni tiada apa dan semua yang ada pada kita adalah milik Allah swt.

Segala kesilapan harap diperbetulkan.... wallahualam....

No comments:

Post a Comment