Friday 17 September 2010

Manusia mudah lupa bila senang~

Salam sahabat semua...
Tidak terlewat rasanya untuk mengucapkan salam eidul fitri. Kali ini saya beraya dengan keluarga mertua. Pertama kali saya beraya sebagai seorang isteri, menantu dan bakal mummy. Tapi sedih saya masih ada juga dalam kegembiraan meraikan hari raya kali ini. Bukan kerana berjauhan dari keluarga sendiri dan perkara ini tidak berlaku kerana suami saya bijak memainkan peranan sebagai penghibur.

Tapi sedih saya disebabkan oleh sikap segelintir masyarakat. ye entry kali ni seperti melepaskan rasa tidak puas hati saya pada tindakan segelintir manusia yang berperasaan. Mereka tidak menghormati perasaan orang lain walhal mereka juga berperasaan.

KES 1
Seorang wanita kaya datang beraya ke rumah mak mertua. Tetiba dia terpekik terlolong macam kena sawan. Saya jadi pelik dan apabila saya melihat gelagatnya, dia sedang memarahi pembantu rumahnya. Nampak biasa apabila maid dimarahi kan?? Tapi apa yang buat saya meluat dan rasa sedih cara dia memarahi maidnya tadi.

Pertama, wanita itu telah menjatuhkan airmuka insan lain. Dia memarahi pembantu rumahnya dikhalayak ramai. Ummi saya ajar, kalau nak marah orang di depan khalayak ramai jangan bagi orang lain taw yang kita sedang marah padanya ataupun bawa insan yang kita nak marah tu ditempat yang tiada orang lain dan baru la nak marah..

Kedua, dia marah dan memekik dirumah orang lain, bukan rumahnya. Apa dia tidak sedar adab2 mengunjugi rumah orang??? Kalau pun dia seorang yang terhormat kerana harta, sepatutnya dia sedar bahawa hartanya adalah kurniaan ALLAH. Bila2 ALLAH boleh ambil balik. Dan cuba letak dirinya pada keadaan orang yang dia marah. Bagi saya, wanita ini sangat ego dan bongkak!

KES 2
Seorang anak meminta susu botol dari ibunya. Sang ibu sedang asyik menonton tv. Biasalah cerita Arwah Sosilawati. Dia menengking anak tadi. Anak yang haus tu menangis. Semakin kuat dan kuat. Sang ibu terus marah dan mencubit anaknya dengan begitu rakus.

Apa yang anda nampak salah pada anak itu sampai ia perlu dicubit??

Salahnya saya lihat pada si ibu yang langsung tidak bertanggungjawab. Penting sangatkah berita kematian orang yang bukan darah daging nak dibandingkan anak kandung sendiri yang kehausan???

Sebagai ibu, saya rasa dia perlu memenuhi kehendak keluarganya dahulu. Seorang ibu tak akan sanggup melihat anaknya susah, sedih apatah lagi kehausan. Seorang ibu akan terpahat dalam hatinya, mindanya dan sanubarinya "family first". Tanya ibu sahabat semua, apa yang menjadi keutamaannya.

Seriusly, ummi saya tidak mendidik saya seperti ini. Saya menjadi shock sebab berada di dalam situasi dimana perasaan dibelakang dan duit, side needed diutamakan. Suami kata dia sudah biasa dengan perangai jelek keluarga terbabit. Harap2 dijauhkan dari keluarga yang bakal saya dan sahabat bina...

boleh rujuk entry saya dulu tentang amarah :http://nurafinahumaira.blogspot.com/2009/05/marahnafsu-paling-jahat.html

1 comment:

  1. huh! tragis...memang tak bapa nak bertamadun makcik tersebut...akalnya dipengaruhi emosi, maka setan bermaharajalela..~

    ReplyDelete