Wednesday 29 July 2009

Kita sedang berjuang!!!!


salam..

Sedang semua sahabat sibuk dengan isu semasa H1N1, saya masih anggap itu isu enteng yang tak perlu di pertikaikan kewujudan wabak itu. Tetapi setelah terkena sendiri diquarantin baru saya sedar bahawa bukan saya sahaja sedang berperang tetapi ramai lagi yang sedang berperang melawan wabak ni. Memang alhamdulillah saya bukan positive H1n1 tetapi bila keadaan darurat ini sekali gus saya juga berasa takut.


Saya telefon nenek memberitahu perihal saya di sini. Tiada gusar dalam nada suaranya tetapi mungkin ada gusar di hati tuanya. Kata-kata nenek yang menyebabkan saya rasa saya sedang berperang ialah 'orang dulu kalau berperang dikenakan perintah darurat duk rumah je, tapi orang sekarang perang x da pon senapang dan bom tapi kena perintah darurat juga'. Saya akui memang kita sedang berperang dengan senjata biologikal yang sangat praktikal. Sama juga dengan senjata fizikal iaitu senjata elit Israel yang sangat praktikal. Cuma bezanya ialah senjata biologi tak memerlukan manusia bernyawa mengendalikannya, manakala senjata elit memerlukan kawalan dari jauh untuk membunuh mangsa.


Macam-macam yang di perkatakan tentang senjata biologikal ni. Sila ikuti blog seorang sahabat yang mengulas tenatang isu ini..http://kembarasimerpati.multiply.com/. Sebagai seorang Islam kita harus kuat hadapi semua dugaan ni. Mungkin ini salah satu dugaan ALLAH pada kita untuk menguji keimanan kita. Tidak dikatakan beriman seseorang itu jika dia belum diuji. ''patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanyaberkata: 'kami beriman', sedangkan mereka tidak diuji?''[al- Ankabut:2]


Sebagai seorang muslim dan yakin pada cinta ALLAh, kita harus hadapi dengan tenang. Tetapi berfikir juga cara untuk membantu mengawal dan membenteras keadaan ini. Mungkin kita tak mampu menentang sivirus yang kecil ini, tapi harus belajar menentang perasaan gusar dalam hati. Banyakkan zikrullah. Seperti yang sahabat saya nyatakan dalam status ym nya... Allah sedang berbicara kepada kita, segalanya bertunjuan untuk kita kembali kepada ALLAH....


Saya juga manusia yang tahu erti risau, tapi saya mahu jadi insan yang tahu erti perjuangan. Kita sedang berjuang....wallahualam..

No comments:

Post a Comment