Wednesday 22 July 2009

peristiwa ganjil


salam.. tengah demam dan sakit tekak ni, rasanya kena gak menyampaikan sesuatu semperna Isra'Mikraj ni.

Peristiwa ganjil yang dihadapi Rasulullah saw pada malam Isra' mikraj....
1. Bertemu jin Ifrid.
2. Menyaksikan sekelompok manusia bercucuk tanam dan mengetam pada hari yang sama mereka bercucuk tanam . Perkara ini menunjukkan orang-orang yang melakukan amal soleh.
3. semasa melintas kubur Masyitah, baginda dapat mencium bau yang sangat harum.
4. Menyaksikan sekumpulan manusia menghempas-hempas kepala mereka kepada tembok. Ini adalah contoh mereka yang malas mengerjakan solat.
5. Melihat sekumpulan manusia memakai cawat, makan buah yang berduri dan sebahagiannya makan bara yang panas. Ini adalah contoh orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat.
6. Menyaksika sekumpulan manusia berenang di dalam sungai yang penuh dengan darah dan terdapat pula orang-orang yang duduk ditebingnya membaling batu kearah mereka. Ini adalah contoh orang yang suka makan riba dan duit haram.
7. Melihat sekumpulan manusia memikul kayu yang berat, walaupun kayu itu berat mereka tetap menambah beban kayu dibahu mereka. Ini kerana mereka tidak menjalankan amanah yang telah diberikan.
8. Menyaksikan sekumpulan manusia mengunting lidah mereka sendiri. Ini menunjukkan mereka pandai berkata-kata tetapi tidak pernah melaksanakannya.
9. Melihat sekumpulan manusia mempunyai kuku tembaga dan merobek-robek mukanya dan juga dadanya sendiri. Ini adalh contoh bagi orang yang suka mengumpat, menjatuhkan aib orang lain dan menabur fitnah.
10. Menyaksikan sekumpulan manusia yang mempunyai bibir seperti unta dan mulut mereka disuapkan dengan bara. Hal ini menunjukkan mereka mengunakan harta anak yatim pada jalan yang salah.
11. Melihat seekor lembu yang keluar dari lubang yang kecil dan cuba masuk semula tetapi tidak berjaya. Hal ini menunjukkan manusia yang suka bercakap bohong, dan cuba menarik perkataannya semula tetapi tidak berjaya.
12. Berjumpa dengan pokok duri di tengah jalan. sesiapa yang melalui jalan itu akan ditarik oleh pokok berduri itu dan koyak la pakaian mereka. Hal ini menunjukkan mereka yang suka membuat kacau dilaluan awam.

wallahualam

No comments:

Post a Comment