Monday 10 August 2009

Kata-kata untuk 'dia'....


Saya dedikasikan kata-kata ini kepada dia yang belum saya kenali isi hatinya. Biiznillah akan menjadi pelengkap hidup saya. Siapa dia?? Jodoh itu rahsia ALLAH.... Semoga bersiap sedialah 'dia' hendaknya untuk memiliki hati saya

Untukmu yang bakal menemani hidupku....

Aku bukan mahu menetapkan syarat dalam setiap perkerjaan yang baik,

Tapi sekadar mengharapkan agar impian menjadi nyata,

kerana setiap detik dalam hidup adalah sangat berharga.

ku nyatakan hatiku terbuka menerima dirimu,

aku mahu menjadi perhiasan terindahmu dan harta teragungmu,

aku mahu menjadi seperti Aisyah yang setia pada suaminya,

aku mahu menemani mu dalam setiap langkah perjuangan demi meraih keredhaanNya,

seperti teguh Siti Khadijah menemani langkah suaminya,

aku juga mengharapkan dirimu menjadikan hanya aku dihatimu,

setelah Allah swt dan Rasulullah saw.

Aku tidak mengharap harta bernimbun,

Aku tidak mengharap sebuah rumah berbumbungkan kemewahan,

Yang kuharapkan hanya kesederhanaan, cukup sekadar keselesaan.

Apa gunanya sebuah rumah mempunyai berpuluh bilik tetapi tidak mempunyai satu pun bilik solat,

Apa gunanya ruangan yang besar sedang hati isinya sempit dah gelap,

Apa gunanya permaidani indah sedangkan tiada selembar sejadah.

Untukmu bakal penghias hidupku,

Aku cuma mahu sebuah keluarga dimana setiap hati isinya mempunyai iman, islam dan ihsan;

Aku cuma mahu setiap ruang rumah tanggaku dihiasi oleh akhlak karimah,

Aku cuma mahu isi keluarga ku kaya dengan amal dan sedekah.

Aku mahu semua itu kerana satu....

kerana aku mahu kau menjadi wildan ku,

dan aku juga menjadi ainul mardiah mu di akhirat nanti..

Ku simpan rasa cinta setelah ALLAH dan RASULku untuk kau, bakal suamiku......

UM 1051pm 100809


p/s saya ni tak reti nak menyusun kata. Tapi ini lah yang saya luahkan dari hati saya. Saya mahu impian mempunyai sebuah keluarga yang mengamalkan Islam termakbul.. Keluarga yang setiap isinya mencintai ALLAH dan RASUL, keluarga yang mempunyai cita-cita mati syahid dan hidup berlandaskan Al-Quran dan Hadis... semoga impian ini tercapai...amin

1 comment:

  1. Allah hu Akbar, hebatnya sajak ini, sangat mengusik jiwaku, Ana doakan semuga nurafina mendapat segala yang diimpikan, namun sekiranya enti tidak dikurniakan impian tersebut, yakinlah bahawa ada yang lebih baik yang sedang menantimu, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui sedang kita tak satu pun mengetahuinya.

    pesanan penaja: jaga diri molek, semuga tenang dan sabar menghadapi segalanya. selamat menempuhinya!

    ReplyDelete