Tuesday 1 September 2009

la Tahzan nurafina!!!!


Salam sahabat..
Sejak dua tiga menjak ni perasaan dalam keadaan yang sangat kecamuk. Remuk rendam dan hancur lebur. Nasib masih ada ALLAH di hati. Kalau tidak mahu sahaja hilang pedoman hidup. Berat dan perit hidup semakin terasa.

Appreciate?


Bila kita sudah kehilangan sesuatu itu lah baru kita tahu nak menghargai. Tapi bagaimana kita cuba bertahan untuk dihargai? Bukan kah itu lebih memeritkan dari kehilangan? Maap sahabat, keserabutan ini di khususkan pula di dalam blog yang diam ini.....

Ya ALLAH,


La tahzan nur afina humaira. Kekuatan masih berbaki dan sokongan telah diterima dari sahabat-sahabat yang sangat memahami dan cuba menenteramkan hati yang gudah. Menghabiskan masa bersama berjam-jam. Hangat persahabat terasa dalam dinginnya malam....


Kenapa nur di uji????


Soalan bodoh dari seorang yang tidak paham!!! Kalau tidak diuji, sudah cukup ke kita digelar orang yang beriman?? Jangan rasa diri itu terlalu suci sampai tidak sepatutnya di uji... “kadang-kadang Allah bagi kita mendung, hujan dan petir. Kita bertanya mana matahari. Rupa-rupanya Dia nak bagi kita pelangi yang indah’.


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;

"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? (2) Dan sesungguhnya
kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya
Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia
mengetahui orang-orang yang dusta. (3)"
Surah Al-Ankabut : 2-3

“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga,

padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah
berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa
kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh
ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman
yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah.....”
Surah Al-Baqarah : 214

Apa nur boleh buat???

Nur! Sabar lah sayang!!!!!! Tetapkan hati... sabar S.A.B.A.R....


“ Dan Allah bersama orang-orang yang sabar”.

Surah Al-Baqarah : 249

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di
daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya,
kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
Surah Al-Imran : 200

Siapa bersama saya????
ALLah dengan Nur sayang....

“.....Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu

bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).”
Surah Al-Baqarah : 214

Ya ALLAH.. kuatkan hati hambaMu ini....
Wallahualam.......

2 comments:

  1. Salam nur..sabarlah sayang..nur kene kuat..orang yang zalim tidak akan dapat perlindungan dari Allah dan org yang dizalimi akan dibela oleh Allah jika dia benar2 bersabar nur..Tanda Allah berinteraksi secara direct dgn seseorang ialah dijadikan dunia itu mengkhianatinya supaya manusia itu hanya bergantung pada Allah sahaja..tempat cintanya diserah..

    dekatkan diri kpd Allah nur..
    Nur ada Allah..
    nur ada umi dan sahabat2 yang lain..

    ReplyDelete
  2. Setiap manusia itu sifatnya berbeza, apatah lagi sikapnya apin...

    Semuga bertemu mujahid yang dikau cari dan kau rela dengan perjuangannya..

    Ya Allah berilah ketabahan kepada saudaraku ini.

    ReplyDelete