Monday 28 September 2009

salam syawal....

Rasanya saya tidak terlewat lagi untuk mengucapkan selamat Hari raya dan saya mohon maaf jika ada salah dan silap pada kawan-kawan, adik-adik, ummi walid & mak, mak cik pakcik dan seluruh warga dunia. Saya harap ada sinar baru untuk saya dibulan syawal ini. Segala kesilapan lalu semoga dapat dilupakan dan dimulakan dengan permulaan yang baik dari awal hingga akhirnya. Semoga kekhilafan dulu dikuburkan dalam kerak bumi paling dalam dan lebur didalamnya. HArapan agar tiada dendam di hati setiap insan yang mengenali hamba yang hina ini.

Sepanjang ramadhan saya panjatkan doa pada ALLAH, tuhan yang maha kuasa yang tiada tara tandingnya. Saya mengantungkan diri sepenuhnya pada ALLAH dengan segala kudrat yang terbatas ini memohon dan terus memohon. Semoga segala doa dan permintaan saya termakbul... ameen... Semoga masih ada ruang, peluang dan kesempatan untuk saya bertemu ramadhan akan datang.

p/s Terlalu rindu ramadhan yang terlalu pantas pergi. Hati masih cuba menerima bahawa ramadhan sudah pergi.... =(

2 comments:

  1. selamat hari raya aidilfitri
    maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  2. Wslm,nur... Berdoalah semuga kita bakal bertemunya kembali. Kita semua sedang merinduinya...

    berpuasa dengan sebaiknya adalah seperti puasa nabi daud, selang sehari....

    selamat menjalankan ibadah, semuga pahala puasa itu menjadi pembela kita kelak bila berhadapan dengan maha pencipta disamping ibadah wajib dan amalan sunat yang lain,,

    sabar... itulah yang sebaiknya. Allah sentiasa bersama dengan hambaNya yang sabar.. insyaAllah

    wallahu'alam

    ReplyDelete