Thursday 22 October 2009

untuk adik-adik kakpin...i love u very much


salam Sedihnya hari ni....
Untuk adik-adikku...
Adakah dikau tahu betapa risaunya hati ini? Adakah dikau mengerti cinta hati ini? Adik, kenapa sukar untuk seorang akak seperti aku ini meluahkan apa yang aku rasa, apa yang aku alami dan apa yang aku fikirkan hanya untuk kesedaran bersama? Adik-adikku, tahukah dikau cinta dan cita-cita ku untuk kita??
Adik,
Tahukah kau kenapa kakak mu ni marah? Tahu kah kau kenapa nasihat semakin banyak dijelaskan? Sedang telinga adik semakin pekak dilindungi perisai cinta duniawi. Adik, kenapa tidak mampu aku melihat setitis harapan dijiwamu untuk kita merasa kebahagian akhirat lebih dari dunia untuk kita? Bila mana aku mahu kita bercerita dibawah fikrah yang sama, dibawah halaqah Islamiah sambil dipayungi cinta Illahi. Cinta yang membuatkan kita tidak fikir lagi derita dunia. Menjadikan kita kuat berkumpul, bersatu dan membina kubu mempertahankan jiwa dari fatamorgana dunia.
Adik,
Kenapa adikku tidak mahu melihat diriku diakhirat nanti? Sedang kita tahu mati itu pasti, biar terpisah nyawa dari badan, kakak mu ini tidak gentar. Kakakmu ini yakin bahawa cinta kita bersatu di sana. Di negeri kekal abadi. Dimana aku dan dikau akan berlari-lari gembira dibawah pohon-pohon syurga. Menikmati keindahan telaga kauthar. Itu cita-citaku. Aku harapkan cita dikau juga....
Adik,
Tak terniat sedikit pun dihati kakak mu ini melukakan hati mu. Tak terlintas sama sekali menyiksa hidup mu. Cuma aku mahu kau bersyukur atas kesederhanaan yang ALLAH beri pada kita. Apa yang dikejarkan sangat dengan dunia fana ini??? Apa setiap inci dalam dunia ini milik kita? Jangan kau berangan untuk menongkat langit, itu bukan milik kita, ini juga bukan milik kita. Kita tidak punyai apa-apa didunia ini. Kau juga bukan milik aku dan aku juga bukan milik mu. Tapi kita adalah pemilih hati yang penuh cinta. Cinta yang membawa kita sentiasa seperti termiliki.
Adik,
Aku menasihatimu bukan mahu mengatakan engkau salah dan aku benar. Aku hanya mahu kau dilandasan kesederhanaan. Aku mahu kau berasa syukur dan tenang atas setiap nikmat ALLAH. Pengalaman aku dan kau yang kita lalui bersama sangat memberi pengajaran. Jangan kau masuk ke lembah yang sudah kau tahu kedalaman jurang nya. Aku tidak hebat untuk menjadi contoh terbaik. Tetapi aku sedar ini sahaja yang mampu aku buat untuk terus bersamamu sampai syurga. Tegurlah aku jika aku juga terkhilaf.
Adik,
Dalam doa malamku, dalam setiap ceruk hati kakakmu ini ada satu doa yang semuanya untuk kalian. Doaku satu dan hanya satu. Ya ALLAH, jika kau mahu matikan aku, berilah aku peluang untuk merasakan sakinah, rahmah dan cintaMu dalam keluarga ku. Ya ALLAh sebelum aku mati, biarlah aku dapat melihat 5 orang muslimah sejati yang cintanya sama, iaitu menyintai akhiratMU....menyintaiMu. Bukakanlah semua pintu hidayahMu untuk kami. aku mengharapkan hidayah MU.........

2 comments:

  1. sabarlah duhai sahabatku..insyaallah..sampai masanya Allah akan perkenankan doamu..masanya akan tiba nanti..yakinlah..

    cuma Allah mahu kamu sabar dan ikhlas..maka sabarlah..dan ikhlaslah..

    ReplyDelete
  2. Salam saudaraku, apin (hakikatnya aku tak suka panggilmu begitu)...

    Aku yakin satu saat doa kau akan dimakbuli Allah. Dia sentiasa mendengar rintihanmu, hanya masa yang bisa menentukan segalaNya... Sabar dan redhalah dengan setiap ketentuan yang Allah berikan untuk mu... Doakan untukku juga...

    Semuga Allah memberi sakinah yang kau cari... sekalipun bukan didunia, aku yakin diakhirat itu pasti, berdoalah!

    wallahu'alam

    ReplyDelete