Saturday 30 January 2010

qaseh.....Kasihnya pada ALLAH

Qaseh,
sahabat jiwa kental. Melawan gelodak syaitan dan nafsu dalam diri. Lemah lembut tetapi tegas disebaliknya. Jika tidak maka tidak baginya. Jika benar, benarlah juga dia. Tapi bukan benar yang tuli. Benarnya bertempat. Tempat benarnya hanya sunnah dan AL-Quran.

Qaseh,
Dia bercinta, selalu bercinta. Dia berkasih, selalu berkasih. Tapi kasihnya tumpah bukan pada jiwa insani tetapi pada pencipta jiwa-jiwa. Bersamanya, tiada kata tidak untuk ibadah, tiada kata berhenti dari zikir. Dia seharum mawar yang mekar, merah tetapi berduri. Mudah dihampiri, tetapi jangan sampai teluka jari...

Qaseh,
Kau ajarkan ku cinta, cinta pada Dia. Pagimu dini hari, bersama jiwa mu melawan nafsu untuk terus bertahajjud. Menyemai cinta bersama Dia. Aku? Pastinya kau tujukan ruang untuk menyulam cinta bersama. Sebelum pergi menuntut ilmu, pasti dhuha kita bersama, agar dipermudah urusan sehari. Apabila matahari semakin jinak, halaqah kita seiring kicauan burung yang mahu pulang kesarang. Basah mindaku, basah mindamu dengan tarbiah dalam halaqah. Biarpun hanya dua jiwa.

Qaseh,
Tika hari berganti, tika matahari sudah pergi dan bulan sedia menganti, alunan ayat-ayat cinta dari Quran pasti bergema. Suara kau dan aku bersatu. Kau seperti seorang guru, membetulkan tajwid ku dan sebutanku... Putaran nya sama setiap hari. Tapi tidak pula aku jemu bersamamu menyemai cinta sang Pencipta. Malah makin rindu aku pada Dia.

Qaseh adalah sahabat saya yang sangat disiplin dalam ibadah. Nick namenya Qaseh, bukan saya tak mahu letak namanya yang betul. Tapi sebetulnya saya tahu dia tidak suka dikenali takut riak, itu selalu dia takutkan. Walaupun sibuk dengan urusan dunia, tetapi bekalan akhirat tidak dilupa. ini adalah draf jadual kami ketika bersamanya menuntut ilmu. Semoga boleh dicontohi pembaca budiman. (sekarang macam makin tak ikut jadual....kalau Qaseh tahu mesti dia akan kecewa...sori qaseh)

1/3 malam -bangun pagi sekurang-kuranya 1jam sebelum subuh
-bertahajjud
- berhalaqah atau mendengar zikir atau membaca Al-Quran sebelum masuk waktu subuh
Subuh -solat subuh (kebiasaannya akan berjamaah)
-membaca mathurat
-berhalaqah sehingga jam 7pagi
9 pagi- 10 pagi - solat sunat dhuha
Zuhur - solat zuhur (jika tiada halangan akan berjamaah bersama)
Asar - solat asar (berjamaah jika tiada halangan)
-membaca mathurat
-halaqah (jika tiada halaqah sewaktu subuh)
Maghrib - solat maghrib (berjamaah jika tiada kekangan)
-membaca ayat suci al-Quran dan memperbetulkan bacaan bersama
- atau membaca yassin (jika tiada kekangan)
-bersoal jawap tentang agama dan umat sementara menunggu waktu isya’
Isya’ -solat isya’(berjamaah bersama jika tiada urusan)
- membaca almulk sebelum tidur

p/s
Saya akan mencemburui dia jika saya rasa kurang bertemu Kekasih kami. kami berlumba-lumba mencari cintaNYA. Cemburu kami bertempat. Saya gembira bersamanya. Tapi sekarang haluan kami berbeza tapi tarbiah yang pernah kami lalui tetap sama. Semoga dapat menjadi panduan. Nampak jadual macam terlalu ketat. Tetapi sebenarnya terlalu nikmat. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment