Tuesday 13 April 2010

peminta sedekah atau mengambil kesempatan????

salam...
Dalam kesempitan waktu, saya ingin juga menulis.
Hmmm tak ada idea... Tapi mahu menulis juga. Tentang kehidupan manusia yang saya lihat sekarang. Macam-macam ragam..

Saya makan di MCD Klang selepas menempah baju disebuah butik pakaian. Datang seorang kanak-kanak dalam usia 9 ke 10 tahun. "akak, mahu duit, tak makan lagi," saya pandang dia. Saya tanya.
" siapa suruh adik mintak duit orang??",..
" mak saya..." balasnya. Muka nya seperti pelarian UNICEF yang saya tahu telah mendapat perlindungan oleh kerajaan Malaysia.
" suruh la mak awak cari kerja. kesian awak kena minta kat orang." saya membebel. Dia terus pergi sambil menjeling..
Saya terus perhatikan dia. Dia mencari orang lain untuk meminta sedekah. Pakaianya baju kurung dan bertudung. Saya terdetik dihati, susah sangat ke mereka mahu mendapatkan kerja sebagai tukang sapu? sedangkan PATI mudah mendapatkan kerja walaupun tidak berpermit???
Mungkin lebih mudah mendapatkan duit dengan meminta sedekah.

Ketika dalam bus pulang ke Negeri Sembilan, seorang yang ala-ala mamak naik kedalam bus dan memberikan sticker yang tercatat surah dalam alquran.
" assalammualaikum".... itu tegurannya pada saya sambil meLEMPARkan sticker. Setelah selesai dia berikan semua stickernya, dia patah balik dan meminta duit atas stickernya. Saya fikir dia mahu bagi free aja kepada saya dan semua orang. Dia pandang saya dan cakap..
" duit??"
" kenapa nak duit???" saya tanya.
" saya jual sticker tadi," balasnya.
" saya tak beli. awak yang campakkan pada saya. belum ada persetujuan dari saya nak beli sticker awak," dia diam dan pandang saya.
" ambil balik sticker awak. Ini bukan cara terbaik.." balas saya
Saya rasa dia mengunakan ISLAM untuk berdangang dengan cara tidak sopan. Sungguh saya sangat marah. seperti kanak-kanak tadi, membawa ciri-ciri Islam. Sengaja mencari belas pada orang lain.

Islam mengalakkan kita berusaha. ALLAH dah berfirman ALLAH tidak akan merubah nasib hambanya melainkan hambanya berusaha untuk berubah. tapi tengok la usaha yang macam mana...

Saya terkilan, ISLAM disalah gunakan. Contohnya dikedai-kedai mamak... Terpampang ayat suci al_quran tapi bila ditanya pekerjanya, mereka bukan muslim. Mereka mempergunakan agama kita.

saya geram dan tak tahu apa yang harus saya buat..... blurrrr

No comments:

Post a Comment