Sunday 1 August 2010

petir.... dan hp


salam
Satu ari tu, saya mengajar darjah 6.. Saya tertarik dengan seorang pelajar. Maybe, dia bernama SYED DANIAL AL-IDRUS, seangkatan dengan keluarga saya cuma berlainan AL-. Ahh.... itu x penting pun.. Apa yang saya nk sampaikan lebih penting dari itu..

Saya tanya dengan dia tentang family background dia. Umi dia juga SHARIFAH al-ATTAS. dan sampai kepada cerita tentang bapa dia, dia macam berat hendak bercerita. ayat pertamanya:

"saya dah tak ada ayah," dia tunduk.. Owh.. saya salah ke tanya tentang family dia.. Saya dah buat dia sedih..

"sorry SYED, teacher x maksud nak buat awak sedih," saya minta maaf la. Dah saya rasa saya salah kan...

"hahahahha, teacher ni... dah lama la ayah saya tak ada. Saya ok la," dia angkat kepala dan pandang saya. Dia senyum dan saya sangat lega.

"may i ask u somthing?" pinta saya, bimbang dia dah tidak mahu bercerita.

" Banyak pun tak ape teacher," bagus dia dah selesa bercerita.

"Kalau tak keberatan la, teacher nk tahu sebab ayah awak meninggal," tanya saya sambil menyusun ayat.

"owh, dia meninggal sbb kne panah petir. Teacher nk saya cerita ke macam mana?" saya angguk..

" Ayah saya masa tu kat bazar ramadhan, Bulan puasa. Dia call mak saya, tny nk berbuka apa. Masa dia call tu tengah hujan. Ada kilat. tak tahu kenapa dia nk call mak saya sedangkan mak saya dekat situ je. Kira boleh jalan la pergi ke mak saya. Pastu ada bunyi kuat dan ayah saya kena sambar," owh sedihnya.. dah la bulan ramadhan. Raya mesti lg sedih.. tapi saya tak luahkannya.

" Teacher, kne bagi taw orang jangan guna HP masa hujan, nanti kilat tangkap kat gelombang handfon tu. Kat stesen minyak pun jangan guna fon.. Nanti kena sambar jugak. kalau boleh off je dulu hp tu," saya angguk. Memang betul cakap budak ni.. Tak boleh di sangkal..

SO, awak dah baca kan semuanya... Awak tahu apa yang saya nk sampaikan kan?? renungkan la..

1 comment:

  1. sedihnya cter budak tu..tp tu la kan..ajal ayahnya dah smpai.

    ape2 pun, kita yg msih hidup perlu ambil iktibar dr kisah di atas.

    jazakillahu khairan katsira ya ukhti atas perkongsian yg bermanfaat ini=P

    ReplyDelete