Sunday 3 May 2009

Mus'ab 'Umair

Seorang pemuda yang kacak dan anak tunggal dari keluarga hartawan, Mus'ab 'Umair namanya - ia yakin dengan ajaran Muhammad S.A.W. dan terus memeluk Islam sebagai agamanya, sehingga akhir hayatnya. Setelah ibunya mengetahui bahawa Mus'ab mengikut ajaran Muhammad S.A.W, maka ia mengugut tidak akan memberi harta warisan kepada Mus'ab, seandainya ia tidak mahu kembali kepada agama nenek moyangnya. Mus'ab sudah bulat keimanannya, demikianlah hasil didikan Rasulullah S.A.W. terhadapnya ia terus beriman dengan ajaran Muhammad S.A.W.
"Aku memilih ajaran Muhammad dari memilih harta kekayaan".

Ibunya pula terus bersumpah, ia tidak mahu makan sehingga Mus'ab kembali kepada agama asalnya. Sebaliknya Mus'ab pula bersumpah
"Seandainya ibuku mempunyai 100 nyawa, dan keluar satu demi satu dari tubuhnya aku tetap dengan ajaran Muhammad SAW, aku tetap dengan kalimah LAILAHA ILLALLAH, namun aku tingalkan Islam, sekali-kali tidak".

Inilah kesan yang terus menerus dari Tarbiyah, Mus ab ketika syahid di medan Jihad, tatkala kain yang ada padanya untuk ditutupkan ke atas tubuhnya tutup kepalanya, terdedah kakinya, tutup kakinya terdedah kepalanya. Akhirnya Rasulullah S.A.W. memerintahkan bahagian kepalanya ditutup dengan kainnya dan bahagian kakinya ditutup dengan daun kayu. Demikianlah Mus'ab sanggup meninggalkan kesenangan dan kekayaan, dan rela mengorbankan dan menjual dirinya kepada Islam… semoga syurga firdaus ganjaranya.

1 comment:

  1. wah... sahabat nabi saw. yang shahid di medan uhud!

    semoga sahabat rad. menjadi contoh tauladan ummat Islam kini...

    ReplyDelete