Tuesday 5 May 2009

Rindu kepangkal Jalan jangan dihalang......


salam Sabahat di sini tengah boring-boring ni teragak nak menhuraikan persepsi orang tentang perubahan. Macam-macam perubahan yang berlaku sejak kita kecil sampai besar. Kalau dunia ini boleh berubah, inikan pula manusia. Apa salahnya pada perubahan? Perubahan kearah yang tidak baik, pastinya salah dan vice versa. Tapi yang menjadi masalahnya jika berubah kepada kebaikan juga pasti dikatakan orang." Sipulan tu sekarang nampak je baik tapi dulu dia tu kaki betina. Minah ni jaga aurat tapi dia bukan nya baik sangat, dulu pernah mengendeng dengan jantan. Ali tu tolong bapak dia sebab nak dapat harta bapak dia. Sipulan tu dulu itu dan ini, begitu dan begini". Hairan saya kepada perkara dulu-dulu masih di cerita dan diberitakan? Paling tidak beri la sokongan dan jangan dikenang kejahatan masa lampau. Sepatutnya kita sebagai sahabat, walaupun perubahan tu bukan dari kita, beri la mereka sokongan.

Contohnya penagih dadah yang sudah kembali kepangkal jalan. Masyarakat masih menghina dan mengeji. "aloh, dulu dia tu mat pit". Itu dulu, bagi mereka peluang. Boleh jadi mereka akan lebih baik dari kita yang kononnya sudah baik. Jadi jangan hairan la jika ramai penagih tegar, bohsia tegar dan banyak yang tegar2 lagi. Itu salah kita kerana memandang diri mereka yang hina dulu berbanding mereka yang baru.


Kita lebih specifik, kepada sahabat yang memandang perubahan seseorang dari sudut kewajipan agama pula. Contohnya, dari seorang wanita yang
free hair tapi kininya bertudung. Jangan kita samakan dia dulu dan dia sekarang. Galakkan dan beri sokongan agar dia istiqamah. Bukan menempelak "awak dulu pun macam kami ni, malah lagi teruk". Kalau mereka tak kuat? Besar kemungkinan mereka akan kembali kepada tabiat asal. Apa susah ke kita memuji seperti "makin cantik awak bertudung, tapi lagi manis jika tudung tu tidak diselempangkan" atau jika mereka menasihat balas lah dengan ayat-ayat manis, walaupun dulu dia pernah melakukan kesalahan yang sama dan lebih berat dari apa yang kita buat. Ucap la "Alhamdulillah, untung saya punya sahabat seperti awak", jangan di balas "awak pun samakan macam ni dulu? jangan nak belagak alim sangat la". Kalau mereka sudah bertaubat, mengapa harus diingatkan lagi perbuatan lampau?

Peraturan Allah tidak berubah mengikut tempat dan keadaan. Semua sama. Jika di Kalimantan zina itu haram, maka haram juga dia Pakistan dan seluruh dunia. Hukum mungkin berubah mengikut tempat, keadaan dan sebagainya. Contoh hukum makhruh yang bila selalu dilakukan boleh menjadi haram dan yang harus boleh menjadi wajib. [ini pengajian ketika mengambil kursus kahwin dalam bab ibadah]. Jadi di sini jika sahabat kita melakukan kebaikan jangan la di kata mereka. Selagi perbuatanya tidak salah dan dimurkai ALLAH.

Tapi ada pulak yang sengaja menidakkan peraturan. Contohnya bertudung "aku tak nak bertudung sebab aku panas nanti berpeluh". Kalau dah hukumnya wajib maka tiada siapa boleh kata tidak. "aku tak solat sebab aku seharian bekerja". Kalau sudah rukun islam pastinya wajib. Paling saya tak berkenan bila ada yang kata "alah kita ni buat baik pun belum tentu masuk syurga, tutup aurat pun buat apa". Sekurang-kurangnya mereka masih ada peluang mendapat keredha ALLAh kerana cuba menjaga aurat, kalau nak dibandingkan mereka yang terang-terangan tidak mahu menutup aurat. Bukan kah kita hidup ini mahu mencari keredhaan ALLAH, dan bukannya ingin pahala dan masuk syurga semat-mata. Dengan ibadah itu juga menunjuk kan kita bersyukur atas nikmat ALLAH pada kita.


Jadi jangan mengata mereka yang cuba mencari redha ALLAH maksud saya berubah kearah kebaikan. Mari kita sama-sama menyokong mereka yang mahu berubah lebih baik dan mungkin akan jadi lebih baik dari kita. Semoga hidayah ALLAH menjadi milik kita juga nanti....wallahualam

No comments:

Post a Comment