Monday 20 July 2009

Pengajaran di sebalik sakit


salam sahabat semua...
Dua minggu berturut-turut saya pulang ke rumah setiap hujung minggu. Penat sangat rasanya mengharungi perjalan. Tapi sementara ekonomi saya belum gawat, perlu rasanya saya pulang untuk menunaikan tanggungjawap sebagai seorang anak. Seperti sebelumnya, walid pasti telefon bertanya bila mahu pulang. Seperti ada gusar di hati tuanya tentang saya yang sudah berbulan tidak pulang walhal rumah saya dekat je dengan TM ni.

Tapi natijah bila saya pulang ialah saya tidak dapat menunaikan tanggungjawap sebagai pelajar dengan sempurna. Minggu pertama pulang saya terpaksa ambil pre-test Quantum Mekanik awal dan terlepas meeting halaqah pertama. Minggu kedua, saya tidak dapat hadir sekali lagi ke meeting halaqah ke-2 dan saya terpaksa mulakan sesi taaruf untuk anak buah agak lambat.

Pulang ke Tanjung malim semula dengan bebanan tugas yang tertunda menyebabkan saya jadi sibuk lebih dari biasa. Tapi ujian datang bermula dengan sakit tekak yang semakin perit ke pada bendalir hidung yang smakin menyesakkan. kadang-kanang bersin yang lose control menyebabkan serebrum saya macam mengalami gempa bumi. Demam......huhuuuu.

Tapi saya tak kisah hal-hal ini, saya tahu Allah sedang berbicara kepada saya. Membuatkan saya bermuhasabah diri memikirkan tentang apa yang pernah sahabat saya beritahu dulu tentang sakit dan demam adalah kifarat dari dosa yang telah kita lakukan.

Saya rasa masih mampu ke kelas sebab bukan teruk sangat. Tapi, apabila samapi di kelas dan sesi pembelajaran bermula, saya mengalami bersih yang sangat tak boleh dikawal. Hehehehhe nonstop bersin je. Ini lah ujian untuk saya sebagai hamba. Hamba memang patut diuji dan semuanya bukan hak kita tetapi hak ynag mencipta kita. Jangan kita bangga dengan semua yang bukan milik kita. Harta, ilmu dan semua nikmat yang kita dapat bukan hak kita. Jadi, jangan bersunggut jika ALlah menguji kita dengan kesakitan dan kehilangan. Sedih atas sesuatu musibah adalah normal kerana kita manusia biasa, tetapi yang menjadikan tidak normal apa bila kita mempersoalkan kenapa kita di timpa musibah dan apa kesalahan kita.

''patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanyaberkata: 'kami beriman', sedangkan mereka tidak diuji?''[al- Ankabut:2]

Bila di renung ayat di atas, terfikir juga bahawa kita sebagai hamba layak diuji supaya kita terjaga dari kekhilafan dan segera kembali kelandasan. Bagi saya, kesakitan dan demam ini membuatkan saya terfikir dan berfikir tentang sejauh mana keimanan saya. Saya jadi termuhasabah sendiri mengenang diriyang hina ini...

Jadi sama-sama la kita menginsafi dan saling menasihati agar kita sedar bahawa kita adalah HAMBA dan dijadikan untuk mengabdikan diri kepada Pencipta yang maha kaya dan kita telah diberi nikmat dariNya.

p/s: tegurla saya jika saya terlupa....salam

2 comments:

  1. salam...semoga dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
  2. salam nur..umi dtg umh nur tadi..tapi,nur takde..nur tido umah kat yana ye?mcmne demam..teruk lagi??nur banyakkan sabar ye..klu nur perlukan umi..nur brthu aje..nur jga diri baik2..ya Allah ya Tuhanku..sihatkanlah sahabatku ya Allah..kuatkanlah dia ya Tuhanku..

    ReplyDelete