Saturday 14 November 2009

cinta warga emas


Salam...

Sudah dua hari habis exam... alhamdulillah walaupun agak sukar menjawap soalan final kali ni, saya masih mampu menghadapinya. Macam2 yang saya hadapi sepanjang 2 3 minggu ni mengajar saya menjadi seorang yang matang dalam menjalani kehidupan. Saya yakin setiap ujian ALLAH itu pasti ada yang manis diakhirnya.

Saya sebenarnya kurang arif mahu bercerita soal cinta warga emas, tapi itu yang saya nak tampilkan. Mungkin juga boleh menjadi pengajaran kepada sahabat yang sedang enak dibuai cinta kepada yang belum halal untuk sahabat cintai sepenuh hati. [peringatan untuk diri sendiri jugak!]

Cinta warga emas nampak seperti pelik kan? Si suami menderita sakit jantung yang si isteri terlantar sakit. Tapi yang saya nampak masing2 sama menguruskan antara satu dengan lain. Penuh rasa cinta dan kasih. Walhal keduanya tidak mampu lagi berjalan di taman bunga, memetik bunga diwaktu petang, pergi tengok wayang atau dengan bahasa mudahnya memberi layanan yang terbaik untuk pasangan..

Anak muda sibuk bergaduh urusan kenapa tidak telefon, kenapa tidak sms tetapi yang tua pula sibuk bergaduh siapa yang mati dulu. Masing2 pilih nak mati dulu, tak mahu melihat orang tersayang menderita ketika malaikat mencabut nyawa. Masing-masing sibuk menjaga kesihatan pasangan, walhal diri sendiri terabai. Contohnya atok ayah dan arwah atok mak. Saling ingatkan antara satu sama lain ketika arwah masih ada. Saya ingat lagi sebelum keluar rumah atok ayah akan pesan :
“mah...ooo mah. Ubat awak dah bawak? Kang dah jauh den maleh nak pusing-pusing laie”
“mah, dah bawak. Abang tu dah bawak ke ubat awak tu. Kang dia yang lupa”, balas arwah atok mak. Atok ayah memang macam tu. Dia akan pastikan atok mak bawak ubat tapi dia sendiri selalu lupa bawak ubat dia. Masa atok mak sakit, atok ayah yang jaga kat sepital, paling tak pun hari2 datang hospital tengok atok mak. Atok mak selalu suh atok ayah balik, dia tak nak susahkan atok ayah. Dia risau kalau atok ayah drive sorang2 balik nanti. Hospital Tengku Ampuan Najihah, Kuala Pilah dengan Simpang Pertang mengambil masa hampir satu jam.
“abang balik la dulu,bia apin jage mah,” suruh atok mak.
“tak po, tunggu la guard tu datang, kang den kuar la, awak tak yah pikir la pasal den, taw la den tu”, balas atok ayah.
“mah bukan ape, nanti abang balik petang, awak bukan nampak sangat,” pujuk atok mak.
“yo taw la sei tu, jgn la ekau risau, taw la den tu,” macam nak keluar dari wad je, tapi tengok, ada lagi kat situ. Macam tak nak berpisah.
Pernah ketika saya sibuk siapkan jahitan atok mak, atok ayah datang.
“atok kau mano pin?”tanya pada saya.
“entah, gi kaet kelapa kot,” balas saya. Ye la atok ayah kan orang negeri sembilan, tak sah makan tak ada lauk lemak cili api. Semua jenis sayur dan bahan basah nak dimasak lauk lemak.
“osah bonar la, den dah cakap bia den yang buek, dio kan sakit, cubo duduk ontok2 ha,” membebel la tuh... dia tak puas hati pergi belakang rumah cari atok mak.
“mah... mah... kau buek apo tu? Bia la den buek. Kau duduk yo la,” laung atok ayah.
“alah abang ni, tak boleh ke tengok mah buat kerje sikit, bia la mak ambik kelapa ni je. Bukan buat apa pun,” senyum je saya dengar... mereka mula la balas membalas cakap... bagi saya mereka sangat romantik. Ambil berat.

Selain itu, atok ayah tak boleh kalau tak keluar berdua dengan arwah atok mak. Nak pergi mane-mane memang berdua. Yelah, dah memang duduk berdua.. tapi kalau datang ziarah kerumah saya pun macam tu, tak boleh hilang dari pandangan. Mesti cari punya.
“mah...mah,”
“mah kat belakang ni,” laung atok mak yang sedang sibuk ambil keladi dengan adik saya.
“sei nak pegi pasar ni, ekau nak ikut tak?” tanya atok ayah.
“abang ni cuba la pergi sorang-sorang. Kalau tak ada mah ni tak boleh ke gaknya,” hehehehhe...
“yolah, den tanyo jo, nak marah pulak, kang den tak kaba, ekau gak mara, den kaba pun kono marah, osah lah,” elellele.. betul jugak, kalau atok ayah pergi tak ajak atok mak, atok mesti cakap:
“atok kau ni pergi mane-mane bukan nak bagi tau,” saling sayang bagi saya.

Sekarang atok mak dah tak ada. Kesian atok ayah. Masa atok mak nak pergi pun atok ayah ada cakap dengan pak ngah saya:
“sei tak buleh, sei tak buleh,” memang atok mak selalu yang uruskan atok ayah. Makan minum, simpan surat penting dan sediakan baju atok. Semoga atok ayah tabah. Pernah selepas arwah pergi kami makan cendol ramai-ramai. Balik naik van, atok ayah pusing belakang nampak ada air macam air kelapa. Dia cakap:
“mah, air kelapo bilo ni mah?” saya yang duduk di belakang pandang atok ayah tak berkelip. Dia pandang saya balik dan terus pandang depan semula, taw dia hampir nangis.

Saya kagum tengok cinta warga emas ini, cintanya sampai hujung nyawa. Inilah baru cinta sejati. Bagi saya dan sahabat [yang sudah bepunya atau solo]cuba tanya diri kita sama ada sudah sedia untuk menyayangi dan disayangi sehingga hujung nyawa. Cuba bayangkan andai tetiba pasangan kita excident hilang kecantikan/ketampanan yang kita puja2 dlu, masihkah kita cintakan dia? Jika pasangan kita disah sakit, masihkah kita mahu bertahan bersamanya? Jika pasangan kita jatuh miskin dan papa kedana, masihkah kita bersamanya? Jika pasangan kita ditakdirkan hilang keupayaan pancaidera[buta tetibe misalannya], adakah kita sanggup terima seadanya? Jangan tanya orang lain. Tanya diri. Jika tidak, anda belum sedia bercinta sampai hujung nyawa.... sebelum menerima cinta, fikirlah dahulu kemampuan kita untuk meneruskan cinta, jika hanya ketika senang dan sihat, itu bukan cinta itu nafsu... pandai2lah membezakannya ......wallahualam

1 comment:

  1. salam perkongsian yang baik nur..tapi,benar nur..susah untuk mencari cinta sejati seperti ini lagi..tapi,bagi pandangan umi sendiri..orang dulu-dulu memang begitu menjaga dalam hal rumah tangga mahupun kasih sayang suami isteri krn itu mereka bisa bersmaa hingga ke akhir hayat..

    tapi,kalau kita tengok masyarakat kita skrg..terlalu banyak kes penceraian yang berlaku..kdang2..kita yang rase sedih bila lihat mereka berpisah..

    tanpa lidah..cinta ternyata lebih terang..

    ReplyDelete