Sunday 8 November 2009

kenangan yang tidak terulang

Salam... hari ni rasa sunyi je. Rasa pelik menguasai diri. Masih buntu dan terpinga-pinga. Masih bertanya pada diri betul ke apa yang telah saya lalui hanya dalam masa seminggu ini?? Saya keliru dan merintih dengan rintihan yang tak boleh keluar dari dalam hati.


Saya baru sahaja kehilangan nenek yang sangat memahami diri saya. Dia pernah menjaga saya sewaktu kecil dulu. Saya pernah dipeluk dan dicium. Saya masih ingat lagi nenek saya yang saya panggil ‘atok mak’ yang setiap malam tidur bersamanya. Ketika itu dalam usia pra sekolah mungkin. Tidak pasti.


Setiap kali saya tidur saya akan memeluk nenek dari belakang dan kaki akan naik ke pinggul atok. Bila atok jatuh kan kaki saya, saya akan naikkan semula. Setiap malam jika saya rindukan ummi, atok cakap ‘ha pegi la sana...bia dia.. degil sangat..’.


Pernah satu ketika sedang saya dan atok jalan-jalan di ladang kelapa sawit, tetiba seekor ular tedung hitam muncul. Atok terus angkat saya masuk dalam kereta sorong. Dia berlari laju membawa kereta sorong semata-mata nak menyelamatkan saya.


Selain itu, atok hebat dalam memasak nasi goreng. Sedapp.... tapi lepas ni tak ada siapa nak masakkan nasi goreng sedap atok mak. Sebelum exam biasanya saya akan telefon atok mak dulu. Saya akan cakap ‘atok, apin nak pekse ni. Atok doakan apin taw.” Tapi sekarang, tak lagi. Tak ada dah atok mak yang selalu gayut dengan apin sampai satu jam. Tak dah gelak senyum atok. Atok... apin rindu la...


Masa atok nak pergi pun apin tak dapat cakap dengan atok. tapi saya tahu atok tau saya sayang dia. Saya nangis je masa atok nak pergi. Saya suka atok bukak mata masa saya datang. Dia pandang saya, tapi mata putih atok kuning dan bengkak. Dua tiga orang doktor datang. Dia cakap atok tak ada harapan. Barah perut yang baru detect sudah di peringkat akhir. Selepas operation, paru-paru atok dijangkiti kuman, atok kena bernafas pakai mesin. Kemudian datang pulak doktor bahagian jantung. Dia cakap atok kena heart attack. Heart attack? Mane ada atok sakit jantung? Saya nangis. Nangis je la sampai mata pedih. Tak sanggup tengok atok macam tuh. Saya bagi atok susu dalam tiub. Tapi keluar balik, saya nangis. Kemudian, saya paksa juga atok makan guna tiub, sampai atok kelihatan nak muntah. Saya cakap dengan nurse, nurse kata tak apa, itu kahak. Kahak tu nanti akan keluar ikut tiub satu lagi. Sian atok.. tapi sekarang atok dah tak sakit lagi. Atok dah tak menderita sakit lagi. Atok dah ditempatkan di tempat yang lebih baik untuk dia... apin doakan atok....


Satu hari nanti pun kita akan berkumpul. Apin nak jumpa atok dan semua orang yang apin sayang. Masa tu lagi seronok, tiada sapa yang akan tingalkan sesiapa. Kita akan hidup selamanya. Apin akan berusaha jadi anak solehah. Semoga doa apin termakbul.


Masa keadaan macam ni, teringat atok tengah jahit baju. Teringat atok tengah kait kelapa, katanya nak buat lemak cili api. Sebab atok ayah tak makan kalau tak ada lauk lemak. Atok tak reti duduk diam. Kalau sedara mara datang rumah atok, mesti atok jadi orang paling risau kalau ada sedara mara yang tak makan lagi. Dia akan tanya sorang-sorang dah makan ke belum atau nak makan apa. Apa sahaja keperluan akan disediakan. Dia akan pastikan semua keperluan dipenuhi. Sekarang tak ada lagi.


Hari rabu, selepas pengebumian,ummi serve lunch untuk walid. Walid makan sikit je. Pastu walid keluar dan nangis.

Ummi tanya “kenapa abang nangis?”.

Walid jawap “dulu kalau kita datang mesti mak yang hidangkan kita, sekarang tak ada dah,” walid cakap dan nangis. Memang atok akan hidangkan apa je yang walid nak, walaupun walid tu menantu dan dah besar panjang. Walid manja dengan atok.


Tapi saya redha atok pergi. Dia dah dua tahun menderita sakit. Maybe ALLAH nak bagi dia tempat yang lagi best kat sana. Maybe atok tengah bahagia kat sana. Sebab atok orangnya baik dan sangat menjaga hati orang lain.


Atok tak suka susahkan orang lain, dia juga masa hembuskan nafas yang terakhir sangat tenang, samapi tiada siapa yang sedar bila atok pergi.

Atok... apin rindu atok.......

2 comments:

  1. waaa..
    sedeynye
    macam xpercaya kan atok da xde...
    byk atok berkorban kat kita..
    betullah kate org..masa dia ade kita xterpikir pon ape dia da buat kat kita.. tapi bile da xde.. satu2 kenangan datang..
    kekka pon windu kan atok..
    selalulah sedekah al-fatehah untuk atok kesayangan kita..
    ko kena kuat taw kakpin..
    aku sayang ko senanya..
    aku garang2 sbb aku mmg gini..
    huhuhu

    ReplyDelete
  2. ye insyaALLAH.. semua kne kuat hadapi semua nih....semoga atok tenang di sana... semoga semua perngorbanan dia pada kita yang tak dpt kite balas, Allah balas dgn nikmat yang tiada tara tandingnya... semoga Allah lihat semua usaha atok membahagiakan setiap insan yg dia sayang.

    ReplyDelete