Tuesday 9 February 2010

i'm teacher n teacher to-be



Salam sahabat... sibuk benar rasanya menjadi cikgu. Masa banyak tertumpu bukan pada diri... tapi pada anak didik yang dahaga ilmu... Baru 3 minggu mengajar... Macam-macam saya alami. Anak didik yang nakal dan kadang-kala menguji kesabaran. Bila di kenang pula ada lucunya.

Kisah 1....
Sekolah mengadakan sekolah ganti pada hari sabtu dan mengadakan kem siang serentak. Pada hari tersebut saya memakai baju tshirt labuh, seluar trex dan tudung putih. Ya memang saya seorang sahaja guru sesi pagi yang bertudung labuh.. Tetiba je mak cik kerani datang dan bagi tahu saya perlu relief class..Saya dengan yakin dan bersemangat masuk ke kelas.. tingkatan 4 rasanya. Tak pasti.... Saya masuk dan tunggu salam diberikan. Tapi tiada seorang pun yang mengendahkan saya. Lastly saya bersuara agak kuat “ classssssss.....stand!”. semua pelajar ketempat masing-masing dan memberi salam sejahtera.
“Oh my god, sorry teacher. We thought you are a new student....” aduishhhhhh..... merah muka. Selepas kejadian itu saya tidak pakai tudung putih lagi kesekolah.

Kisah 2.....
Saya masuk untuk mengantikan kelas matematik tingkatan 3. Saya bagi mereka work sheet dan suruh mereka selesaikan dan hantar 30 minit sebelum kelas tamat. Tapi tak ramai yang mampu buat soalan yang diberi. Jadi saya bantu la
“ok class, we discuss together k. First question, who want to try???” soalan mudah la jugak. Tapi bagi mereka susah. Seorang indian mahu selesaikan. Dia ke papan putih dan menulis jawapan. Jalan kerjanya sangat pendek.
“sayang, mana awak dapat answer tu?” saya tanya. “i use short cut teacher,” balasnya.
“tapi, your answer totally wrong. Ok show me the long way of solution,” Suruh saya.
“ok teacher, wait a minute,” saya angguk. Mmenga seminit dia ke papan putih dan jawap.jalan kerja sangat panjang. Jawapan tetap sama dan salah.
“ok teacher, it is the high way teacher,” aduishhh sama aja.

Kisah 3..
“teacher, your voice is too small, we cant hear you,” seorang pelajar kelas fizik bersuara.
“teacher, you are too small. I thought you are 16 years old,” pengawas perpustakaan mengomen.
“teacher, i will back up you if our class member hurt you again,” ini yang palinag aku suka.
p/s banyak lagi kisah nak story kat kawan-kawan semua. Tapi nk wat lesson plan dulu...
wassalam

1 comment:

  1. salam.apin..cite la lagi..macam best je..mesti byk cite best kan memula mengajar..

    ReplyDelete