Sunday 21 March 2010

desa ku.......=(


Salam kepada sahabat yang menanti kehadiran post baru. Saya sangat sibuk dengan urusan dunia yang memerlukan saya sentiasa dikejar masa dan deadline tugas-tugas.

Alhamdulillah... ALLAH memberi saya peluang untuk berehat di kampung halaman dengan rumah baru yang hampir siap. Dapat la saya menenangkan fikiran yang serabut dengan kehijauan himpunan pokok buah buahan yang walid tanam di belakang rumah. sudah hampir sebaya pohon2 buah yang walid tanam dengan usia saya.

Disebalik keheningan di bawah pohon2 redup segala kenangan di zaman kanak-kanak kembali satu persatu melayang-layang difikiran. Saya mula rindu pada kampung ini ketika usia baru mengenal dunia. Saya ajak adik yang ke4 bersiar-siar sekeliling kampung. Alhamdulillah perkembangan yang sihat. Tapi di sebaliknya ada pula kurang.

Jalan biasa saya pernah gunakan untuk ke sekolah telah dibesarkan untuk di buat Highway.. Highway di depan rumah??? di kawasan kampung??? Itu lah yang adik saya beritahu. Luluh juga hati bile melihat jengkaut dan semua jentera bekerja. Satu persatu pokok tumbang ditolak backhoe. Tanah digembur dan ditarah. Hilang sudah seri kampung ini. Tidak ada aura yang saya rindu.

Adik ajak saya ke Jeram Panjang. Tempat kami adik beradik berkubang waktu hari minggu. Dulu kawasan ni sangat sibuk dengan kehadiran orang luar dan tempatan untuk mandi manda dan berkayak. Tapi, sekarang dah lain. Saya meniti jambatan gantung yang baru dibina, agak rendah dari sebelumnya. Itu tidak menyedihkan. Yang paling saya sedih bila melihat airnya. tidak lagi mengalir deras dan banyak lumut hijau terapung di permukaan. Saya alih pandang melihat tempat lepak kami adik beradik. Sepi dan kosong, yang kelihatan lumut hijau dan air yang mengalir lesu tidak bertenaga seperti dulu. sedih bukan kepalang.

Menurut adik saya, tempat itu menjadi sarang maksiat sahaja. YaALLAH sedih dan pilu hati. Semua keindahan kampung telah diragut sedikit demi sedikit... Kampung tidak senyaman dulu. tidak seindah dulu. Yang tinggal dan kukuh di memori saya adalah kenangan.

Kenangan membawa saya kemari... ke desa yang tidak seumpama desa lagi....

No comments:

Post a Comment