Sunday 1 March 2009

Naluri keibuan itu muncul...


salam sahabat.
Selepas pulang dari masjid wilayah petang tadi saya rase ada sesuatu yang buat saya berfikir dan terfikir. Apakah perasaan menjadi ibu?

Sewaktu ceramah Ustaz Nuruddin berhenti sekejap, saya pergi kepada seorang ibu muda yang sedang memerhatikan bayinya yang sedang didukung oleh siswi-siswi. Tetiba saya rasa mahu mendukung bayi itu. Saya seperti masih merasai lagi pelukan saya padanya. Pelukan ini luar biasa perasaannya. Saya bukan tidak biasa mendukung bayi malah semasa adik yang kecil lahir saya juga yang menjaganya. Tetapi kali ini lain sedikit perasaan saya. Saya memandang Nuha (bayi itu) lama-lama dan semakin lama semakin kuat hati saya merasakan sesuatu. Hampir saja saya mahu menagis. Perasaan itu amat indah. Perasaan itu menyebab kan saya rasa mahu memiliki anak sendiri. Nuha comel sangat. baru sembilan bulan. Sudah lincah gayanya. Sudah dipakaikan tudung oleh ibunya. Tapi kerana nakalan dan lasak terpaksa juga ditanggalkan tudung kepala.

Apakah perasaan ini dinamakan naluri. Benarkah ini naluri keibuan??.. pastinya naluri yang sangat kuat. Semakin saya fikir,saya semakin mengerti bagaimana kuatnya daya kasih sayang seorang ibu pada anaknya walaupun belum lahir ke dunia. Saya berdoa jika umur dipanjangkan ALLAH, saya punyai anak yang manis seperti Nuha, penyejuk mata ayah dan ibu dan pastinya saya mahu anak yang soleh dan solehah.

Untuk Nuha, terima kasih sayang, memberi perasaan ini pada acik apin. Walaupun seketika Nuha di atas pangku acik APin tetapi impak yang Nuha bawa sungguh besar.. Syukur ya ALLAH dengan nikmatMu...

No comments:

Post a Comment