Thursday 26 February 2009

aku bertaubat ya ALLAH


'nur, apa yang nur cakap wat abang sedih, abang tahu abang banyak buat salah. Abang nangis tersedu bila mengenangkan kata-kata nur. Abang memang banyak tidak tahu', luahan hati seorang akhi yang saya hormati. Memang saya sungguh tidak tahu apa yang saya ucapkan. Ya tidak tahu apa ayat-ayat saya menyentuh hatinya atau membuatkan dia tersedar seketika. Terfikir juga mungkin ALLAH yang bagi dia merasa kesalan itu melalui ungkapan yang hanya berbentuk perbincangan. Ya, saya yakin, hanya perbincangan tentang hukum.

'Aku nih,memang nak taubat dah, tak hendak ulang lagi salah yang lama. Tapi masa ni je lah yang aku rase berdosa dan menyesal, pastu dah balik pada biasa', kata-kata seorang teman. Sudah berbuih nasihat masih itu jawapnya. Saya tahu apa yang saya ucapkan untuk menyedarkan dia. Tapi, sebaliknya. Terfikir saya mungkin ALLAH belum bagi dia merasa sungguh-sungguh untuk bertaubat.

Dua peristiwa yang berlaku menyebabkan saya terfikir kenapa yang dinasihatkan untuk berubah sukar untuk berubah manakala, yang tidak dinasihatkan secar terus mahu bertaubat dan mengakui kesalahan secara tidak langsung. Sesungguhnya Allah itu maha kuasa. DIA berkuasa keatas kita. DIA juga yang mengerakkan hati kita untuk terus mencari redhaNYA.

'nur, sekali ALLAH bg pertunjuk dan peluang, cepat-cepat ambil. Percayalah, tiada peluang kedua kalu kita mensia-siakan yang pertama', nasihat seorang sahabat. Dengan nasihat ini lah saya bangun dari tidur, mencari siapa diri. Saya seperti seorang yang baru pulih dari hilang ingatan. Mahu meronta-ronta mencari siapa diri. Saya mencari jalan kembali kepada fitrah. Ya FITRAH.. Mencari siapa saya sebenar. Kenapa saya lahir kedunia? Kenapa perlu saya di atas bumi ini? Walhal ustaz dan ustazah cakap ALLAH langsung tidak perlukan kita tapi kita yang perlukan DIA.

Baru saya terfikir betapa saya ini sangat lemah, miskin dan hina disisi Allah swt. Saya perlukan izinNya untuk melakukan semua benda termasuk menyuap nasi ke mulut. Terus saya terfikir yang Allah swt sayang saya sebab bagi saya peluang hidup, beri saya nyawa dan beri saya keluarga.

Kalau dikira-kira semuanya tidak termampu kita balas dengan segala nikmat yang Allah bagi pada kita. Jadi mengapa kita mesti membangga diri dengan apa yang kita miliki? Riak dengan kemampuan kita yang kita rasa tidak dimiliki oleh orang lain? Tidak kita sedar semuanya ALLAH swt yang bagi, semua yang berlaku ALLAH yang izinkan. Jadi apa hak kita berlagak dibumi ALLAH? Masing-masing tidak takut melakukan maksiat. Walhal nikmat dunia ni pun pinjaman ALLAH kepada kita.

Ya ALLAH, sesungguhnya aku telah lalai dari bersyukur pada MU. beri la aku peluang bertaubat pada MU. Buka la pintu taubatMU untuk ku. Jangan bolak balik kan hati ku ini. Jangan kau tarik hidayah yang telah Kau berikan padaku ya ALLAH, YA RAHMAN wa YA RAHIM...aku takut YA ALLAH....

Kita harus sedar semula sahabat sekalian. Kita akan mati, dan di mana tempat kita nanti. Saya takut dan tidak tahu nasib saya di sana. Tulisan saya ini cukup buat saya mengeletar sendirian mengenang dosa yang saya lakukan dulu. Cukup saya takut mengenangkan dosa yang akan saya lakukan nanti, tolong la sahabat tegur khilaf saya. Jangan biarkan saya terus berdosa dan berdosa. Cukupla noda yang sudah terpalit di dalam hati, dan sukar saya bersihkan sehingga saya sendiri hampir putus asa membersihkan nya. Sudah bersih kah hati ini? Saya sendiri tidak tahu. Kalau diletakkan amalan baik dan dosa yang saya lakukan secara sedar di atas dacing pastinya dosa saya lebih berat. Hal ini kerana saya tidak mampu mengawal diri dari maksiat dan tidak mampu menegur maksiat didepan saya. ya ALLAH......

3 comments:

  1. Assalaamu'alaykum adik nur...

    Insan yang beruntung ialah hari ini lebih baik dari semalam. dan andai ada hari esok untuknya, maka hari esok dimanfaatkan dgn sebaik-baiknya agar hari esok itu lebih baik daripada hari ini.

    Barangsiapa berhijrah krn Allah dan Rasul-Nya, maka pahala hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya itu yg seseorang itu akan perolehi.

    Teruskan perjuangan sama ada mgunakn lisan, manupun mana pena bahkan apa sahaja yg dimiliki (hakikatnya semua itu adalah pinjaman semntara dari Allah utk kita)

    BaarokaLlaahu fiik

    Salam ukhuwwah dari Kak Jannah
    http://al-syahidah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. aku tertarik dengan ungkapan pembuka post ini.
    siapakah empunya kata-kata?

    mengharap diri ingin lebih baik adalah untuk kebaikan di dunia dan akhirat. sokongan dan galakan pastinya pembakar semangat diri ke arah jalan yang benar. bukan tidak mahu berubah namun yang pastinya cuba untuk ke arah itu.

    aku bah

    ReplyDelete
  3. igt sahabat ku... jangan disia-siakan peluang pertama. jika disia-siakan pasti tiada lagi peluang kedua... ayuh bgn sahabat ku sayang!!!

    ReplyDelete