Sunday 1 February 2009

pernikahan


salam alaik kepada semua... Pada hari sabtu tanggal 31 januari 2009 adalah hari keramat untuk kawan saya... Dia telah melangsungkan perkahwinan dengan pasangan pilihan hatinya... Alhamdulillah semoga berbahagia hendaknya sehingga ke hujung nyawa...

Bab perkahwinan membuatkan saya terfikir tentang cinta. Cinta yang di sulam kesaluran yang betul adalah penikahan. Perkahwinan adalah sunnah rasulullah. Dari Anas Ibnu Malik Radliyallaahu ‘anhu bahwa Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam setelah memuji Allah dan menyanjung-Nya bersabda: “Tetapi aku sholat, tidur, berpuasa, berbuka, dan mengawini perempuan. Barangsiapa membenci sunnahku, ia tidak termasuk ummatku.” Muttafaq Alaihi. Di sini kita dapat lihat Islam itu fitrah menganjurkan pernikahan.

Tetapi dalam zaman kini yang lebih kepada material menyebabkan ramai bujang telajak dan andartu. Bukan tiada yang mahu, tapi hantaran yang diletak tinggi terutama bagi wanita-wanita berpelajaran tinggi. Pada yang lelaki pula, tidak mampu menyunting idaman hati. Saya hairan kenapa harus dinaikkan wang hantaran, bukankah yang penting itu, maharnya. Bila di fikir-fikirkan, kita antara sedar atau tidak kerana kehendak fitrah ini tidak dapat dipenuhi, akhlak manusia semakin hancur. Saya tidak pandai berbahasa kiasan untuk menerangkan maksud ayat saya. Tapi cukup lah hadith ini menjelaskan keperluan manusia mencari pasangan. Abdullah Ibnu Mas’ud Radliyallaahu ‘anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda pada kami: “Wahai generasi muda, barangsiapa di antara kamu telah mampu berkeluarga hendaknya ia kawin, karena ia dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Barangsiapa belum mampu hendaknya berpuasa, sebab ia dapat mengendalikanmu.” Muttafaq Alaihi. Dan saya terfikir berapa ramai yang mampu mengawal diri dengan berpuasa.

Islam menganjurkan perkara yang mudah dan selamat, tapi kita sendiri yang menyusahkannya. Bila hal yang tidak diingini berlaku, jari dituding ke sana sini. Bila ditanya kepada sahabat, ramai yang memberitahu, mereka memang ingin bernikah tetapi ibubapa meletakkan syarat hantaran yang tinggi. Saya juga musykil. Ibubapa mahu menikahkan anak mereka atau mahu menjual anak? Sebaiknya ibubapa harus tahu kemampuan anak dan pasangan. Jangan terpengaruh dengan majlis perkahwinan artis-artis. Kita manusia biasa, tidak hairan bagi saya andai ramai remaja mengambil keputusan untuk nikah di seberang. Hendaknya dijauhkan saya dari hal sedemikian....wallahualam

1 comment:

  1. asslamualaikum..

    setuju dgn pandangan penulis..

    namun,inilah mentaliti masyarakat kita skrg ni..

    suka memberat-beratkan yang mudah..

    hantaran yang mahal sudah menjadi seperti satu adat..sedangkan yang penting adalah matlamat dalam pernikahan itu sendiri..dan maharnya..

    Islam tidak membebankan umatnya..tapi kita yang membebankan diri kita sendiri..

    akibatnya,berlaku perkara yang tidak diingini..

    enteri yang baik..
    teruskan usaha dalam menulis..

    ReplyDelete