Friday 27 February 2009

Aku cinta walid….

Salam sahabat yang setia mengikuti perkembangan entry saya. Saya rasa seperti mahu menulis tentang cinta saya pada ayah saya. Seorang lelaki sangat penyabar, seorang lelaki hebat melawan dugaan, seorang lelaki yang kuat mentalnya, seorang lelaki yang amat membanggakan dan seorang lelaki yang benar-benar lelaki.


Saya memangil ayah saya dengan panggilan walid. Mungkin sekali kerana kami dari keturunan Syed Sharifah yang menekankan panggilan berunsur arab kepada ibu bapa. Walid sudah berusia 51tahun. Seorang yang sangat menyayangi anak-anak lebih dari dirinya sendiri. Jarang sekali saya lihat walid marah pada saya dan adik-adik. Saya sangat cintakan walid.


Cerita yang paling saya ingat iaitu 10tahun dulu ketika walid berkahwin dengan mak tiri saya. Saya dan adik-adik benci padanya. Walid lelaki yang baik, dia tidak berkahwin dengan anak dara tetapi dengan janda anak tiga malah lebih tua dari ummie. Saya tidak bercakap langsung dengan walid. Bila walid balik dari kerja, saya hanya melarikan diri tidak menyambutnya seperti selalu. Walid bekerja di Kuala Lumpur dan terpaksa meninggalkan kami di kampung. Walid akan pulang dua minggu sekali. Kadang-kadang seminggu sekali. Setiap kali walid balik saya dan adik-adik akan berlari mendapatkannya, memeluk dan mencium pipi walid. Adik yang kedua akan mengeselkan hidungnya pada hidung walid. Dan yang terakhir pasti ummie, ummie akan peluk walid dan mencium pipi walid. Setiap kali memeluk kami, pastinya walid akan menepuk-nepuk belakang badan kami semua. Tapi kerana benci walid kahwin dengan mak tiri saya, saya tidak langsung memandangnya. Walid tak marah pun, dia cuma diam sahaja. Tapi pada suatu malam, walid menangis. Walid tanya kenapa dengan saya? Apa salah dia? Mendengar itu, saya juga menangis. Saya bukan benci walid tapi saya takut walid akan lupa saya dan adik-adik. Itu kisah 10tahun dulu. Ternyata kasih sayang dan cinta walid tak pernah berubah, malah bertambah-tambah kepada saya, adik-adik, ummie dan mak(tiri). Dalam famili kami tiada istilah tiri. Semua sama.


Hidupnya penuh duka. Walid pernah dihina jiran-jiran kerana fitnah dikatakan tidak menyempurnakan nafkah zahir pada anak-anak dan isteri. Sampai hati, kenapa difitnah walid? Depan mata saya, walid bagi duit pada ummie. Saya masih ingat, walid tak pernah abaikan tanggungjawapnya pada saya. Pernah satu hari saya memaksa walid beri duit pada saya sebab saya benar-benar tiada duit. Ketika itu saya di Matrikulasi Pahang dan walid di Kuala Lumpur. Walid sanggup membonceng motosikalnya dari KL ke Gambang tanpa henti semata-mata nak beri saya wang RM50. RM50? Tak berbaloi dengan perjalannya di tengah panas terik selama 5jam. Rupa-rupanya walid tiada duit masa tu, dia belum gaji. Dia mahu bank in wang pada saya, tapi saya kata susah mahu ke Kuantan. Sangat jauh. Walid sampai dengan keadaan yang sangat menyedihkan dan meruntunkan hati. Muka walid hitam dibakar matahari, walid sakit kepala dan sepeti mahu pengsan. Saya mahu menangis dan meminta maap. Tapi saya tak mahu menangis depan walid. Nanti walid susah hati. Walid sanggup buat apa sahaja demi anak-anak dia.


Cara walid mengajar anak-anak juga berbeza. Kami tidak disuruh melakukan sesuatu secara direct. Tapi walid ada caranya tersendiri. Walid memang seorang yang sangat kelakar. Walaupun hatinya penuh duka sengsara. Orang tidak tahu, tapi saya tahu. Saya anaknya, anak sulungnya.

Pernah satu ketika saya teman walid pergi isi minyak kereta. Semasa membelok masuk ke simpang petrol pump kami lihat anak muda sedang lepak. Yang perempuannya berpakaian seksi dan sengaja menonggekkan punggung. Orang lalu lalang bersiul-siul. Selepas isi minyak, walid sengaja lalu di jalan tempat perempuan-perempuan tu melepak. Walid buka cermin kereta dan bersiul macam Amy search. Perempuan2 di situ hanya menjeling pada walid. Mungkin dalam fikiran mereka, ”pakcik ni gatal”. Selepas mendapat jelingan menyampah dari salah seorang dari mereka, walid keluarkan sedikit kepala dari cermin kereta dan menjerit ”woit!!!!!”. saya terkejut. Perempuan itu juga terkejut. Saya tanya walid kenapa buat macam tu. Takkan sebab perempuan itu menjeling kat walid. Walid pandang saya dan cakap..”anit, perempuan macam tu, harus dilayan macam tu juga”. Ha? Baru saya faham maksud walid. Walid maksudkan perempuan yang baik pastinya lebih dihormati dan tak mungkin juga ada yang sanggup menjerit dan memaki mereka. Dengan itu saya mula menukar penampilan. Saya mula constant pakai tudung. Saya mula menutup aurat dan demi cinta saya pada walid saya mahu jadi wanita solehah dan anak yang soleh. Agar jika Allah ambil cinta saya ini, saya masih mampu mendoakan dia dan cinta kami anak beranak akan terus mekar hingga ke syurga...owh ya, Anit panggilan manja untuk saya. Walid je yang panggil Anit. Kata orang sebab saya kenit. Tapi, ummie kata walid nak letak nama saya Sharifah Nur Anis tapi ummie tak bagi sebab sama dengan nama nenek walid. Macam-macam walid nih. Hikhikhik...


Peristiwa kedua, adik perempuan saya mendapat hadiah semperna Valentine day baru-baru ni. Konon-kononnya, dia mahu membalas dengan choclate besar. Dia tinggalkan di dalam peti sejuk. Esoknya dia lihat sudah rosak choclate tu. Walid ambil dan makan. Selamba je... Walid talifon saya dan meceritakan perihal adik saya ini. Dia cakap choclate adik saya sudah rosak dan dia tidak dapat bagi lelaki itu. Saya tanya ” apa walid buat dengan choclate tu?”. ”kite makan la Anit, hahahahha padan muka Ewa”. Hahahha apa la walid ni. Saya tahu walid mahu mengajar Wawa dalam setiap perbuatannya. Tapi banyak cara walid tegur kami, dan kesemuanya lucu. Sampai kami tidak sedar yang kami ni sebenarnya mengetawakan diri sendiri.


Ya ALLAH terima kasih kerana memberi aku dan adik-adikku seorang ayah yang sangat funny dan happy go lucky.


Walid yang apin sayang, Apin tau walid ketawa dalam tangis, Walid gembirakan orang lain, walhal walid sedih. Walid tak perlu cerita duka walid itu. Kalau walid cerita, pasti yang mendengarnya tidak tahan menangung duka walid. Walid, andai apin sudah dewasa,

apin mesti jaga walid macam mana walid jaga apin dan adik-adik. Akan apin bahagiakan walid demi cinta. Ya demi Cinta apin pada walid. Walid, kasih sayang ini tak kan pernah padam, walau terpisah badan dan roh, apin cinta walid, dan walid lah ayah apin dunia dan akhirat. Walid lelaki paling hebat. (apin: panggilan sahabat terdekat dan keluarga pada saya)


yaALLAH andai Kau mahu ambil walid dari aku. Beri lah dia peluang merasai kebahagiaan yang dia mahu. Dia sudah banyak menderita ya ALLAH. Kasihanilah ayahku ya ALLAH. Amin...

Sahabat... Mari la doakan semua ayah, walid, abi, abuya, abah, baba, papa, daddy dan apa jua gelaran bagi seorang ayah yang telah berkorban demi kita agar ALLAH swt bahagia kan mereka di akhir-akhir usia mereka. Kita mungkin punyai 1, 2, 3 dan empat ibu. Tapi kita hanya ada 1 ayah.. saya ada dua ibu dan hanya ada 1 walid!!!


4 comments:

  1. walid yang ensem..
    huhuhu
    laggi segak bergaya..
    cehh.
    hasilnya..
    anak2 yang cun..
    amin.,,
    hehehe
    teerharu aku baca dlm blog ko..
    aku xsangka lak..
    mcm2 ek..
    xpe lah..
    pengajaran n pengalaman

    ReplyDelete
  2. urm...sabar eh pin..walid ko memang HEBAT..same macam ABAH aku jugak..aBAh aku pun sgt HEbaT..ayah,papa dan daddy owam lain jugak...semoga kite akan sentiase menyanjungi dan mengenang jasa mereka yg telah bersusah payah membesarkan Kite..hurm

    ReplyDelete
  3. yes... our daddy always da best kan.... i luv u walid... muah2222

    ReplyDelete
  4. hehe..trharu bace..tp btol..ayah da besH!! walaupn grg..tp ayh tetp besH..heheh

    ReplyDelete