Thursday 30 April 2009

cinta dan dosa...


Salam. Saya dah pun selesai mengambil final exam. Ya, sangat letih. Jadi harini saya mencuri masa dengan menghayati ciptaan ALLAH yang meminjamkan kita sebentar nikmat dunia. Sedang boring2 ni, sahabat satu katil menceritakan tantang dirinya dulu-dulu sebelum masuk U ni.. Ceritanya macam ni la lebih kurang. Dulu dia selalu ke surau sebab dah dia ajar begitu oleh mak dia. Naik sekolah menengah dia masih tak pakai seluar jean, dia kate ketat dan nampak peha. Masuk matrik lain pulak cerita, dia dah belajar pakai seluar jean dan jarang ke surau seperti dulu. Dia cerita semua nya, mukanya mengambarkan kehidupan dia sekarang bukan dirinya. Dari matanya memang ikhlas dengan kehidupannya dulu.

Sebelum ni kami pernah berborak, antara dialog nya:
Nur: Kenapa **** tak pakai baju ni? [sambil menggangkat blaus oren]
****: tak suke sebab labuh sangat.. Nur: labuh ker? Okey je nih...apin tengok **** tak pernah pakai baju t-shirt bawah sikit dari punggung?
****: heheheh, nantilah. Nur: Apin nak satu ari nanti apin jumpe **** pakai baju yang labuh-labuh. Tak yah la labuh sangat, just tutup punggung awak tuh.
****: Nanti memang kena pakai macam tu pon.

cara dia membalas pertanyaan saya, saya tahu satu hari nanti saya akan jumpe dalam keadaan yang lain, lain dari sekarang. Saya berdoa agar **** mendapat suami soleh yang dapat memimpinnya seperti mana mak dia pernah didik dia...

Ini cerita mereka yang sedar. Tapi bagaim
ana pula dengan cerita mereka yang melakukan maksiat dengan selamba badak? Baru-baru saya ada mendengar berita seorang kawan saya sudah melakukan hubugan seks dengan teman lelaki yang baru dua minggu dia kenal. MasyaALLAH.... apa sudah jadi ni? Dia wanita yang baik. Tidak tinggal solat, sentiasa membaca mathurat. Apa lagi ibadah yang dia tidak lakukan? Apa tidak cukup ibadahnya untuk menghalang dirinya dari berzina? Saya sangat terkejut. Lelaki jahanam itu betul2 ke cintai kawan saya ini? Kalau cinta kenapa nak ajak ke neraka? Saya tak mengenalinya, tapi kenapa dengan mudah dia memperdaya kawan saya? Saya bertanya kenapa kawan saya tidak menghalang perbuatan nya? Di jawab dia terlalu sayang... Terlalu sayang? Ini ke bukti sayang? ALLAH...ape sudah jadi ni? Lelaki jahanam!!! Getus hati saya. Hati saya membara.. Apa murah cinta dia. Dengan mudah dia memberi lelaki jahanam itu merasa tubuhnya yang sepatunya dipelihara untuk dihadiahkan kepada suaminya nanti.. Kalau begitu apa istimewanya malam pertama dimana malaikat mendoakan kesejahteraan mereka yang menyambung umat rasulullah dengan cinta dan kasih sayang yang disemai dalam sulaman cinta ALLAH?


Apa yang saya sedih sangat ialah baru dua minggu dia kenal lelaki tu dan tidak ke dia boleh membayangkan ibu dan ayah nampak apa yang dia wat kalu dia tak mampu membayangkan ALLAH lihat setiap langkah dia? betapa murah dan mudahnya cinta dia....Saya tanya anda yang baca entry saya ni, kalau mak atau ayah awak ada depan awk dan memerhatikan awak, awak rasa berani tak nak peluk2 awek awk? Mahunya kene jotos kepala kan? Sahabatku, ibu bapa kita mahu yang terbaik dari kita. ambil contoh dari sahabat saya yang ibunya ajar pergi ke surau dan pakai pakaian yang seadanya... jangan hampakan mereka... ..FIKIR LA...
mereka mahu kita temani mereka sampai ke pintu syurga dan sama2 melangkah kedalamnya...

Wednesday 29 April 2009

sambungan kisah Zainab

sambungan kisah zainab....

Mula ditahan dalam tahun 1965, ketika itu usianya sekitar 44 tahun. Akibat dari penyeksaan yang dahsyat yang ditanggungnya dalam tahanan ketika diambil statement oleh pendakwa, mereka menyangka umurnya lebih 90 tahun, pada hal umurnya ketika itu 44 tahun — menunjukkan betapa beratnya seksaan yang dilakukan oleh rejim Jamal Abdel Nasser.


Zainab Al-Ghazali mengasaskan penubuhan "Jamaah Saidatina Muslimah". Satu gerakan wanita yang selari dengan Ikhwan Muslimin yang mempunyai method cara dan matlamat yang sama dengan Ikhwan Muslimin.

Meski pun beliau dipilih menjadi ketua pertama Jamaah itu, namum beliau telah berbai'ah dengan Mursyidul Ikhwan Muslimin, Hassan Al-Banna, pada penghujung abad 14 hijrah beliau ditugaskan memimpin Jemaah Saidatina Muslimah.


Tujuan jamaah ini ialah untuk memimpin wanita Islam dan menyedarkan mereka serta mengangkat darjat mereka untuk menyebarkan panji-panji Islam, agar memahami Islam, agar wanita-wanita Islam dapat menjalankan peranan wanita dengan mengikut contoh wanita salafus soleh.


Dengan itu mereka berkeyakinan umat Islam akan dapat dibangunkan semula dan negara Islam akan dapat ditegakkan dengan lelaki yang dididik oleh wanita yang bernaung di bawah Al-Quran dan As-Sunnah. la berjuang meletakkan wanita sebagai ibu yang dapat mendidik rijal (pejuang) untuk membangunkan Islam.


Ketika itu proses pembaratan sedang hebat berlaku di Mesir. Kemasukkan sosial budaya barat sedang berlaku dan terus melanda budaya umat Islam — pakaian , tingkah laku dan pemikiran mereka sedang hanyut dalam budaya Barat yang menunju ke arah kehancuran. Inilah dia belenggu sekularisma. Zainab Al-Ghazali berjuang membebaskan belenggu sekularisma ini.


Beliau sangat yakin bahawa masa depan umat ini bergantung kepada peranan ibu-ibu, oleh kerana itu gerakan beliau ini antaranya untuk memberi pimpinan yang wajar pimpinan Islam kepada wanita Islam. Untuk melahirkan rijal, tenaga lelaki yang bersedia menjualkan dirinya untuk Islam. Tanggungjawab umat hari ini, sangat berat iaitu membebaskan diri dari kongkongan dan cengkaman sekularisma yang meuguasai negara mereka, membebaskan diri mereka daripada jahiliyah yang sedang mengongkong hati dan pemikiran mereka. Tanggungjawab ini sangat berat. Sekularisma bukan sahaja wujud sebagai teori semata-mata bahkan ia wujud sebagai institusi yang mengikat teguh sesamanya.


kehebatan seorang ibu dapat dilihat di sini....

Tuesday 21 April 2009

Zainab Al -Ghazali.


salam Buat muslimah yang seperti saya.. Mahu menjadi mujahiddah, tapi kadang-kadang rasa seperti tak kuat dan tak mampu... Ada cerita baik punya... Saya dapat dari seorang mujahid dan telah diceritakan semula oleh naqibah usrah saya.. Alhamdulillah semakin kuat semangat menjadi mujahiddah dan cita-cita untuk jadi syahiddah juga menebal kembali. Saya bagi sikit-sikit eh... nanti readers bosan, lagi-lagi sahabat yang tengah pening jihad fisabilillah untuk final exam...

PENGALAMAN ZAINAB GHAZALI

Telah berlaku suatu peristiwa di dalam abad ini ke atas seorang wanita Mesir yang bergerak di dalam harakah Islamiah di Mesir yang dapat dijadikan tauladan. Semasa perkahwinan akan dijalankan di antaranya dengan suaminya, Zainab Ghazali telah mengenakan syarat supaya suaminya membenarkannya untuk bergiat di dalam harakah Islamnya. Katanya, "Hak saya untuk membuat syarat kepada engkau supaya tidak menghalang saya untuk berjihad di jalan

Allah S.W.T, di mana saya telah diletakkan tugas-tugas dan tanggungjawab sebagai mujahidin di dalam harakah ini. Janganlah engkau bertanya apa yang akan saya buat, tetapi hendaklah engkau yakin dan percaya sepenuhnya akan tindakan saya." Dia memperingatkan suaminya lagi, "Sekiranya berlaku pertembungan di antara perkahwinan dengan dakwah, akan berakhir perkahwinan dankekal dakwah kepada Allah S.W.T. Saya minta kepada engkau supaya

menunaikan janji engkau. Janganlah engkau tanya siapakah saya akan berjumpa. Saya berdoa kepada Allah S.W.T supaya Allah jadikan balasan jihad yang saya lakukan ini sebahagiannya untuk engkau, sekiranya amal saya ini diterima oleh Allah S.W.T." Apakah kegiatan-kegiatan yang dilakukan oleh Zainab Ghazali dan rakan-rakannya untuk harakah Islamiah?

Contoh seorang Muslimah Abad 20


Saya pon terfikir untuk meletakkan syarat yang sama dengan syarat Zainab kepada bakal suami saya nanti.. hehhehehehe... Ni ujian untuk memiliki hati saya...Ewah.... Ada sambunangnya tapi nnati ye.. sikit-sikit.....

Friday 17 April 2009

Apa ada pada couple???


salam sahabat.. pembawakan dari cerita seorang teman.
Dia seorang wanita yang tegas dan kuat prinsipnya. Dia punya hati yang ingin di sayangi tapi dia tegas dalam memperjuangkan hak nya sebagai wanita muslim. Dia menolak ajakan untuk ber'couple'. Ya... dia wanita hebat. Walau hatinya kuat mahukan rasa seperti teman lain, disayangi oleh seorang lelaki (bukan suami) tetapi dia merayu pada penciptanya agar dia lebih kukuh mencintai yang lebih patut dicintai. Dia pernah menghilangkan diri semasa meeting. Bila saya tanya kenapa dia hilang? Dia jawap dia mahu membetulkan niat kerana hatinya telah terpesona pada seorang lelaki dalam kumpulan meeting kami. Seharian dia menangis dan beristigfar agar tugasnya dalam kumpulan dapat di selesaikan dengan niat kerana ALLAH.

Dia pernah dilamar menjadi 'couple' oleh seorang sahabat kami, tapi jawapan nya mudah
''ana tidak menerima anta dan tidak juga menolak lamaran anta, tiada istilah couple dalam hidup ana. Cinta ana hanya untuk suami ana. Jika perjalanan ke arah pernikahan itu masih jauh, ada lebih baik lupakan ana''.
Tapi saya tahu hatinya 'suka' pada lelaki itu. Dia sendiri akuinya. Tapi, terbukti lelaki ini tidak sepenuh hati mahukan sahabat saya menjadi pasangannya kerana selang 2 minggu kami terserempak lelaki yang melamar dia itu dengan seorang wanita lain. Selepas di selidiki memang mereka itu sudah berpasangan/couple. Sahabat saya menangis bukan kerana sedih tetapi bersyukur kerana dia sedar ada hikmah dia mediamkan diri dari lelaki tersebut. Ternyata cinta lelaki itu cinta yang MURAH dan MUDAH. Oleh kerana dia wanita yang kuat berpegang kepada prinsipnya, cinta yang MURAH dan MUDAH itu bukan milik gadis sehebat dia.
Begitu besar sekali lindungan ALLAH kepada wanita hebat ini.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dalam perjalanan ke UM untuk menziarahi adik saya tempoh hari, saya singgah di Central Market untuk berjumpa sahabat2 lama. Banyak yang kami bincangkan dari isu semasa ke benda yang berkaitan dengan cinta. Antara dialog nya(lebih kurang tapi tiada tambah dan kurang isinya).

X: apa pendapat awak tentang 'couple'?
Nur : hahahahahahha( memang suka gelak..maap) apa itu perlu? bagi saya, cinta saya untuk suami saya nanti. Ini dari pengalaman saya yang dulu dan saya sudah serik.
X: Saya rasa 'couple' ini bagus dalam proses untuk berkenalan.
Nur: Dalam Islam tiada istilah couple. Maybe yang awk maksudkan itu 'taaruf'. setahu saya proses ni berlaku dengan adanya perjumpaan lelaki dan wanita semasa proses merisik(ada mak ayah n muhrim). Dan saya ada terbaca dalam sebuah artikel 'pertungan itu adalah proses berkenal-kenalan antara pasangan'.
X: Jika bercouple ni lebih jimat atau 'low cos'.. Nak dibandingkan dengan bertunang dan kawen yang kosnya lebih tinggi. kalau setakat couple just belanja makan, hadiah dan jalan-jalan.
Nur: Great! murah nya la hai cinta awak ni kan. Siap ada istilah LOW COS lg hahahahahah.. Apa cinta awak ni murah ye? boleh dibeli dengan wang ringgit? Apa material tu menjadi ukuran cinta awk?
X: Abes bila masa kita nak berkenalan dengan pasangan?
Nur: Ayooo, kan saya dah cakap masa bertunang. Dan awk suka kat orang tu awk g la minang dia. Masa tu awak kenal la hati budi dia.
X: Ish nanti tak berkenan dah putus pulak.
Nur: aduiyai, pergi la selidik tentang dia melalui kawan dia dan orang yang hampir dengan dia.. Susah ker? Awak yang susah kan diri sendiri.
X: ok we stop talking bout this ok ustazah? I know kalau figth with u, i kalah.
Nur: [senyum kambing]..


Sebenarnya bercouple ni la yang menyebabkan pembaziran dan mengeluarkan kos yang tinggi. Ye la nak belanja awek satu hal, hadiah pulak besar2 dan ditambah pulak dengan kos jalan-jalan.. couple dua tiga tahun .. kalau total semua mungkin boleh wat majlis perkhawinan yang grand....hehehehe
macam Ahmad Nabil Ahmad cakap "lu ada otak, lu pikir la sendiri'....walahualam

Tuesday 7 April 2009

What wrong with me???


salam
tetiba hati jadi suram je... Sensitif tak tentu pasal... Kenapa dengan hati ni?Solat pon kejap fokus kejap kang lari balik.. Ya ALLAH... hatinya tak setenang dulu. Mungkin sudah mula lupa pada cinta ALLAH.

Untuk menenangkan hati yang gundah ini, esok rasanya mahu ke UM. Jumpa buah hati yang dirindui(pQA). Semalaman sahaja rasanya di sana, kemudian mahu terus pulang ke Negeri Sembilan. Nak jumpa ummi, wawa, Qina dan Ya...Kalau masih punya waktu mahu ke USIM. Jumpa ukhti najibah..

Semoga hati ini kembali tenang dan tidak lagi gundah. Sahabat doakan saya ye... Tak sanggup rasanya rasa begini.. Mungkin kerana sudah lagha juga agaknya...Hati makin kotor, bukan mudah nak bersihkan. Tetapi senang pula hati ini kotor....Ya ALLAH...kenapa dengan aku ni???

Mujahiddah bukan macam ni!!!!!

Sunday 5 April 2009

Di sisi mujahid ada mujahidah.

Terkadang hati ini tertanya-tanya....kenapa masih perlu menunggu sedangkan aku tahu, aku telahpun menemui mujahidku… diri ini terlalu yakin, dialah jawapan doa hari2 ku… “Ya Allah, kurniakanlah kepada ku hamba Mu yg soleh sebagai suami, agar dia dapat membimbingku menuju syurgaMu…” Resah gelisah hati menunggu…mengira setiap detik dan waktu… impian itu menjadi kenyataan… bersama-sama si mujahid… menemaninya dalam perjuangannya… eh?? perjuangan??

Ya Allah…aku lupa lg… seorang mujahid, tujuannya satu… berjuang malah berkorban utk menegakkan Deen-ul-haqq… walau telah bergelar suami, perjuangan tetap berjalan.. pengorbanan tetap diteruskan!! Malah itu juga seharusnya menjadi perjuangan aku juga bukan?.. Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya….” [33:4] Hati si mujahid telahpun sarat dgn cinta kepada Rabbnya.. yg menjadi pendorong kepada perjuangannya.. (begitulah harapnya) .. mana mungkin pada masa yg sama, si mujahid menyintai ku (setelah bergelar isteri) dengan sepenuh hatinya? Walaupun setelah ku curahkan selautan sayang.. ku legakn penat lelah perjuangannya dengan gurauan manja.. ku cukupkan makan pakainya….si mujahid masih tidak boleh leka dr perjuangannya!!

isteri dan anak-anak
Ya Allah, aku kah yang akan menjadi fitnah yang melekakannya dari perjuangannya yg dulu cukup ikhlas hanya untuk Rabbnya???..... “Katakanlah, “ Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, ISTERI-ISTERImu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuwatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya” dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik”…..[9:24]

Oh tidak!! Aku tidak mahu menjadi penyebab si mujahid leka akan tanggungjawabnya yang lebih besar…tanggungjawabnya utk Ad-Deen ini…. Tapi sanggupkah??...sanggupkah diri ini hanya memperoleh secebis hati si mujahid yg telah sarat dgn cintanya kepada yg lebih berhak?? Sanggupkah diri ini sering ditinggalkn tatkala si mujahid perlu ke medan juang?? Malah sanggupkah diri ini melepaskn si mujahid pergi sedangkn hati ini tahu si mujahid yg teramat di cintai mungkin akan keguguran di medan juang??..sanggupkah???


adakah aku sehebat Sumayyah keluarga Yassir??

Ya Allah... Layakkah diri ini menginginkan suami semulia Rasulullah s.a.w?? sedangkn diri ini tidak sehebat Khadijah mahupun Aisyah... Lihat sahaja isteri-isteri Nabi... Ummul-muslimin...Ummi-ummi kita...lihat saja perjuangan dan pengorbanan mereka... lihat sahaja ketabahan hati mereka... sehinggakn setelah diberi pilihan antara cinta duniawi dan cinta mereka terhadap Allah dan Rasul... Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu “Jika kamu menginginkan kehidupan di dunia dan perhiasannya, maka kemarilah agar kuberikan kepadamu mut’ah dan ku ceraikan kamu dengan cara yang baik“ [33:28]

Allah dan Rasul tetap menjadi pilihan! Mampukah aku menjadi seperti mereka?? Mampukah aku membuat pilihan yang sama kelak, setelah mabuk di lautan cinta kehidupan berumah tangga?? Mampukah aku mengingatkn si mujahid tatkala dia terlupa dan terleka dari cintanya dan tugasnya demi Rabbnya?? Atau aku juga akan turut hanyut malah lebih melemaskn lagi si mujahid dengan cinta duniawi?? Ah sudah wahai hati, hentikan saja angan-anganmu, hentikan saja kiraan waktumu.... Masanya belum tiba utuk kau memiliki si mujahid, kerana kau sendiri belum lagi menjadi seorang mujahidah yang sebenar!!

banyakkan bersabar wahai diri...
Hati, janganlah kau sibuk mengejar cinta mujahid, tetapi kejarlah cinta Penciptanya...Hati, janganlah kau lekakan aku dengan angan-anganmu...sedangkan masih terlalu banyak ilmu yg perlu ku raih.... Hati, sedarkah engkau ujian itu sunnah perjuangan??...tapi kau masih terlau rapuh utk menghadapinya...kau perlu tabah!! dan aku tahu, kau tak mampu utk menjadi sebegitu tabah hanya dalam sehari dua... Duhai hati... bersabarlah... perjalanan kita masih jauh.... bersabarlah... teruskan doamu... hari itu akan tiba jua....
pabila engkau telah bersedia menghadapinya kelak.... bersabarlah.....

Muhasabah diri....


Firma ALLAH swt didalam Al- Quran:
“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenteram.”
( AR-RAD : A : 28 S: 13)

LIMA FAEDAH ZIKIR
1- Zikir boleh menjauhkan syaitan dan menghancurkan kekuatannya.

2- Zikir menjauhkan duka cita daripada hati manusia.

3- Zikir melahirkan cinta sejati terhadap Allah SWT kerana cinta itulah merupakan roh Islam, jiwa agama dan sumber kejayaan dan kebahagiaan. Barang siapa ingin mendapat cinta ilahi itu, maka hendaklah ia berzikir sebanyak-banyaknya. Sebagaimana mutala’ahdan muzakarah itu merupakan pintu kejayaan ilmu, demikianlah zikrullah itu merupakan pintu cinta Ilahi.

4- Zikir mendatangkan hakikat muraqabah. Muraqabah itu membawa seseorang kepada martabat insan. Dengan adanya martabat insan, maka manusia dapat beribadat kepada Allah dalam keadaan seolah-olah ia melihat-NYA (keadaan seperti inilah merupakan tujuan asasi daripada perjuangan para sufi).

5- Zikir membawa seseorang kepada penyerahan diri dengan sebulat-bulatnya kepada Allah. Dengan ini, lama-kelamanya maka setiap urusan dan dalam setiap keadaan ALLAH swt menjadi pelindung dan pembantu baginya.

from: Akhi Redhuwan
syukran jiddan ya Akhi...

Friday 3 April 2009

demi cinta kasih ini.....

salam...
saya memang tak pandai nak tulis sajak...
tapi saya tak tahu macam mane nak sampaikan luahan hati saya.. nak nasihat, tapi macam tak layak.. jadi kepada sahabat2 yang saya sayang... ini untuk anda dan untuk kita... maap jika ada terkasar dan tersilap. tiada niat lain melainkan menyedarkan khilaf... maap sekali lagi ye....

tika malam melabuh tabir,
menutup semua warna dunia,
aku teguh menatap langit,
ditemani bintang yang seperti tidak sudi.
menemani malam-malam duka ku.

sahabat,
apa harus aku bina,
sebuah benteng penghalang cinta,
cinta palsu manusia kepada mu?
apa daya ku sahabat,
aku juga tidak sanggup melukai mu.

selayakkah aku menabur kalam?
untuk menjadi penyedar cinta suci,
agar kau dan aku masih ditarbiah cinta Illahi.

sahabat,
sedarlah.....
demi aku...
demi engkau...
dan demi cinta kasih ini.....