Saturday, 7 May 2011

Harraz dan juandis

salam

lama x update blog ni.. bz sgt jd suri rumah sambil jage buah ati yg semakin aktif skrg..
Pada 12 march 2011 jam 12.57pm saya telah selamat melahirkan putera sulung lambang cinta kami dan telah diberi nama AMIR HARRAZ bin MOHD HARIS di hospital besalin barakah. ALhamdulillah lahirnye dgn sihat.

Pada hari ke2 harraz ada kena juandis atau kuning. Memang sgt risau. Harraz hny tahu tdo aje. Mata harraz nampak sgt kuning dan bacaan kuning paling tinggi sepanjang harraz kena juandis ni 230. Doc ada ckp klu bacaan meningkat kpd 350 boleh menganggu perkembangan mental bayi.. Alhamdulillah berkat doa baba dan mummy, bacaan juandis harraz makin menurun. Harraz kena juandis selama lebih kurang 2 minggu.

Petua org dulu2 klu anak kena juandis jemur di pagi hari. Dalam kandungan si ibu kne byk minum susu kambing dan anggur hitam. Kesian Harraz masa kena cucuk amek darah 2 ari sekali.. Paling sakit ati bile kali terakhir harraz kena amek darah dgn doc praktikal. Harraz x kuat ngs. Sblm ni Pembantu perubatan amek darah, harraz cuma ngs sekejap. tp hari last tu harraz ngs kuat2. Rasa nak tercabut hati bile sayup2 dgr suara anak. Mcm ckp yg dia terlalu sakit.. Alhamdulillah tu kali terakhir harraz amek darah dan baccan kuning harraz turun..

p/s nanti sambung lajh.. byk keje~!

Tuesday, 1 March 2011

teletah menyambut kelahiran...


Salam... lamenye x update blog kan???
bukan ape... Im very bz rite now... heheh biasalah bakal guru cemerlang..
actually bz tunggu little mujahid lahir... x sabar rasa nk tgk muka dia..

Dua tiga ari kebelakangan ni dah mula ada tanda-tanda ingin bersalin. Agak nervous jugak la. Hehheh, 1st experience la kate kan. 1st time bleeding panggil hubby dari toilet. Cakap dah ada darah. Waaaaa~ kalut punya pasal hubby terus pakai baju melayu hijau ala-ala mau nikah. Saya pun tanya, "abg nk g mane pakai baju melayu?"...
"abg nk sambut baby", balasnye.
" ni bukan nk sambut baby, ni nak nikah lagi" balas saya. Saya ckp la x sakit pun lg bg dia kurang kalut dan tenang.. Sian jugak tgk hubby.

Pernah jugak kejut hubby malam-malam.. Suh picit2 pinggang. Dah kul 2 pg sapa yg larat bangun mmg hebat. Tp hubby sy xthn jugak. hanya tangan dia je yg melekat kat pinggang dan x gerak2. rupanya dia tido balik... ALa sian betul. Pernah suh teman buang air kecik dalm kul 3 4 pg, dia bangun dan duduk kat kerusi tp mata tutup. Terseksa betul tgk. Pastu saya rasa x nk susahkan hubby. Kalau contraction kuat sgt baru saya kejut dia.

Pagi tadi, saya kejut dia awal2. Paksa dia wat air selusuh. Sebab doa suami untuk isteri termakbul. Semalam masa sakit pun hubby kena mara... Bukan niat nak marah, tp dah sakit.
tapi ALhamdulillah, walaupun kdg2 hubby saya ni blur (1st time kot) dia still always by my side.. setia menanti..

Masa buat pemeriksaan jantung baby, dia sanggup teman kat tempat pemeriksaan, sambil tu kacau2 perut,memain barang2 doc. Sampaikan bacaan graf jantung pun terumbang abing di buatnya. Tengah saket pun dia masih buat lawak.. Mayb dia nk kurangkan nervous kot...

Alhamdulillah ramai yang bg sokongan dan doa2. semoga Allah permudahkan urusan ini....

Thursday, 23 December 2010

barang baby~

salam
Hari ni ke JJ pulak selepas round bandar klang cari kedai HAPPY BREASTFEEDING... Di HPF habes dekat rm 600. sebenarnya x kisah pun sbb memang dah nekad nak bali set untuk breast feeding..

Sangat semangat mengumpukan items2 yg diperlukan utk breast feed...
Semoga ALLAH pemudahkan urusan ..

Sunday, 19 December 2010

To give the best for the love one


salam semua
esok saya dah kena g sekolah dah~
wawawa melepak la jawap nye~
Alhamdulillah masa cuti dua minggu ni saya telah membeli kelengkapan baby sikit2.. takit nnt x dan nk beli kelengkapan baby bile dah masuk sekolah...

Banyak juga nak pikir ttg kelengkapan baby ni.. Ye la anak sulungkan. Semua kena beli. Skrg pun dekat beribu jgk abes~ itu pun banyak benda yang terpaksa di senarai postpone kan. Sekrg sedang pening nak beli kan baby pekakas breastfeeding ke tak... Memang cita2 nak bagi baby minum susu mummy aje, xnak campur2.. Sekali tengok harga breastpump, bottlestorage o%BPA dan cooler bag sebagainye dkt setgh ribu jugak~ Tu tgh bincang dgn hubby lagi.. InsyaALLAh akan beli juga.. Semua taw breast feeding sgt22222 bgs utk baby. Tapi cabaran dan rintangannya sugguh berat,(tgk pengalaman org laen la).

Bangga dgn kawan2 yg bekerjaya tapi boleh buat exclusive breastfeeding.. Nak jadi macam tu.. Owh bab botol susu ni, mengikut nasihat kawan yg mempunyai anak yg tomey dan pp yg tembam, kena pilih ikut shape like mummy punya.. Dia ada suggestkan beberapa dan dah pun beli 2 botol dan harganya 56hinggit... hangit poket... Takpe nnt next baby le pakai lagi...

Sekrg masih menuntut ilmu dgn super mummy in the world how to fully breastfeeding... Semoga berjaya.....

Tuesday, 7 December 2010

anak kunci kebahagiaan


salam~
sudah 6 bulan lbh baby duk dalam perut..
dia dah pandai tendang2. Masa g berurut aritu pun nenek tu ckp, baby sangat aktif. Bila nenek tu tekan sbln kanan, dia tendang tangan nenek tu. Mmg sakit pinggang, bila baby excited ni. Tp alhamdulillah ini menunjukkan baby sihat dan tak ada masalah.

Masa baby gerak2, tunjuk kat hubby. Hubby terkejut sgt bila tgk perut senget2. Cuak muka dia..hahahhaha kesian betul. 1st time la katakan. Lama2 baru hubby le terima. Bila baby gerak dan guling-guling, perut mummy akan nmpk terbonjol-bonjol. Nampak mcm anak kucing plak dalam baju~

Bila tidur malam susah nak lena sbb malam la masa 'siang' untuk mujahid kecik ni bermain. Kadang babanya yg main sama. Baby mcm paham apa yg mummy dia rasa. Paling seronok bila kita bagi arahan "tendang!". Baby tendang. Kadang2, baby jadi pengadil jika saya dan hubby berselisih pendapat. Contohnya nak pergi minum air sirap atau air milo. Hubby akan cakap dgn baby nak air mane satu. "nak air sirap", so kami tungggu sampai baby respon. Kalau tak ada respon mean baby xnak air sirap.hihiihi

Betul kata orang dulu2 tentang kebahagian rumah tangga. Anak adalah salah satu puncanya. Pengalaman ini menyebabkan saya dan suami bertambah dewasa dan mengeratkan lagi hubugan cinta kami. Banyak peristiwa2 yg melibatkan anak2. Kata orang rezeki anak.
cthnya :
1) saya teragak nak makan kerepek pisang, cari di kedai sudah abes dan terpaksa ke rumah jiran yg memprodukan kerepek pisang. Malang tinggal 1 utk raya. Tapi masa nak balik dia panggil semula dan bagi 1 peket kerepek pisang. Dan dia x mahu bayaran. Dia kata rezeki anak.. alhamdulillah~
2) Ada pasangan yg hampir bercerai tidak jadi memfailkan penceraian kerana bimbang masa depan anak2.

banyak lagi yg ingin saya kongsi tapi cukup la dulu samapi di sini. Semoga kita mendapat anak2 yg soleh, sihat dan cerdas. Antara usaha kita utntuk medpatkan anak yg soleh ialah mengamalkan bacaan2 ayat alquran dan surah2 terpilih. Di sini saya lampirkan ayat2 yang diusulkan oleh Ustazah Norbahyah dalam bukunya bertajuk " amalan ibu mengandung" yg suami belikan untuk saya.. Tq abang~
1) surat Al-fatihah : untuk terang hati dan kuat ingatan
2) surah Maryam : mudah bersalin dan mendapat anak yg sabar dan taat
3) surah Luqman : utk memperoleh anak yg cerdik akal dan jiwanya
4) surah yusuf : utk dapat anak yg cantik rupa dan akhlaknya
5) surah Hujurat : membykkn susu ibu dan ank bersifat hati2
6) surah yassin : utk ketenangan hati dan ank tdk terpengaruh dgn godaan syaitan utk membuat maksiat
7) surah At-taubah : utk bersih jiwa dan terhindar dr maksiat
8) surah An-Nahl : utk melahirkan anak yg berdisiplin...

wassalam dan wallahualam

Thursday, 11 November 2010

suami itu juga anugerah ALLAh

salam kepada sahabat sekalian..
Sedihnya bila dgr lagu Maher Zain yg bertajuk for the rest of my life.

liriknye menyentuh hati..

Saya dedicate lgu ni utk suami tercinta.. Ya ALLAH besar sungguh rasa cinta saya padanya sampai saya sendiri khuatir melebihi cinta saya pada ALLAH..

Suami saya aalah anugerah ALLAH yg tak ternilai. Dia tidak sesempurna lelaki lain, batasan nya tetap ada. Tp sy tak pernah rasa kurang dgnnya. Seboleh usahanya melengkapi hidup sya dan memberi kekuatan.

Setiap sakit saya dia yg jaga. Tidur malam saya yg sering terganggu oleh mujahid kecil selalu di temani oleh nya. Ada lgkah lelaki lain sepertinya jika saya kehilangan nya??? itu yg sering sya pikirkan sehingga sy jd takut kehilangan dia.

Bayangkan sahabat, 2 jam kami terpisah dgn tugas medidik saya mesti msg dia. Saya mahu dia selesa seperti mane dia selesakan hidup saya.

Usia perkahwinan kami masih muda dan menanti permata hati kami yg pertama. Dia sentiasa dgn saya memberi semangat tdk kira apa jua keadaan.

Kami tidak ada kenderaan melainkan moto itupun pinjam abg2 ipar. Dia sanggup bersama saya meredah hujan panas, berbasah kuyup, dirimbun embun malam dan selalu beri kata2 smgt " thn dpn kita beli kereta".. Dia juga teman saya belajar kereta sampai lulus.

Masa awal kehamilan sy mengalami morning sickness sampai x mampu nk thn airmata. Sy lihat dia merasai setiap getir bersama saya, matanya merah. APabila saya rasa sakit pinggang dan baby terlalu aktif, dia akan ckp " ni ganjarannya besar'. bila saya berduka, dia kan ckp " kan abg ada".. Allah hadiahkan saya dgn seorg lelaki yg namapak kurang oleh mata orang lain tp pd sy dia adalah anugerah ALLAH... Anugerah yg tak mungkin berganti...

p/s Doakn kami bercinta sampai syurga

Friday, 17 September 2010

Manusia mudah lupa bila senang~

Salam sahabat semua...
Tidak terlewat rasanya untuk mengucapkan salam eidul fitri. Kali ini saya beraya dengan keluarga mertua. Pertama kali saya beraya sebagai seorang isteri, menantu dan bakal mummy. Tapi sedih saya masih ada juga dalam kegembiraan meraikan hari raya kali ini. Bukan kerana berjauhan dari keluarga sendiri dan perkara ini tidak berlaku kerana suami saya bijak memainkan peranan sebagai penghibur.

Tapi sedih saya disebabkan oleh sikap segelintir masyarakat. ye entry kali ni seperti melepaskan rasa tidak puas hati saya pada tindakan segelintir manusia yang berperasaan. Mereka tidak menghormati perasaan orang lain walhal mereka juga berperasaan.

KES 1
Seorang wanita kaya datang beraya ke rumah mak mertua. Tetiba dia terpekik terlolong macam kena sawan. Saya jadi pelik dan apabila saya melihat gelagatnya, dia sedang memarahi pembantu rumahnya. Nampak biasa apabila maid dimarahi kan?? Tapi apa yang buat saya meluat dan rasa sedih cara dia memarahi maidnya tadi.

Pertama, wanita itu telah menjatuhkan airmuka insan lain. Dia memarahi pembantu rumahnya dikhalayak ramai. Ummi saya ajar, kalau nak marah orang di depan khalayak ramai jangan bagi orang lain taw yang kita sedang marah padanya ataupun bawa insan yang kita nak marah tu ditempat yang tiada orang lain dan baru la nak marah..

Kedua, dia marah dan memekik dirumah orang lain, bukan rumahnya. Apa dia tidak sedar adab2 mengunjugi rumah orang??? Kalau pun dia seorang yang terhormat kerana harta, sepatutnya dia sedar bahawa hartanya adalah kurniaan ALLAH. Bila2 ALLAH boleh ambil balik. Dan cuba letak dirinya pada keadaan orang yang dia marah. Bagi saya, wanita ini sangat ego dan bongkak!

KES 2
Seorang anak meminta susu botol dari ibunya. Sang ibu sedang asyik menonton tv. Biasalah cerita Arwah Sosilawati. Dia menengking anak tadi. Anak yang haus tu menangis. Semakin kuat dan kuat. Sang ibu terus marah dan mencubit anaknya dengan begitu rakus.

Apa yang anda nampak salah pada anak itu sampai ia perlu dicubit??

Salahnya saya lihat pada si ibu yang langsung tidak bertanggungjawab. Penting sangatkah berita kematian orang yang bukan darah daging nak dibandingkan anak kandung sendiri yang kehausan???

Sebagai ibu, saya rasa dia perlu memenuhi kehendak keluarganya dahulu. Seorang ibu tak akan sanggup melihat anaknya susah, sedih apatah lagi kehausan. Seorang ibu akan terpahat dalam hatinya, mindanya dan sanubarinya "family first". Tanya ibu sahabat semua, apa yang menjadi keutamaannya.

Seriusly, ummi saya tidak mendidik saya seperti ini. Saya menjadi shock sebab berada di dalam situasi dimana perasaan dibelakang dan duit, side needed diutamakan. Suami kata dia sudah biasa dengan perangai jelek keluarga terbabit. Harap2 dijauhkan dari keluarga yang bakal saya dan sahabat bina...

boleh rujuk entry saya dulu tentang amarah :http://nurafinahumaira.blogspot.com/2009/05/marahnafsu-paling-jahat.html