Friday 22 May 2009

akhirnya... itu jua

salam sahabat...maaf la lama tak mengepos entry. Saya agak sibuk dengan project final year. Saya dan ahli lain kena buat kajian tentang algae. Kena convert algae to oil or alcohol. Saya ni kurang arif pasal algae. Hmmm nak nangis juga di buatnya.

Dalam kekalutan nak siapkan kajian ni, adik saya beritahu yang nenek saya akan dibedah untuk kali kedua. Berita itu buat saya benar-benar terganggu. Ketika saya dan kawan lain sibuk meredah semak, longkang dan sungai, hati saya tidak bersama menikmatinya. Gelak tawa kawan seakan tangisan dihati saya. Dalam fikiran saya hanya ingat mahu pulang-pulang dan pulang.

Kami hanya jumpa 4 jenis algae. Itu pun saya tidak pasti sama ada algae atau lumut ke hape. Kawan-kawan rasa macam nak quit je. Tapi selepas dimotivasi oleh Prof. kami decide to proceed. Saya pula berbelah bagi mahu pulang kekampung atau teruskan kajian dulu sehingga semuanya selesai. Kalau saya pulang, hal kajian di sini buat saya tak sedap hati juga. Kalau tak pulang pun saya akan terfikirkan nenek.

Saya teringat pesan ummi muaz, kalau rasa susah, ingat ALLAH dan yakin dengan pertolongan ALLAh. Ummi muaz suruh saya baca rabbi asir wala tuasir, rabbi tammim bikhoir setiap kali merasa kesukaran. Akhirnya saya buat keputusan untuk menyelesaikan semua tugasan sehingga selesai sebelum pulang melawat nenek. Saya yakin adik-adik saya boleh jaga nenek disamping Allah melindungi nenek saya... Saya bergantung segalanya pada ALLAH semata-mata.. Saya redha dengan ujian ini..

No comments:

Post a Comment